Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Cadangan Naik Taraf Gimnasium KTSN


Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/gim(01)
                                                                                                     
Tarikh            : 6 Disember 2007

Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,

Prof. Madya Dr. Kaswandi bin Md. Ambia
Pengetua
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuan,

Cadangan naik taraf gimnasium  ktsn

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin mengusulkan cadangan kepada Unit Perumahan Pelajar agar mempertimbangkan naik taraf gimnasium di KTSN yang begitu daif keadaannya.

3.Idea ini juga telah diketengahkan oleh pihak PMUKM berikutan keperluan mahasiswa untuk meningkat kecergasan diri untuk menaikkan nama universiti di arena sukan kebangsaan dan antrabangsa. Keadaan dan kelengkapan yang daif menghalang mahasiswa dari menggunakan gimnasium tersebut untuk mempertingkat potensi diri.

4.Diharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk keselesaan warga kolej.  

5.Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
53200 Jalan Temerloh,
Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment