KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP
PIALA DEKAN FSKB
TEMA
‘Menerajui Kecemerlangan Mahasiswa/i Yang
Sihat, Aktif dan Cergas’
TARIKH
7-9 MAC 2008
TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA KTSN UKM KL
ANJURAN
KELAB ASPIRASI
KELAB SAINS BIOPERUBATAN
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR
1.
PENDAHULUAN
Kejohanan Badminton Tertutup Piala Dekan
FSKB ini merupakan program yang
dianjurkan oleh Kelab Sains Bioperubatan, Kelab Aspirasi dan Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur dengan
kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (PMFSKB) dan
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir. Bagi melaksanakan program
ini dengan jayanya, kerjasama dari semua mahasiswa/i dari UKM Kampus Kuala
Lumpur adalah amat diharap dan
diperlukan.
Program ini juga bertepatan dengan teras
keempat “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020” bermatlamat
untuk meningkatkan kualiti Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya setanding
dengan universiti terbaik dunia. Di bawah teras ini, langkah-langkah untuk
merpekasakan kepimpinan IPT dipergiat. Pembangunan sumber manusia perlu
dipertingkat bagi memperkasakan IPT.
Kelab Sains
Bioperubatan merupakan salah satu kelab yang aktif dan prihatin dalam
memperkukuh minat untuk bersukan seterusnya menerapkan budaya aktif di kalangan
mahasiswa/i. Oleh itu, Kelab Sains Bioperubatan, Kelab Aspirasi dan Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil keputusan untuk menganjurkan
satu Kejohanan Badminton Tertutup Piala Dekan bagi warga kampus UKM Kuala
Lumpur. Kejohanan ini telah dirangka dengan sebaiknya supaya lebih menarik
serta bermanfaat selaras dengan objektif portfolio sukan PMUKM ini, disamping
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus UKM Kuala Lumpur.
2.
TUJUAN
Program ini bertujuan menanam sifat muafakat
dan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam membentuk mahasiswa
yang cergas dan cerdas. Selain itu, program ini juga diharap dapat menyemai dan
menyuburkan nilai-nilai kecemerlangan dalam pemikiran mahasiswa/i demi
melahirkan golongan berintelektual tinggi, cemerlang serta berkemahiran dalam
segenap bidang, berpengalaman, berdedikasi serta berketerampilan, selari dengan
aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. OBJEKTIF
Merealisasikan
“Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTNN).
Memperkasakan
kepimpinan Institut Pengajian Tinggi.
Melatih
dan memantapkan skil mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu program dengan efektif agar natijahnya dapat dikongsi bersama untuk kebaikan mahasiswa khususnya
dan universiti serta negara amnya.
Menjadikan sukan sebagai salah satu aspek
penting dalam gaya hidup di kalangan warga UKM Kampus Kuala Lumpur bagi
menjamin kecergasan warga kampus.
Memastikan peningkatan dan pengekalan
kualiti sukan di kalangan warga UKM Kampus Kuala Lumpur.
4. ANJURAN
Kelab Sains Bioperubatan
Kelab Aspirasi
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia
Kampus
Kuala Lumpur
5. TEMA
‘Menerajui Kecemerlangan Mahasiswa/i Yang
Sihat, Aktif dan Cergas’
6. TARIKH
DAN TEMPAT
7.1
Tarikh : 8-10 Februari 2008
7.2
Tempat : Dewan Serbaguna KTSN UKM KL
7. PENYERTAAN
7.1 12 Wakil Jabatan Fakulti Sains Kesihatan
Bersekutu.
7.2 Mahasiswa/i Fakulti Perubatan.
7.3 Mahasiswa/i Fakulti
Pergigian.
7.4 Pensyarah-pensyarah dari Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
8. CARTA
ORGANISASI
Rujuk LAMPIRAN A
9. PENGISIAN
PROGRAM
Secara keseluruhannya,
program ini meletakkan isu peningkatan mutu sukan sebagai isu utama.
Pertandingan badminton ini adalah pertandingan secara berpasukan yang akan
disertai oleh wakil-wakil dari setiap jabatan di Fakulti Sains Kesihatan
Bersekutu, wakil Fakulti Perubatan, wakil Pergigian dan pensyarah-pensyarah di
UKM KL.
10. TENTATIF
PROGRAM
Rujuk LAMPIRAN B
11. ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk LAMPIRAN C
12. ALAMAT URUSETIA
Urusetia Kejohanan Badminton Tertutup Piala Dekan
FSKB,
Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsan Malaysia,
Universiti
Kebangsaan Malaysia,
Jalan
Temerloh,
53200
Kuala Lumpur.
U/P : MOHD
FARID BIN MOHD TAUFIK
Tel
: 0172065694
13. PENUTUP
Kami juga mengharapkan penglibatan,
bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutama daripada pihak
pentadbiran, agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak swasta atau sesiapa sahaja
agar terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program
ini.
Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak pentadbiran universiti kerana memberi peluang kepada kami untuk
menganjurkan program ini. Sokongan moral dan kerjasama yang diberikan
membolehkan mahasiswa/i menimba pengalaman
yang diharapkan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan untuk agama, masyarakat dan Negara tercinta.
Segala sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang dihulurkan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala yang dirancang mendapat
keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment