Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Seminar Kerjaya Profesionalisme II (Tidak Dilaksanakan)



UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


       
SEMINAR KERJAYA PROFESIONALISME II

TEMA
‘SELANGKAH KE ARAH PROFESIONALISME’

TARIKH
15-16 MAC 2008

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


DENGAN KERJASAMA
UNIT KAUNSELING UKM
&
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

  1. Pendahuluan

Globalisasi telah membuka mata dan minda masyarakat untuk berfikir dan bertindak secara matang untuk maju kehadapan. Graduan harus diberi galakan dan pendedahan tentang pelbagai situasi ‘dunia tanpa sempadan’ kini bagi memastikan  mereka mampu melihat dan menjangka keadaan ‘dunia sebenar’ serta memperoleh pengalaman berharga untuk dijadikan pengajaran terutamanya hal yang berkait dengan pekerjaan yang bakal ditempuhi kelak.

            Program ini juga bertepatan dengan teras keempat “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020” bermatlamat untuk meningkatkan kualiti Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya setanding dengan universiti terbaik dunia. Di bawah teras ini, langkah-langkah untuk memperkasa kepimpinan IPT dipergiat. Pembangunan sumber manusia perlu dipertingkat bagi memperkasakan IPT.

Ledakan teknologi canggih dan evolusi pemikiran yang semakin mencabar menyebabkan para graduan terpaksa bersaing di pasaran pekerjaan demi mendapatkan kerjaya yang benar-benar bersesuaian dengan kemahiran masing-masing. Kita sering kali terdengar bahawa graduan tidak mempunyai kemahiran praktikal, tidak fasih berbahasa inggeris dan sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka menganggur untuk masa yang lama.

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kuala Lumpur, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (PMFKSB), dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir, bersama Unit Kaunseling dan Kerjaya dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ingin mengambil inisiatif bagi membantu mahasiswa/i melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Seminar ini merupakan kali kedua dijalankan di Kampus Kuala Lumpur UKM yang dipercayai akan memberi pelbagai manfaat kepada mahasiswa/i.

 Perkongsian pengetahuan dan maklumat antara pegawai-pegawai yang bertauliah dengan bakal-bakal graduan harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan dalam usaha untuk mencipta kecemerlangan dalam apa jua bidang yang akan diceburi. Oleh itu, diharap program ini dapat membentuk satu graduan yang berkarisma, berfikiran terbuka dan profesional yang mampu bertanggungjawab dalam setiap tindakan tanpa bertindak secara membuta tuli.

Pendedahan awal yang diberi kepada mahasiswa/i juga diharapkan dapat membangkitkan kesedaran dalam diri mereka  agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang khususnya akademik dan lain-lain umumnya seperti sahsiah dan kepimpinan. Kecemerlangan boleh diperoleh melalui komunikasi dan interaksi berkesan antara mahasisiwa/i dengan orang yang lebih bertauliah dan berpengalaman manakala pemikiran yang kreatif dapat dijana melalui perkongsian idea serta pertukaran maklumat yang akan menjadikan seseorang lebih matang dan berpengetahuan luas.

Akhir kata, semoga seminar ini bakal memberi bakal memberi manfaat kepada bakal-bakal graduan agar dapat membuat persediaan dari sekarang bagi menghadapi cabaran kerjaya pada masa hadapan.

  1. Tujuan
Melahirkan mahasiswa yang lebih yakin dan berketrampilan apabila menjejakkan kaki di alam pekerjaan kelak.
Menjadi suatu medium interaksi bagi menyalurkan suara mahasiswa kepada pihak universiti untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

  1. Objektif
  •  Memberi kesedaran dan kepentingan kaedah yang betul dalam mempersiapkan diri siswa/i sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
  • Memupuk keyakinan di kalangan mahasiswa supaya berani untuk membuat perubahan diri demi kebaikan masa hadapan.
  • Menggalakkan pembangunan sahsiah dan kemahiran komunikasi secara berkesan.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang lebih yakin dan berketrampilan apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kelak.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang berpandangan luas, peka dengan keadaan sekeliling, optimis, berani mengemukakan idea dan pendapat serta berupaya mengikuti arus pemodenan terkini. 
  1. Anjuran
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Unit Kaunseling UKM Dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

  1. Tema
Selangkah Ke Arah Profesionalisme’

  1. Tarikh & tempat
  Tarikh   : 23-24 Februari 2008
  Tempat : Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kula Lumpur

  1. Penyertaan
Semua Mahasiswa/i UKM Kampus Kuala Lumpur.

  1. Organisasi
Seperti di lampiran A

  1. Tentatif program
Seperti di lampiran B

  1. Anggaran belanjawan
Seperti di lampiran C

  1. Alamat urusetia
Persatuan Mahasiswa,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.

Untuk perhatian :
Penyelaras : Mohd Farid Bin Mohd Taufik ( 0172065694)

  1. Penutup
 
Program ini diharapkan dapat membentuk mahasiswa/i yang berkarisma, berfikiran terbuka dan profesional serta bertanggungjawab bagi memperoleh persaingan dan pemikiran seantero dunia selari dengan dunia hari ini. UKM berbangga dengan kelahiran generasi baru mahasiswa/i yang berkeyakinan diri, berkaliber dan berpengetahuan luas.

Diharapkan program ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga mahasiswa/i dapat memanfaatkan sepenuhnya segala yang cuba disampaikan, sekaligus memenuhi matlamat kami untuk melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, berkeyakinan tinggi serta berdaya saing apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Disediakan oleh,

.......................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Exco,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008.

Disemak oleh,

      ..............................................
MOHD ZAID BIN MOHD IDRUS
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008.

Disahkan oleh,

      ..................................................
PROF MADYA DR. RUZITA ABD TALIB
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diluluskan oleh,

.............................................
PROF DR. NORHANI MOHIDIN
Dekan,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment