Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Hala Tuju Gelanggang Skuasy Kolej Tun Syed Nasir UKM-Cadangan Naik Taraf



2.      CADANGAN MENAIK TARAF:

2.1.Siling

Didapati siling di gelanggang skuasy telah berlubang serta tidak selamat terhadap pengguna gelanggang skuasy ini.
    
2.2.Lantai

Di dapati lantai juga berlubang-lubang, reput serta di tumbuhi kulat. Hal ini menyebabakan gelanggang skuasy ini tidak selamat di gunakan kerana ianya akan mengundang kecederaan kepada pengguna. Di cadangkan supaya memperbaiki serta menukar lantai gelanggang skuasy dengan lantai yang lebih berkualiti tinggi serta tahan lasak dan selamat di gunakan.
                     

2.3.Dinding
           
Keadaan dinding di gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur amat menyedihkan. Dimana, cat pada dinding ini mula tertanggal serta di tumbuhi oleh kulat. Hal ini menyebabkan gelanggang skuasy kelihatan sangat kusam dan mencacatkan permandangan di gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur.
                       

2.4.Kipas pengudaraan
           
Penggaliran udara di gelanggang skuasy perlu baik untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, ia dapat membantu mengelakkan bau hapak seterusnya mengelakkan pembiakan bakteria dan juga kulat. Di dapati kipas ini tidak berfungsi dengan baik.
                     
2.5.Tempat duduk penonton

Terdapat tempat duduk bagi penonton yang terletak di bahagian atas gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur ini. Tempat duduk ini sangat terhad memandangkan ruang yang terdapat di situ sangat kecil dan sempit. Di cadangkan meluaskan lagi tempat duduk penonton agar sukan skuasy ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

2.6.Penghawa dingin

Gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur mempunyai dua buah kipas dinding yang uzur. Di sini, terdapat cadangan untuk menambah penghawa dingin dalam kerja-kerja menaiktaraf gelanggang skuasy. Ini adalah supaya pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan gelanggang skuasy dapat menggunakannya dengan lebih selesa.

No comments:

Post a Comment