Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Penyertaan Sebagai Fasilitator Program Pembangunan Jati Diri Pelajar Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan


PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 22-24 Februari 2008
Program Jati Diri ialah suatu wadah bagi menjana kecemerlangan pelajar di samping mencetuskan kesedaran perjuangan bangsa dan Negara. Fokus utama program ini ialah melahirkan pelajar yang berkualiti, pilihan institusi pengajian tinggi di dalam bidang profesional. Pelajar yang ingin dilahirkan adalah pelajar yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mempunyai ketrampilan diri dan berupaya mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan Negara.

Kehadiran siswa/I UKM di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah adalah untuk mendedahkan pelajar matrikulasi tentang corak kehidupan dan hakikat sebenar perjuangan untuk menuntut ilmu serta memperoleh segulung ijazah di universiti tempatan.  Suntikan semangat dan input baru dari siswa/I diharapkan dapat mewujudkan masyarakat terpelajar dengan minda kelas pertama.

Fasilitator terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains & Teknologi , Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Seramai 120 orang fasilitator dan 30 orang urusetia dari Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat di dalam program ini.  Penglibatan siswa/I dari  Kolej Tun Syed Nasir ialah seramai 23 orang fasilitator dan 3 orang  urusetia dari pelbagai jurusan dan tahun.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di mana aktiviti seperti ceramah. LDK dan riadah dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Pelajar-pelajar matrikulasi yang terlibat ialah pelajar PST seramai 1965 orang.

Pengisian program:

Ceramah 1- Pelajar Cemerlang
Penceramah: En Mohd Nasir, Pengetua Kolej Tun Hussein Onn

Ceramah yang disampaikan menekankan kaedah pembelajaran adalah berbeza bagi setiap individu dan kaedah pembelajaran ini mungkin perlu diubah ketika pelajar memasuki universiti agar keputusan cemerlang akan terus berada di tangan pelajar tersebut. Ciri-ciri pelajar yang cemerlang dan factor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik turut dikongsi bersama oleh penceramah dengan  para pelajar sekalian.

Ceramah 2: Pelajar aktif
Penceramah:  En. Hanafiah, Penolong Pendaftar UKM
Senario pada masa kini memperlihatkan sudah terlalu ramai graduan/ siswazah yang mendapat keputusan cemerlang. Persaingan di peringkat global sekarang bukan hanya memihak kepada mereka yang berilmu pengetahuan tinggi dan berkelayakan tetapi juga melihat kepada pakej keseluruhan yang dibawa oleh seseorang individu tersebut. Maka, nilai tambah yang ada pada diri merupakan penentu kegemilangan seseorang. Oleh itu, para pelajar bukan sahaja harus cemerlang di dalam bidang akdemik, tetapi pelajar juga harus aktif dalam kegiatan berpersatuan dan sukan, menimba pengalaman menguruskan sesuatu projek dan memahirkan diri dalam  skil intrapersonal dan interpersonal. Pengurusan masa amat mamainkan peranan penting di sini agar keseimbangan antara keduanya dicapai. Begitulah antara intipati yang telah disampaikan oleh penceramah.

LDK
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan dianggotai oleh 17-18 orang pelajar dan seorang fasilitator.

4 buah LDK telah dijalankan.

LDK 1: Sesi taaruf dijalankan antara ahli kumpulan agar suasana mesra diwujudkan.

LDK 2: Perkongsian ilmu dan pendapat berlangsung dalam LDK ini. Fasilitator menerangkan sedikit sebanyak mengenai UKM, corak kehidupan di kampus dan kedudukan pointer dan PNGK . Beberapa aktiviti berunsurkan permainan dijalankan.

LDK 3: Pelajar diuji dengan kemahiran membuat keputusan dan kematangan berfikir sekiranya senario yang tidak diingini(tidak mendapat jurusan impian) berlaku melalui permainan yang dijalankan.


LDK 4: Modul kenegaraan dijalankan dalam sesi ini melalui sajak. Pelajar digalakkan berfikir mengenai hal-hal negara walaupun belum tiba masanya mereka memegamg tampok pemerintahan negara lagi. Kesedaran bahawa golongan belia adalah  bakal pemimpin negara dan beratnya tangungjawab yang harus dipikul oleh mereka diterapkan dalam diri pelajar.

No comments:

Post a Comment