Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Sebagai Penasihat Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur-Dekan Fakulti Perubatan


Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/mpkl(9)
Tarikh               :  22 Januari 2008
                                                               


Dekan,
Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof. Dato’,

MAJLIS PEMIMPIN KAMPUS KUALA LUMPUR

Merujuk perkara di atas.

2.   Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur ingin memohon jasa baik Prof. Dato’ untuk menjadi penasihat bersama Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur.

3.   Tujuan Majlis Pemimpin ini diadakan adalah untuk membantu, memantau dan memberi perhatian kepada isu-su kebajikan dan permasalahan mahasiswa/i di kolej dan fakulti agar ianya diberi perhatian yang serius.

4.   Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Prof. Dato’ kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


’ASPIRASI UNIVERSITI TUNJANG PERJUANGAN MAHASISWA’


Yang Menjalankan Tugas,

............................................
(MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK)
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k           Fail

               Presiden PMUKM

No comments:

Post a Comment