Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Kertas Kerja Program Persilangan Ilmu Ke Universiti Luar Negara (Dilaksanakan)

PROGRAM PERSILANGAN ILMU
KE UNIVERSITI LUAR NEGARA

TARIKH
14-18 MEI 2009

TEMPAT
UNIVERSITI ANDALAS, PADANG, INDONESIA

ANJURAN
URUSETIA ASPIRASI,
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
DAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

TEMA
Budaya Ilmu Menjana Perpaduan Antarabangsa
___________________________________________________________
1.0   PENDAHULUAN
________________________________________________________________

Globalisasi meluaskan minda masyarakat untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak secara rasional untuk lebih maju. Seiring dengan pemodenan dunia, organisasi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia merasakan perlunya kami mara kehadapan seiring dengan era ‘dunia tanpa sempadan’ yang kian berkembang pesat.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Selari dengan teras kelima “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020” iaitu mempergiat pengantarabangsaan. Teras kelima PSPTN ini perlu untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan negara sebagai pemimpin global dalam pembangunan sejagat. Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlangan tertinggi di dunia melalui kegiatan pengantarabangsaan. Teras ini mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melalui program pengantarabangsaan. Malaysia mampu menarik jauh lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini yang akan memanfaatkan pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif dan global. Di samping itu, pelajar-pelajar antarabangsa ini akan menjadi duta global bagi mempertingkat imej Malaysia di persada dunia.

Mahasiswa/i perlu diberi peluang menimba pengalaman berharga untuk dijadikan pengajaran kelak tentang pelbagai  perbezaan ekonomi dan  budaya sosial dunia luar agar lebih berani menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Mahasiswa/i juga harus diberi galakan dan pendedahan tentang pelbagai senario ‘dunia tanpa sempadan’ kini bagi memastikan kami mampu menjangka keadaan ‘dunia sebenar’.Perkongsian buah fikiran tidak akan menyempitkan sempadan pemikiran warga Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu khususnya dan keseluruhan warga Universiti Kebangsaan Malaysia, amnya agar setiap tindakan yang diambil dapat difikirkan terlebih dahulu natijahnya sama ada mendatangkan faedah ataupun mudarat baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain.  Hal inilah yang cuba dilakukan oleh PMUKM terhadap setiap ahli yang menganggotainya.

‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’, andai sempurna kedua-duanya maka kukuhlah negara. Ini membuktikan bahawa golongan mahasiswa merupakan aset penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah Negara.

Justeru, negara amnya dan masyarakat khasnya telah menggalaskan tanggungjawab dan harapan yang besar kepada golongan belia umumnya dan mahasiswa khususnya dalam merancana dan mengemudi jentera pembangunan  dan kepimpinan negara yang bakal diterajui suatu hari nanti. Oleh itu, sebagai golongan yang dianugerahkan akal yang tinggi, perlu wujud kesedaran dan penghayatan nilai-nilai murni sebagai titik permulaan untuk melahirkan golongan intelektual yang berdaya saing, berketerampilan, berbudi bahasa, prihatin dan mampu berkomunikasi dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira status sosial masyarakat.

Persatuan Mahasiswa UKM dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ialah  persatuan yang bernaung di bawah Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), kami merasakan adalah amat wajar diwujudkan satu program lawatan ke universiti di luar negara buat julung kalinya. Selain dapat mengeratkan hubungan antara universiti dalam dan luar negara,pihak universiti juga berpeluang untuk memperkenalkan UKM kepada negara luar.

Menyedari hakikat ini, bakal-bakal graduan UKM Kampus Kuala Lumpur berasa bertanggungjawab memikul tugas dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang cukup untuk memastikan graduan-graduan UKM setanding dengan atau mendahului graduan dari universiti di negara luar.

     “ Paduan antara iman kepada Tuhan dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.”

2.0   RASIONAL
________________________________________________________________

Rasional untuk program yang akan dijalankan demi mewujudkan dunia tanpa sempadan serta ilmu yang bermanfaat sebagai proses membina dan menjana mahasiswa yang berkualiti dan dinamis dari segi ketrampilan, kepimpinan, keimanan, intelektual, dan tidak gentar dengan sebarang cabaran mendatang.


3.0  TUJUAN
________________________________________________________________

Meningkatkan pengetahuan dalam bidang Sains Kesihatan dengan cara menimba pengetahuan yang lebih mendalam tentang kursus-kursus dalam bidang Sains Kesihatan melalui pemerhatian, penyertaan dan perkongsian pendapat.

Melahirkan mahasiswa/i yang berpandangan luas, peka dengan keadaan sekeliling, optimis, berani mengemukakan idea dan pendapat serta berupaya mengikut rentak arus pemodenan terkini. 

Menggalakkan mahasiswa/i berinteraksi dengan yakin dan membantu pihak universiti melahirkan generasi pemimpin yang serba boleh.

Mengasah bakat kepimpinan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan berfikiran terbuka terhadap era baru di samping memantapkan skil mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu program dengan efektif agar natijahnya mendatangkan manfaat kepada mahasiswa khususnya dan universiti serta negara amnya.

Mempromosikan budaya dan keturunan masyarakat Malaysia kepada masyarakat luar, dengan harapan ia akan membantu sektor pelancongan di Malaysia.

Membentuk dan membangunkan mahasiswa yang         berketerampilan,dinamis dan lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Mewujudkan kerjasama yang erat, harmonis, dan berterusan di antara universiti di kedua-dua buah negara.

Membudayakan pertukaran pelajar atau pertukaran program di antara 2 buah universiti.

Mengantarabangsakan sumbangan mahasiswa dan pensyarah-pensyarah UKM khususnya dan Malaysia amnya kepada masyarakat global terutama dalam bidang-bidang Sains Kesihatan Bersekutu. 

4.0     KAEDAH
________________________________________________________________

Membawa seramai 25 orang peserta mewakili Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ke Universiti Andalas, Indonesia.

Melakukan lawatan ke luar negara buat kali pertama bagi PMFSKB.

Membawa 2 agenda utama UKM iaitu memperkenalkan UKM dan bidang-bidang sains kesihatan bersekutu serta mengeratkan kerjasama di antara warga kedua-dua buah universiti

Meneruskan kerjasama yang bakal dibentuk oleh kedua-dua                               universiti.

5.0      TEMA
________________________________________________________________

     “Budaya Ilmu Menjana Perpaduan Antarabangsa

6.0      ANJURAN
________________________________________________________________

          Anjuran Urusetia Aspirasi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (PMFSKB) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) di bawah seliaan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

7.0       PENAUNG DAN PENASIHAT
________________________________________________________________
Penaung   : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
                    (Naib Canselor UKM)
Penasihat : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak
(Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar Dan Alumni)
        : Prof. Dr. Norhani Mohidin
(Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu)
  : Prof. Dato’ Dr. Shaharuddin Ahmad
(Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM)

8.0       TEMPAT
________________________________________________________________

          Universiti Andalas, Padang, Indonesia.
.
9.0       TARIKH
________________________________________________________________
         
     14-18 Mei 2009

10.0      PENYERTAAN
________________________________________________________________

10.1      25 orang wakil UKM Kampus Kuala Lumpur
10.2      Pensyarah-pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
10.3      Pegawai Pusat Perkembangan Pelajar, UKM

11.0      ATURCARA PROGRAM
________________________________________________________________

 RUJUK LAMPIRAN 1
     
12.0     ANGGARAN BELANJAWAN
________________________________________________________________
    
     RUJUK LAMPIRAN 2

13.0     PENUTUP
________________________________________________________________

Kami dari pihak urusetia mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa program ini boleh mendatangkan impak mendalam yang memanfaatkan semua pihak terutamanya dari segi pembangunan sosial dan penjanaan pemikiran yang lebih luas dan kreatif.Justeru,atas dasar ini,kami dari pihak urusetia telah membulatkan tekad ,berusaha dengan lebih gigih dan tekun dalam mengagendakan rancangan dengan terperinci dan seterusnya menjayakan program lawatan ini.

Program ini diharapkan dapat menjadi wadah atau jalan untuk mendedahkan golongan mahasiswa/i dengan pelbagai perkara yang lebih bersifat global.Program ini adalah salah satu langkah membentuk keperibadian mahasiswa/i berketerampilan dan lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Diharapkan program lawatan ke Universiti Andalas ini dapat membuka minda dan dapat dijadikan sebagai bekalan kepada golongan mahasiswa/i yang bakal membawa halatuju negara suatu hari nanti.Akhir kata,ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan melaksanakan program lawatan ini.Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Pihak urusetia program juga mengharapkan penglibatan,bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutamanya pihak kerajaan,badan-badan swasta serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Segala sumbangan/tajaan,sokongan,perhatian dan kerjasama yang dihulurkan,didahului dengan ucapan terima kasih.Semoga segala yang dirancang akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.Sekian.Terima kasih.

13.0     ALAMAT URUSETIA
________________________________________________________________

Urusetia Program Persilangan Ilmu ke Universiti Luar Negara,
Persatuan Mahasiswa UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
            U/P : Mohd Farid Bin Mohd Taufik

            Tel : 017-2065694

No comments:

Post a Comment