Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label KTSN. Show all posts
Showing posts with label KTSN. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Penyertaan Sebagai Fasilitator Program Pembangunan Jati Diri Pelajar Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan


PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 22-24 Februari 2008
Program Jati Diri ialah suatu wadah bagi menjana kecemerlangan pelajar di samping mencetuskan kesedaran perjuangan bangsa dan Negara. Fokus utama program ini ialah melahirkan pelajar yang berkualiti, pilihan institusi pengajian tinggi di dalam bidang profesional. Pelajar yang ingin dilahirkan adalah pelajar yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mempunyai ketrampilan diri dan berupaya mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan Negara.

Kehadiran siswa/I UKM di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah adalah untuk mendedahkan pelajar matrikulasi tentang corak kehidupan dan hakikat sebenar perjuangan untuk menuntut ilmu serta memperoleh segulung ijazah di universiti tempatan.  Suntikan semangat dan input baru dari siswa/I diharapkan dapat mewujudkan masyarakat terpelajar dengan minda kelas pertama.

Fasilitator terdiri dari pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 dari pelbagai fakulti seperti Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains & Teknologi , Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Seramai 120 orang fasilitator dan 30 orang urusetia dari Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat di dalam program ini.  Penglibatan siswa/I dari  Kolej Tun Syed Nasir ialah seramai 23 orang fasilitator dan 3 orang  urusetia dari pelbagai jurusan dan tahun.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di mana aktiviti seperti ceramah. LDK dan riadah dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Pelajar-pelajar matrikulasi yang terlibat ialah pelajar PST seramai 1965 orang.

Pengisian program:

Ceramah 1- Pelajar Cemerlang
Penceramah: En Mohd Nasir, Pengetua Kolej Tun Hussein Onn

Ceramah yang disampaikan menekankan kaedah pembelajaran adalah berbeza bagi setiap individu dan kaedah pembelajaran ini mungkin perlu diubah ketika pelajar memasuki universiti agar keputusan cemerlang akan terus berada di tangan pelajar tersebut. Ciri-ciri pelajar yang cemerlang dan factor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik turut dikongsi bersama oleh penceramah dengan  para pelajar sekalian.

Ceramah 2: Pelajar aktif
Penceramah:  En. Hanafiah, Penolong Pendaftar UKM
Senario pada masa kini memperlihatkan sudah terlalu ramai graduan/ siswazah yang mendapat keputusan cemerlang. Persaingan di peringkat global sekarang bukan hanya memihak kepada mereka yang berilmu pengetahuan tinggi dan berkelayakan tetapi juga melihat kepada pakej keseluruhan yang dibawa oleh seseorang individu tersebut. Maka, nilai tambah yang ada pada diri merupakan penentu kegemilangan seseorang. Oleh itu, para pelajar bukan sahaja harus cemerlang di dalam bidang akdemik, tetapi pelajar juga harus aktif dalam kegiatan berpersatuan dan sukan, menimba pengalaman menguruskan sesuatu projek dan memahirkan diri dalam  skil intrapersonal dan interpersonal. Pengurusan masa amat mamainkan peranan penting di sini agar keseimbangan antara keduanya dicapai. Begitulah antara intipati yang telah disampaikan oleh penceramah.

LDK
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan dianggotai oleh 17-18 orang pelajar dan seorang fasilitator.

4 buah LDK telah dijalankan.

LDK 1: Sesi taaruf dijalankan antara ahli kumpulan agar suasana mesra diwujudkan.

LDK 2: Perkongsian ilmu dan pendapat berlangsung dalam LDK ini. Fasilitator menerangkan sedikit sebanyak mengenai UKM, corak kehidupan di kampus dan kedudukan pointer dan PNGK . Beberapa aktiviti berunsurkan permainan dijalankan.

LDK 3: Pelajar diuji dengan kemahiran membuat keputusan dan kematangan berfikir sekiranya senario yang tidak diingini(tidak mendapat jurusan impian) berlaku melalui permainan yang dijalankan.


LDK 4: Modul kenegaraan dijalankan dalam sesi ini melalui sajak. Pelajar digalakkan berfikir mengenai hal-hal negara walaupun belum tiba masanya mereka memegamg tampok pemerintahan negara lagi. Kesedaran bahawa golongan belia adalah  bakal pemimpin negara dan beratnya tangungjawab yang harus dipikul oleh mereka diterapkan dalam diri pelajar.

Friday, September 23, 2016

Hala Tuju Gelanggang Skuasy Kolej Tun Syed Nasir UKM-Perkara Berbangkit


PERKARA BERBANGKIT BERKAITAN GELANGGANG SKUASY DI KAMPUS KUALA LUMPUR

1.1. Hak Menggunakan Kemudahan Yang Disediakan Oleh Pihak UKM

Kampus Kuala Lumpur sememangnya sebuah kampus yang jauh dari Kampus Induk, di Bangi. Di Kampus Induk Bangi, segala kelengkapan disediakan seperti Kelab Golf Danau yang dilengkapi dengan padang golf 18 lubang bertaraf antarabangsa, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, padang bola, sepak takraw, olahraga, badminton termasuk kemudahan gymnasium yang lengkap. Sesungguhnya kemudahan-kemudahan tersebut disediakan bagi kegunaan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, staf-staf dan orang awan menggunakannya bagi tujuan menjalankan aktiviti sukan yang sihat. Sememangnya, kemudahan ini diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pengguna di atas. Namun bagi pelajar di kampus kuala lumpur, kemudahan yang disediakan di kampus induk bangi sukar untuk dimanfaatkan berikutan kekangan jarak yang jauh dan kemudahan pengangkutan selain masa yang ada bagi tujuan tersebut. Pelajar-pelajar Kampus Kuala Lumpur sesungguhnya ingin menikmati kemudahan yang Universiti Kebangsaan Malaysia sediakan bagi warganya yang dikasihi, namun ia bagai tidak kesampaian. Mewujudkan gelanggang skuasy di Kolej Tun Syed Nasir adalah satu langkah baik dimana sekurang-kurangnya pelajar di sini dapat merasai dan memanfaatkan kemudahan sukan  seperti warga UKM di Bangi.

Namun, sekiranya kemudahan ini tidak lengkap dan sempurna, ia adalah sesuatu kemudahan yang sia-sia. Bagai mempunyai sebuah telefon bimbit yang tiada kemudahan sistem pesanan ringkas juga kemudahan membuat panggilan telefon. Atau kata lainnya, mempunyai sesuatu tetapi tidak berupaya untuk digunakan dengan baik. Ia seperti satu pelaburan yang tidak mencapai matlamat kerana hasilnya tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Oleh itu, diharapkan agar kemudahan  gelanggang skuasy dapat dinaiktarafkan agar pelajar-pelajar di kampus kuala lumpur dapat merasai kemudahan gelanggang skuas sepertimana warga ukm lain merasakan kemudahan gelanggang skuas di bangi. Tiada lagi alasan yang dapat diberi untuk tidak  mengamalkan budaya yang sihat sekiranya gelanggang skuas ini sudah pun sedia lengkap.

Perkara ini juga selaras dengan konsep ‘Sukan untuk Semua” yang diutarakan oleh Pusat Kecergasan Negara di mana semua masyarakat mempunyai hak untuk bersukan atau melakukan aktiviti kecergasan sebagaimana warga yang lain.

1.2.         Rungutan Pengguna Gelanggang Skuas Atas Ketidakselesaan

Pelajar menggunakannya atas tujuan beriadah ,melakukan aktiviti kecergasan dan menikmati seni permainan skuasy itu sendiri. Beberapa rungutan didapati dari pelajar-pelajar tersebut. Kerosakan serta ketidakselesaan gelanggang skuasy pada masa sekarang menyebabkan peminat sukan skuasy ini tidak dapat melakukan aktiviti ini di gelanggang skuasy. Mereka berharap agar pembaikpulih gelanggang skuasy ini dilakukan.

Kertas Kerja Cadangan Program Wacana Minda Pembangunan Modal Insan (Tidak Dilaksanakan)




CADANGAN KERTAS KERJA


PROGRAM WACANA MINDA
PEMBANGUNAN MODAL INSAN :
HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA

TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR

TARIKH
20 OGOS 2008

ANJURAN
PORTFOLIO KEBAJIKAN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KKL) SESI 2007/2008

JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR UKM SESI 2008/2009



DENGAN KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN PENERANGAN



1.0   PENDAHULUAN


 “Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.”

” Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama yang berfikiran global dan sentiasa berdaya saing.”

(Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentang usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 di Dewan Rakyat  pada 31 Mac 2006)

Pelaburan dalam modal insan diberi penekanan lebih besar sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta membentuk masyarakat yang memiliki sistem nilai yang boleh diteladani.Menurut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat hari ini, matlamat itu akan dicapai melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Dalam RMK-9, tumpuan yang lebih besar akan diberi kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh.

Bagi tujuan itu, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan di samping penekanan terhadap pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan.

Selaras dasar untuk beralih kepada aktiviti berintensifkan teknologi dan nilai ditambah yang lebih tinggi, pengambilan pekerja asing akan dilaksanakan secara bijaksana dan bilangannya dikurangkan secara beransur-ansur.

Kajian semula terhadap undang-undang buruh akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada peningkatan produktiviti dan daya saing. Tenaga buruh yang berdaya saing akan memastikan rancangan pembangunan Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan.

Mahasiswa merupakan aset, sumber berharga negara. Merekalah yang akan mewarisi pimpinan untuk meneruskan hala tuju warga. Rancangan yang digubal ini, Misi Nasional dan Wawasan 2020 adalah satu persiapan untuk diwariskan kepada mereka. Apresiasi para mahasiswa dan penghayatan mereka terhadap Misi Nasional bagi mencapai Wawasan 2020 perlu dipupuk. Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah. Mereka harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara di peringkat perancangan, kepimpinan dan pelaksanaan. Kepimpinan mahasiswa haruslah memenuhi cita rasa bangsa da negara. Persatuan-persatuan mahasiswa hendaklah menjadi forum bagi para mahasiswa menyuarakan aspirasi generasi mereka. Untuk itu kepimpinan mahasiswa sewajarlah diperkukuh dari peringkat akar umbi dengan wacana minda serta kursus dan latihan pembangunan jati diri. Semoga Malaysia terus maju jaya.

2.0   RASIONAL

Selain daripada memikul tanggung jawab menyediakan diri untuk menerajui negara pada masa akan datang, mahasiswa perlu diterapkan dengan kefahaman yang jelas mengenai dasar pembangunan modal insan menjurus kepada pembentukkan masyarakat minda kelas pertama.

3.0  TUJUAN

3.1.Merupakan salah satu usaha untuk mengubah persepsi umum melalui penerangan dan kefahaman yang jelas bahawa apa yang ingin dilaksanakan oleh dasar pembangunan modal insan.
3.2.Memahami prinsip sebenar pembangunan modal insan yang sememangnya relevan untuk semua golongan masyarakat dan setiap individu bagi memacu kejayaan rakyat dan negara.

4.0   ANJURAN

Anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007/2008 dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Tun Syed Nasir Sesi 2008/2009 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.

5.0   PENASIHAT

Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib,
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

6.0    TEMPAT

Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir

7.0    TARIKH

20 Ogos 2008

8.0    PENYERTAAN

Seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir

9.0 TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN 1
                       
10.0      STRUKTUR ORGANISASI

RUJUK LAMPIRAN 2

11.0      ANGGARAN BELANJAWAN

     RUJUK LAMPIRAN 3

12.0      PENUTUP

Oleh kerana Pembangunan Modal Insan  telah menjadi satu dasar negara, maka mahu tidak mahu kesemua pihak perlu menerimanya. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya, bukan dengan cara mengkritik dan menghentam membuta tuli seperti yang dikatakan oleh Akram Diya al Umari, kasih sayang adalah asas kepada masyarakat bertamadun. Semua pihak tidak kira fahaman politik seharusnya menerimanya dengan baik kerana ia bakal memacu negara menuju sebuah negara maju. Justeru, sekiranya dasar Pembangunan Modal Insan ini dapat direalisasikan, mewujudkan sebuah masyarakat minda kelas pertama tidak lagi mustahil.

Diharapkan melalui program wacana ini semua siswa/i memahami seterusnya menghayati dan menyelami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Modal Insan itu sendiri. Sebagai mahasiswa yang bertauliah dan terpelajar yang bakal memimpin negara suatu hari kelak, seharusnya sentiasa mengambil tahu segala yang berlaku di persekitaran pada hari ini, semalam dan akan datang.

Kertas Kerja Kempen Derma Buku Pusat Sumber KTSN (Dilaksanakan)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


   KERTAS KERJA
KEMPEN DERMA BUKU PUSAT SUMBER KTSN

TEMA
‘MENJANA KEMUDAHAN, MENINGKATKAN KECEMERLANGAN’


TARIKH
1 JANUARI 2008-31 MEI 2008


ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
JAWATANKUASA SISWA/I  KOLEJ TUN SYED NASIR


DENGAN KERJASAMA
PUSAT SUMBER KOLEJ TUN SYED NASIR





  1. Pusat sumber merupakan satu khazanah ilmu yang menyediakan pelbagai bahan rujukan dalam pelbagai bidang dan media samada bercetak dan sebagainya. Pusat sumber berfungsi bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada warga kolej untuk memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Pusat sumber memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dengan menyediakan keperluan pelbagai sumber maklumat dan ilmu yang berkaitan. Sumber maklumat dan ilmu yang diperolehi dari semasa ke semasa ini telah membina koleksi-koleksi pesat sumber dan seterusnya menjadikan pusat sumber sebagai gedung ilmu untuk kemudahan pelajar.

 Oleh itu, untuk menjadikan Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir sebagai satu gedung ilmu, timbul kesedaran untuk berusaha bagi menaikkan dan menambah kemudahan yang sedia ada terutamanya dari segi keperluan buku-buku terkini untuk kemudahan penghuni kolej. Seiring dengan  keadaan ini, perlunya untuk kami melakukan sesuatu sebagai penghuni kolej untuk sama-sama bergerak dalam usaha meningkatkan kemudahan di Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir. Ini perlu dilakukan dalam usaha untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.

Semua penghuni kolej haruslah melibatkan diri dan melihat keadaan ini sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul untuk keperluan bersama. Langkah untuk melancarkan kempen ini diharapkan dapat membantu untuk meningkatkan jumlah buku yang ada untuk memenuhi keperluan penghuni kolej dan seterusnya menjadi peransang kepada penghuni untuk memanfaatkan kemudahan pusat sumber yang disediakan oleh pihak kolej dengan sebaiknya. Disamping itu, kempen yang bakal dijalankan ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan kecermerlangan semua penghuni kolej dalam bidang akademik.

  1. Tujuan
Kempen ini diadakan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan kepelbagaian koleksi buku di Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir bagi memudahkan pelajar membuat rujukan yang berkesan. Disamping itu,kempen ini diadakan bagi meningkatkan penggunaaan pusat sumber yang disediakan oleh pihak kolej dengan sepenuhnya dan seterusnya menarik keahlian pelajar untuk sentiasa berkunjung ke pusat sumber ini. Kempen ini juga secara tidak lansung akan dapat membantu pelajar dalam mebuat rujukan daripada pelbagai koleksi buku dan seterusnya membantu dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.Selain daripada itu , melalui program ini diharapkan dapat  dijadikan medium untuk kita sebagai penghuni untuk memberi sumbangan kepada kolej serta generasi pelajar yang akan datang.

  1. Objektif

3.1 Mengumpul dan menambahkan jumlah buku yang ada.
3.2 Mempelbagaikan koleksi buku yang sedia ada.
3.3 Membantu pelajar membuat rujukan daripada pelbagai koleksi buku
3.4 Menaikkan taraf dan penggunaan pesat sumber kolej

  1. Anjuran

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir dengan kerjasama Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir

  1. Tema

“Menjana Kemudahan, Meningkatkan Kecemerlangan”

  1. Tarikh & tempat

1.        Tarikh : 1 Januari 2008 hingga 31 Mei 2008
2.        Cadangan tempat : Kolej Tun Syed Nasir

  1. Penyertaan

Semua penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)

  1. Organisasi

Seperti di lampiran A

  1. Anggaran belanjawan

Seperti di lampiran B

  1. Alamat urusetia

Kolej Tun Syed Nasir,
53200 Jalan Temerloh,
Kuala Lumpur.

Untuk perhatian :
Setiausaha : NURUL SAADAH BINTI AHMAD ( 012 7510143)

  1. Penutup
Kempen ini diharapkan dapat membantu meningkatkan taraf  kemudahan di Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir. Selain itu diharapkan juga kempen ini dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan yang lebih berkesan dan mudah dengan kepelbagaian buku yang boleh didapati di pusar sumber ini. Disamping itu, kemudahan pusat sumber yang disediakan oleh pihak kolej dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Secara tidak lansung, diharapkan kemudahan ini dapat membantu dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Organisasi kempen ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kolej yang sudi memberi peluang untuk kami melaksanakan usaha murni ini dalam membantu memanfaatkan segala kemudahan yang ada dengan sepenuhnya.

Disediakan oleh,

NUR HASNIZA BINTI MOHD ZAKI
Pengarah
Kempen Derma Buku Pusat Sumber KTSN
Kolej Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia


Disemak oleh,

      MOHD. FARID B. MOHD. TAUFIK
Penyelaras
Kempen Derma Buku Pusat Sumber KTSN
      Kolej Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia


Diluluskan oleh,

PROF MADYA DR KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua
Kolej Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Struktur Organisasi

Penaung                                 
PROF MADYA DR KASWANDI BIN MD AMBIA                                            
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL.
Pemantau                                
MOHD. FARID B. MOHD. TAUFIK
Pengarah                                 
NUR HASNIZA BINTI MOHD ZAKI
Timbalan Pengarah                 
1. MOHD FAHMI BIN MOKHY                               
2. FARAH DALILA BINTI MD TAHIR
Setiausaha                               
NURUL SAADAH BT. AHMAD  
Bendahari                                
MAZLINA BINTI  MAZLAN

Jawatankuasa Pelaksana

a) Program                   
MUHAMAD KAMIL BIN ABDUL RAHIM
NOORASYIKIN RAMLI
b) Teknikal                  
FAUZI BIN MOHD ZAKI
MOHD SYAFIQ BIN OMAR
c) Publisiti 
NUR AZUA KAMARUZZAMAN
FASHIHAH BINTI MOHD HANIFFA
d) TTK 
KTSN 1          
SAIFUL RIDZUAN KARIM
ADALIA BALQIS BINTI MANSOR
KTSN 2
ZALIHA BINTI HARUN   
KTSN 3 
NURUL FARIZA ROSSLE
KTSN 4

KTSN 5
NUR NABILAH BINTI NAJIB

KTSN 6          
ABU HANIFA BIN SULONG

Perkara Berbangkit Atas Cadangan Penambaikan Gimnasium Dalam Kertas Kerja Yang Diserahkan Kepada Dato Naib Canselor



1. PERKARA BERBANGKIT BERKAITAN GIMNASIUM DI KAMPUS KUALA LUMPUR

1.1. Hak Menggunakan Kemudahan Yang Disediakan Oleh Pihak UKM

Kampus Kuala Lumpur sememangnya sebuah kampus yang jauh dari Kampus Induk, di Bangi. Di Kampus Induk Bangi, segala kelengkapan disediakan seperti Kelab Golf Danau yang dilengkapi dengan padang golf 18 lubang bertaraf antarabangsa, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, padang bola, sepak takraw, olahraga, badminton termasuk kemudahan gymnasium yang lengkap. Sesungguhnya kemudahan-kemudahan tersebut disediakan bagi kegunaan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, staf-staf dan orang awan menggunakannya bagi tujuan menjalankan aktiviti sukan yang sihat. Sememangnya, kemudahan ini diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sasaran di atas.

Namun bagi pelajar di Kampus Kuala Lumpur, kemudahan yang disediakan di kampus induk bangi sukar untuk dimanfaatkan berikutan kekangan jarak yang jauh dan kemudahan pengangkutan selain masa yang ada bagi tujuan tersebut. Pelajar-pelajar Kampus Kuala Lumpur sesungguhnya ingin menikmati kemudahan yang Universiti Kebangsaan Malaysia sediakan bagi warganya yang dikasihi, namun ia bagai tiada kesampaian. Mewujudkan gimnasium di Kolej Tun Syed Nasir adalah satu langkah baik dimana sekurang-kurangnya pelajar di sini dapat merasai dan memanfaatkan kemudahan gymnasium seperti warga UKM di Bangi.

Oleh itu, diharapkan agar kemudahan  gimnasium dapat dinaiktarafkan agar pelajar-pelajar di kampus kuala lumpur dapat merasai kemudahan gimnasium sepertimana warga UKM lain merasakan kemudahan gymnasium di bangi.

 Walaupun tidak selengkap gimnasium di UKM Bangi, namun sekurang-kurangnya kelengkapan asas gimnasium dapat disediakan agar pelajar-pelajar di kampus ini dapat merasakan bahawa walaupun gimnasium di Bangi tidak dapat digunakan, mereka mempunyai alternatif lain di kolej yang didiami ini. Tiada lagi alasan yang dapat diberi untuk tidak  mengamalkan budaya yang sihat sekiranya gimnasium ini sudah pun sedia lengkap.

Perkara ini juga selaras dengan konsep ‘Sukan untuk Semua” yang diutarakan oleh Pusat Kecergasan Negara di mana semua masyarakat mempunyai hak untuk bersukan atau melakukan aktiviti kecergasan sebagaimana warga yang lain.

1.2.         Rungutan Pengguna Gimnasium Atas Ketidakselesaan Dan Ketidaklengkapan Peralatan Gimnasium

Gimnasium ini digunakan oleh pelajar Kolej Tun Syed hampir setiap minggu. Pelajar menggunakannya atas tujuan beriadah dan melakukan aktiviti kecergasan. Beberapa rungutan didapati dari pelajar-pelajar tersebut. Seperti ketidaklengkapan peralatan senaman, ketidakselesaan dalam menggunakan gimnasium serta bosan melakukan disiplin yang sama setiap kali. Mereka berharap agar peralatan yang disediakan dapat ditambah supaya dapat memanfaatkan kemudahan dengan maksimum. Dari segi keselamatan juga harus di beri perhatian yang serius. Ini kerana peralatan yang rosak dan tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna-pengguna alatan gimnasium tersebut.

1.3. Kesedaran Menjaga Kesihatan

Kolej Tun Syed Nasir dihuni oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu serta Fakulti Pergigian. Sememangnya pelajar-pelajar dari fakulti ini lebih menjurus ke arah kesihatan. Oleh itu, kesedaran terhadap pentingnya aktiviti fizikal dalam menjaga kesihatan membuatkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan pada waktu-waktu senggang. Walaupun kerap berjogging di Tasik Titiwangsa, namun mereka mengharapkan agar gimnasium juga dapat digunakan kerana bagi mereka yang tiada masa untuk ke Tasik Titiwangsa pada waktu petang, mereka dapat mengunakan alternatif lain, iaitu beriadah di gimnasium pada waktu malam.

Kesibukan dalam menghadiri kuliah dan menyelesaikan tugasan pada waktu siang hingga tidak dapat melakukan aktiviti kecergasan bukan lagi alasan kerana mereka masih dapat menggunakan kemudahan gimnasium pada waktu malam. Sesungguhnya minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Atas sebab ini, sekiranya kemudahan gimnasium dapat ditambah dan dinaiktaraf, gimnasium tersebut dapat digunakan secara optima apabila beroperasi pada waktu malam. Perkara ini selaras dengan matlamat umum ‘National Fitness Centre’ untuk memperkukuhkan budaya sukan di samping melahirkan sebuah Masyarakat Malaysia Cergas.

1.4. Status Gimnasium

Gimnasium yang diwujudkan di Kolej Tun Syed Nasir, pada dasarnya berada di bawah pengurusan Unit Sukan Kampus Kuala Lumpur. Namun, terdapat beberapa kekeliruan dalam perkara ini di mana gimnasium juga turut di diselia oleh Unit Perumahan Kampus Kuala Lumpur. Hal ini menjadikan beberapa perancangan dalam memantapkan lagi fungsi gimnasium tergendala berikutan terdapat percanggahan dalam pengurusan gimnasium terbabit oleh kedua-dua pihak.

Gimnasium pada awalnya akan dinaiktaraf secara berperingkat yang mana ia telah dimulakan dengan penggantian permaidani yang uzur dengan permaidani yang baru dan lebih kemas. Sebuah pejabat pengurusan unit sukan akan diwujudkan di gimnasium ini bagi memantapkan fungsi dan pengurusan unit sukan di Kampus Kuala Lumpur. Namun, penaiktarafan ini dikatakan tergendala berikutan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan. Yang terbaru, gimnasium dikatakan akan dipindahkan di ruang skuasy berhampiran kafe, di mana salah satu daripada ruang skuasy tersebut akan dijadikan tempat gimnasium yang baru. Dan bilik gimnasium yang wujud sekarang ini akan menjadi tempat yang masih tidak dapat dipastikan penggunaannya.

Sesungguhnya perkara ini diharapkan dapat diperjelaskan dengan segera bagi meleraikan kekusutan. Status penaiktarafan gimnasium dan pengurusannya masih tidak dapat dipastikan dan ini boleh menjejaskan masa depan fungsi gimnasium di kolej ini.

1.5.   Mewujudkan Kelab Gimnasium

Gimnasium sememangnya memerlukan penyelenggaraan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan ini penting dan memerlukan sedikit kos bagi tujuan membaiki peralatan yang rosak, memastikan komponen-komponen yang tidak sesuai untuk digunakan lagi diganti serta membaikpulih bahagian-bahagian yang sudah uzur. Atas sebab ini, terdapat cadangan untuk menubuhkan kelab gimnasium di mana setiap ahli kelab akan dikenakan yuran tahunan bagi membolehkan penggunaan gimnasium ini boleh dilaksanakan dengan lebih sistematik dan tersusun. Yuran ini bukan untuk membebankan pelajar, tetapi ia perlu bagi memastikan gimnasium ini dapat diselenggarakan dengan baik dalam menjamin kualiti dan keselesaan semasa memanfaatkan kemudahan ini.

