PENGERUSI
MISI
Pengerusi
berperanan sebagai pemimpin Majlis Pemimpin Mahasiswa yang mendokong misi, visi
dan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam merealisasikan hasrat
universiti ke arah merintis pembentukan mahasiswa berilmu, berakhlak,
berteknologi, dan berkeperibadian nasional serta sentiasa bekerjasama
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam kepelbagaian komuniti.
OBJEKTIF
- Menetapkan dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Majlis
Pemimpin Mahasiswa.
- Bertindak
sebagai penghubung antara mahasiswa UKM, Majlis Pemimpin Mahasiswa dan pihak
pengurusan kolej , fakulti dan universiti.
- Memastikan
kebajikan mahasiswa UKM dan mengukuhkan nilai-nilai modal insan dalam diri
setiap mahasiswa UKM.
- Menetapkan garis
panduan dan skop tugas bagi barisan setiausaha kerja.
- Memastikan dan
memantau perjalanan aktiviti
- Memastikan
perjalanan program kelab dijalankan secara sistematik.
- Bijak dalam
membuat pernilaian dan keputusan.
STRATEGI OBJEKTIF 1
Menjalankan aktiviti
yang bertepatan dengan dasar yang dirangka.
STRATEGI OBJEKTIF 2
Hadir dalam
semua mesyuarat umum mahupun mesyuarat bersama Majlis Tertinggi dan
Setiausaha Kerja.
Melakukan
penambahbaikan dan mempelbagaikan program untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa
UKM.
STRATEGI OBJEKTIF 3
Memastikan
setiap masalah ahli kelab mendapat
perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak kolej, fakulti dan
universiti.
Proaktif
terhadap keperluan dan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa UKM.
STRATEGI
OBJEKTIF 4
Sentiasa
meningkatkan kualiti kepimpinan dan sahsiah diri sebagai contoh terbaik
kepada semua mahasiswa UKM.
Membuat
penilaian berdasarkan laporan pencapaian prestasi setiap program.
Sentiasa
menjalankan penambahbaikan terhadap terma rujukan Majlis Pemimpin
Mahasiswa untuk memastikan ia benar-benar menepati objektif.
STRATEGI
OBJEKTIF 5
Memastikan Setiusaha Kerja menepati bidang tugas yang
telah ditetapkan.
Sentiasa memastikan garis panduan dan objektif program
dicapai.
STRATEGI
OBJEKTIF
Pengerusi harus menandatangani setiap minit mesyuarat dan
juga setiap surat rasmi Majlis Pemimpin Mahasiswa setelah disemak oleh
penasihat Majlis Pemimpin Mahasiswa.
Peka terhadap setiap program yang dilaksanakan oleh
Setiausaha Kerja.
STRATEGI
OBJEKTIF 7
Memperolehi dan menguasai selok-belok ilmu pengurusan.
Boleh menggunakan nama dan kuasa yang diberikan setelah
mendapat kebenaran daripada penasihat Majlis Pemimpin Mahasiswa dalam
mengadakan aktiviti yang dapat memajukan UKM KL.
SETIAUSAHA
MISI
Berazam untuk membudayakan sistem pengurusan yang efisien
dan sistematik ke arah merealisasikan aspirasi Majlis Pemimpin Mahasiswa dan UKM.
OBJEKTIF
- Menjadi tulang
belakang kepada organisasi Majlis Pemimpin Mahasiswa.
- Memastikan
kelicinan gerak kerja Majlis Pemimpin Mahasiswa dengan pengurusan yang
cekap dan memastikan keselamatan maklumat terjamin.
- Menyelaraskan
sistem pentadbiran bagi setiap anggota.
STRATEGI OBJEKTIF 1
Menguruskan
dokumen yang berkaitan.
Menyempurnakan
tugas yg diamanahkan bersama-sama Pengerusi.
Menyokong misi,
matlamat dan objektif Pengerusi.
STRATEGI OBJEKTIF 2
Mencatat dan
merekod setiap minit mesyuarat.
Menyediakan
urusan surat rnenyurat dengan sistematik.
Mengikut
perkembangan status permohonan bagi setiap aktiviti yang bakal
dilaksanakan oleh Majlis Pemimpin Mahasiswa.
Mengumpul dan
menyemak setiap laporan Majlis Pemimpin Mahasiswa untuk menyediakan
laporan tahunan.
Mengatur selia
maklumat sulit dan disimpan di tempat yang selamat.
STRATEGI OBJEKTIF 3
Meningkatan
kemahiran dalam bidang kesetiausahaan dengan menghadiri benkel-bengkel
pengurusan.
BENDAHARI
MISI
Mengamalkan integriti dan akauntabiliti dalam menguruskan
kewangan Majlis Pemimpin Mahasiswa serta
membudayakan sistem kewangan yang sistematik, efisien dan mudah diakses.
OBJEKTIF
- Menyediakan sistem kewangan yang efisien,
sistematik dan mudah diakses.
- Menguruselia
dana kepada aktiviti-aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa .
- Memantau
kewangan Majlis Pemimpin Mahasiswa
dengan cekap, amanah, dan berintegriti.
STRATEGI
OBJEKTIF 1
Mengadakan
sistem perekodan/jurnal aliran keluar masuk kewangan.
Menyediakan laporan kewangan yang tepat
untuk setiap program.
Mengumpul dan merekodkan segala
perbelanjaan Majlis Pemimpin
Mahasiswa dan
perkembangan aktiviti Majlis
Pemimpin Mahasiswa sepanjang tahun bagi
menyediakan laporan kewangan tahunan.
STRATEGI
OBJEKTIF 2
Memastikan dana
digunakan untuk kebajikan dan aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa.
Menyediakan dan
menyemak belanjawan yang spesifik bagi setiap program supaya perbelanjaan
dapat dikawal.
STRATEGI
OBJEKTIF 3
Memastikan
rekod perbelanjaan diselia dan dipantau dari masa ke semasa dan difailkan
secara sistematik.
Menggalakkan
mahasiswa/i untuk mendapatkan sumber pendapatan daripada gerak kerja pemasaran.
Rekod
perbelanjaan perlu diaudit secara berkala.
AKADEMIK
MISI
Membudayakan
kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah untuk melahirkan mahasiswa
UKM yang berintelek, berketrampilan, dan berwawasan selari dengan Aspirasi UKM.
OBJEKTIF
- Memperkembang konsep budaya ilmu di
kalangan mahasiswa UKM bagi melahirkan mahasiswa/i yang intelektual.
- Meningkatkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif bagi melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dari segi
akademik.
- Meningkatkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam
memartabatkan ilmu.
STRATEGI
OBJEKTIF 1
Mewujudkan dan
memantau sistem pembelajaran secara berkumpulan.
Membudayakan
kecemerlangan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua
UKM.
Menghidupkan
kembali system felo kehormat.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Akademik dan Badan
Kaunseling Rakan Sebaya JAKSA KTSN dan Exco Akademik setiap Persatuan
Mahasiswa Fakulti (Fakulti) berkenaan hal-hal akademik.
STRATEGI
OBJEKTIF 2
Mengadakan
program-program akademik yang boleh
mencabar minda mahasiswa/i.
Berhubung
dengan kaunselor UKM untuk
mengadakan ceramah motivasi serta seminar pendidikan yang menjurus kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Melaksanakan
kempen-kempen yang boleh meningkatkan daya intelek mahasiswa UKM.
STRATEGI
OBJEKTIF 3
Menghidupkan kembali
program mentor-mentee antara senior dan junior di setiap fakulti.
Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara
kaum.
Membuat pemerhatian mengenai kemudahan-kemudahan
pembelajaran untuk meningkatkan mutu pembelajaran.
KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN INSAN
MISI
Kebajikan berperanan melaporkan kebajikan mahasiswa UKM
kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa selaras dengan misi Universiti Kebangsaan Malaysia agar
mahasiswa UKM agar dapat menjalani kehidupan yang selesa ke arah kecemerlangan
akademik dan sahsiah diri serta Meningkatkan
ketaqwaan dan megukuhkan keyakinan mahasiswa/i terhadap tuhan.
OBJEKTIF
Memastikan
komunikasi yang berkesan di antara Majlis
Pemimpin Mahasiswa dan mahasiswa UKM.
Memastikan kebajikan mahasiswa UKM diutamakan.
Memperkembangkan konsep budaya ilmu dan sifat keikhlasan
berlandaskan ketaqwaan kepada Tuhan.
Meningkatkan elemen akhlak dan nilai murni dalam setiap
program atau aktiviti yang dijalankan.
Meningkatkan kefahaman dan kesedaran mahasiswa/i dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek
(JERI).
STRATEGI
OBJEKTIF
1
Mengoptimumkan
saluran informasi antara mahasiswa UKM dan Majlis Pemimpin Mahasiswa.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Kebajikan JAKSA KTSN (Kolej) dan
Exco Kebajikan setiap Persatuan Mahasiswa Fakulti (Fakulti) berkenaan
kebajikan.
STRATEGI
OBJEKTIF 2
Menjayakan
program-program berbentuk kebajikan.
Memperkemas badan bertindak dalam melaporkan kebajikan mahasiswa
UKM.
Memastikan tabung kewangan dan kebajikan pelajar dapat
dimanfaatkan seoptima mungkin oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan.
STRATEGI
OBJEKTIF 3
Menggalakkan mahasiswa UKM terlibat secara
ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab dalam setiap aktiviti Majlis Pemimpin
Mahasiswa.
STRATEGI
OBJEKTIF 4.
Menganjurkan
program-program sambutan sempena peristiwa-peristiwa penting Islam.
Memperkasakan
nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Sentiasa
menekankan aspek etika berpakaian yang dibenarkan di fakulti.
STRATEGI
OBJEKTIF 5
Menggunakan
media penyebaran maklumat yang berkaitan dengan mahasiswa/i dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Sentiasa
menjalin kerjasama dengan intitusi-institusi pembangunan hal ehwal agama.
Menganjurkan
program-program yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang berunsur
ilmiah.
SUKAN
MISI
Meningkatkan keseimbangan hidup di kalangan ahli kelab
dalam mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni serta membentuk fizikal yang
cergas, sukan juga bertindak sebagai medium perpaduan dan mencetus semangat
setiakawan berdasarkan aspek-aspek yang
diadun untuk membentuk sahsiah mahasiswa yang berketrampilan dan cergas.
OBJEKTIF
- Menggalakkan
gaya hidup sihat bagi meningkatkan bilangan mahasiswa UKM yang aktif dan
berdaya saing.
- Sukan sebagai wadah perpaduan.
STRATEGI
OBJEKTIF 1
Mengadakan serta
menggalakkan penyertaan dalam program kesukanan.
Memberi
pengetahuan kepada warga UKM tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup
sihat.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Sukan Siswa/i JAKSA KTSN.
STRATEGI
OBJEKTIF 2
Menggalakkan
penyertaan semua kaum dalam setiap sukan.
Memberikan
kesedaran kepada mahasiswa UKM tentang kepentingan kerjasama dalam
pasukan.
INFORMASI
DAN PENERBITAN
MISI
Menjana penerbitan
dan multimedia sebagai medium informasi mahasiswa UKM yang tepat dan
bermanfaat.
OBJEKTIF
- Memastikan penyebaran maklumat semasa secara cepat,
tepat dan menyeluruh kepada semua mahasiswa UKM.
- Meningkatkan daya
kreativiti penggunaan teknologi pengkomputeran di kalangan mahasiswa
UKM.
- Memartabatkan nama
kelab di peringkat fakulti, universiti dan di luar universiti.
- Meningkatkan kesedaran
untuk tidak menyalahgunakan teknologi.
STRATEGI OBJEKTIF
Menyedia dan
meletakkan maklumat tentang sejarah penubuhan UKM secara berintegriti dan
telus.
Menerbitkan buletin
PMUKM KL yang mengandungi informasi mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dan
telah diadakan.
Menghidupkan kembali
papan-papan kenyataan PMUKM di kolej dan fakulti.
STRATEGI OBJEKTIF 2
Mengadakan pelbagai
pertandingan antara mahasiswa UKM mengenai penggunaan aplikasi komputer bagi
mencungkil kreativiti mereka.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Informasi Dan Penerbitan
JAKSA KTSN dan Exco Informasi Dan Penerbitan setiap Persatuan Mahasiswa
Fakulti (Fakulti) berkenaan maklumat.
STRATEGI
OBJEKTIF 3
Memperbaharui dan mengemaskini laman web PMUKM KL.
STRATEGI OBJEKTIF 4
Menyebarkan informasi mengenai penyalahgunaan komputer
dan internet.
Menggalakkan warga UKM untuk menjadi cemerlang dengan
meneroka ilmu melalui teknologi maklumat dalam rangkaian internet dan menyaring
laman web yang tidak memberi faedah kepada proses pembelajaran mahasiswa UKM.
KESELAMATAN
MISI
Memerhati dan melaporkan segala perkara berkaitan masalah
keselamatan kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa.
OBJEKTIF
- Meningkatkan
tahap keselamatan mahasiswa UKM..
STRATEGI OBJEKTIF
Bekerjasama
dengan pihak keselamatan kolej.
Meningkatkan
kesedaran tentang isu-isu keselamatan.
Menguruskan
pembukaan pagar belakang ke Perpustakaan Negara Malaysia.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Keselamatan Dan Tugas-Tugas
Khas JAKSA KTSN.
KOLEJ-KOLEJ LUAR
MISI
Memerhati dan melaporkan segala perkara berkaitan masalah
keselamatan kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa.
OBJEKTIF
- Meningkatkan
tahap kebajikan dan perkhidmatan di kolej-kolej luar KTSN dan Non Hostel
Organization (NHO)
STRATEGI OBJEKTIF
Menyelaras
laporan dari kolej-kolej luar untuk diambil tindakan sewajarnya.
Memastikan
kolej-kolej luar berada dalam keadaan yang harmoni dan kondusif.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Keselamatan Dan Tugas-Tugas
Khas JAKSA KTSN.
INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
MISI
Merperkasakan perpaduan kaum, pembangunan sahsiah,
meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain bagi melahirkan suasana yang aman, harmoni dan
kondusif dan semangat muhibah selari
dengan Dasar Perpaduan Nasional.
OBJEKTIF
- Mengekalkan
suasana harmoni dan sejahtera agar kolej selesa di diami oleh pelbagai
kaum.
- Meningkatkan
kerjasama dan semangat bersatu padu antara kaum.
- Memperkukuh
nilai-nilai murni dan integrasi antara kaum.
STRATEGI
OBJEKTIF 1
Menjadi teladan dalam menjalinkan hubungan
baik dengan semua kaum.
Meningkatkan
keprihatinan terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman.
Menganjurkan
program-program yang boleh disertai oleh semua kaum.
Sentiasa
menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Integrasi Dan Perpaduan Kaum
JAKSA KTSN.
STRATEGI
OBJEKTIF 2
Mengadakan
aktiviti yang menggabungkan setiap kebudayaan dan kesenian etnik.
Memastikan
organisasi program melibatkan semua kaum.
Menganjurkan
program yang meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu
padu.
STRATEGI
OBJEKTIF 3
Menggalakkan
warga kolej yang berbilang bangsa menyertai kelab dan persatuan di
peringkat kolej dan universiti.
Menggalakkan
pemakaian pakaian kebangsaan dalam majlis rasmi.
Menggalakkan
sikap terbuka dalam menerima pandangan daripada kaum lain.