Kertas Kerja Cadangan Pembesaran Dan Naik Taraf Surau D Kolej Tun Syed Nasir UKM


KERTAS KERJA CADANGAN
PEMBESARAN DAN NAIK TARAF SURAU D
KOLEJ TUN SYED NASIR

SESI 2007/2008



BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)



UNIT KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR

1.0       PENGENALAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”
Surah At – Taubah (9: 18)  

Surau merupakan tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat yang beragama Islam. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam. Program-program seperti ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan perlu dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan surau serta memeliharanya dalam keadaan yang baik. Keadaan surau yang baik adalah amat penting kerana ibadat seharian kita boleh terjejas seandainya terdapat kecacatan pada surau. Kerosakan atau kecatatan pada surau boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang beribadat di dalamnya. Ketidakselesaan tersebut mampu menjejaskan kualiti ibadat pengguna surau kerana suasana yang tidak selesa boleh menghalang kita daripada khusyuk di dalam solat. Justeru itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk membaikpulih segala kerosakan yang wujud pada surau serta mencantikkan lagi keadaannya.  

 Situasi semasa yang dapat kita lihat di surau d Kolej Tun Syed Nasir, tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai apabila tiba bulan kebesaran islam iaitu bulan Ramadhan. Kapasiti yang dapat ditampung hanyalah 300 orang sedangkan jumlah jemaah menjangkau 500 orang.

Sesungguhnya, Jawatankuasa Surau Kolej Tun Syed Nasir serta pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) berharap agar semua pihak memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan usaha ini dengan harapan keuntungan duniawi dan ukhrawi diperoleh bersama. InsyaAllah.

2.0              OBJEKTIF
Berikut merupakan antara objektif – objektif yang hendak dicapai :
2.1.Menyediakan kemudahan ruang ibadat bagi penghuni dan warga Muslim Kolej Tun Syed Nasir menampung bilangan penghuni Muslim Kolej Tun Syed Nasir yang bersolat di surau yang semakin bertambah.
2.2.Menyediakan ruang yang mencukupi untuk mengadakan program-program yang berasaskan kerohanian seperti ceramah, kursus ibadat, solat tarawikh serta program-program bersesuaian yang lain.
2.3.Membaikpulih sebarang kerosakan yang wujud di surau bagi mengelakkan ketidakselesaan penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir.
2.4.Mencantikkan lagi surau demi menjaga imej Kolej Tun Syed Nasir terutamanya apabila tetamu kenamaan hadir melawat kolej ini.

3.0       BUTIRAN NAIK TARAF DAN PELAN
Lampiran A

3.0       PELAN ASAL
Lampiran B

4.0       ANJURAN
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

5.0       TEMPAT
Surau D,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.

6.0       PENASIHAT
En. Noor Alauddin bin Abd Wahab
Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

7.0       ALAMAT SURAT – MENYURAT
Segala surat-menyurat boleh dikirimkan ke alamat seperti berikut :
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
No. Faks          :03 – 26911077
Nama               : Mohd Farid Bin Mohd Taufik (017-2065694)
Nama               : Mohammad Arif Fikri b. Mustaffa (019-6605421)

8.0       PENUTUP

Pembesaran surau Kolej Tun Syed Nasir diharapkan dapat memberi banyak kebaikan dan keselesaan kepada seluruh penghuni dan warga kolej yang menggunakan kemudahan surau. Diharapkan supaya usaha ini mendapat pertimbangan untuk keselesaan warga Kolej Tun Syed Nasir beribadat di surau dan meningkatkan imej UKM terutamanya apabila ada tetamu luar hadir.

Disediakan oleh,




MOHD FEKRI BIN AHMAT NAZRI
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008



Disemak oleh,



MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008




Disokong oleh,



PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Peralatan Dan Kelengkapan Yang Diperlukan Untuk Naik
Taraf Surau D

v Karpet
v 4 Penyaman Udara
v Sistem Siaraya Yang Lebih Berkesan
v Almari dan Perabot-Perabot Untuk Sudut Bacaan
v Buku-Buku Ilmiah Mengenai Agama Islam Untuk Rujukan
v Tempat Wuduk Muslimin
v Tempat Wuduk Muslimat
v Kelengkapan Solat Seperti Sejadah.
v Almari dan Perabot-Perabot Untuk Kelengkapan Solat

Surau D diperbesarkan dengan menggunakan ruang antara tempat letak motosikal dan surau D yang ada pada masa sekarang.