Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Cadangan Penambaikan Gimnasium Dalam Kertas Kerja Yang Diserahkan Kepada Dato Naib Canselor


2.0. CADANGAN MENAIK TARAF

2.1.  Basikal senaman

Gimnasium Kolej Tun Syed Nasir mempunyai dua buah basikal senaman pada mulanya. Namun sekarang hanya satu sahaja yang tinggal. Dan satu-satunya basikal yang ada di sini sudahpun mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan lagi. Umum mengetahui bahawa basikal senaman ini adalah kemudahan ginmasium yang wajib dan boleh didapati di mana-mana , jika tiada, tidak lengkaplah sesuatu gimnasium tersebut. Oleh itu, diharapkan agar kemudahan basikal ini dapat diadakan di gimnasium Kolej Tun Syed Nasir bagi membolehkan pelajar-pelajar di sini memanfaatkannya. Rata-rata pelajar yang menggunakan gimnasium ini mengharapkan agar basikal senaman dapat disediakan kerana ia merupakan antara alat senaman digemari oleh mereka. Kerosakan basikal ini atau kata lainnya, tiada kemudahan basikal senaman amat mengecewakan pelajar. Dan adalah diharapkan agar basikal senaman ini dapat disediakan  dengan sempurna.

2.2.Treadmill

Begitu juga dengan treadmill. Umum juga mengetahui bahawa treadmill merupakan peralatan yang sinonim dengan mana-mana gimnasium. Treadmill amat digemari bagi pengguna-pengguna gimnasium untuk beriadah dan sangat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu. Seperti biasa, ketiadaan Treadmill juga mengecewakan pelajar yang menggunakan gimnasium tersebut. Rata-rata juga mengharapkan agar Treadmill dapat diwujudkan dan disediakan bagi memenuhi keperluan senaman mereka.


2.3. Set multi-session
           
Terdapat beberapa kerosakan pada set multi session yang terdapat di gimnasium ini. ada bahagian-bahagian tertentu yang sudah rosak, koyak . ini bukan sahaja tidak selesa untuk digunakan malah boleh membahayakan pengguna yang menggunakanya. Oleh itu, diharapkan agar set ini dapat dibaikpulih atau diganti supaya lebih selamat dan selesa.

2.4. Set sit-up

Set sit up yang terdapat di gimnasium ini juga mengalami kerosakan tertentu. Sepapa yang telah diberitahu di atas, kerosakan ini bukan sahaja menjadi punca ketidakselesaan pengguna kemudahan ini, malah dapat membahayakan pengguna terbabit. Adalah diharapkan agar set ini dapat dibaikpulih dengan sempurna.

2.5. Dumb-bell (free-weght)

Dumb-bell  juga sinonim dengan gimnasium. Ia digunakan bagi meningkatkan tahap kecergasan bagi otot-otot lengan. Gymnasium di kolej ini hanya dilengkapi dengan free-weght biasa dimana ia tidak begitu mesra pengguna wanita kerana tahap bebanan yang tidak sesuai. Oleh itu, diharapkan agar beberapa buah dumb-bell dengan bebanan yang bersesuaian dapat disediakan untuk mewujudkan gimnasium yang mesra wanita.

2.6.Set stepper

Terdapat pelajar yang gemar melakukan aktiviti aerobik di gymnasium. Aerobic lebih menarik jika set stepper dapat disediakan. Sehubungan itu, diharapkan agar set stepper dapat disediakan agar lebih ramai pelajar dapat melakukan aktiviti aerobik dengan lebih selesa.

2.7. Poster kesihatan

Poster-poster kesihatan di gimnasium berguna dalam member info dan maklumat mengenai cara penggunaan gimnasium dengan betul, cara bersenam yang betul, sistem tubuh badan, kebaikan aktiviti fizikal dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan kesihatan. Ia bukan bertujuan sebagai hiasan semata-mata, namun sebagai penambah kefahaman pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan
gimnasium ini. Terdapat hanya 2 poster berkaitan disediakan dan ini sememangnya tidak memberikan maklumat yang cukup dalam penggunaan gimnasium dengan betul dan sebagainya. Oleh itu diharapkan agar poster kesihatan dapat ditambah sesuai dengan konsep gimnasium yang memerlukan penggunanya faham dengan kehendak kesihatan.

2.8. Penghawa dingin

Gimnasium Kolej Tun Syed Nasir mempunyai dua buah kipas siling dan dua buah kipas dinding yang uzur. Salah satu kipas dinding tidak boleh digunakan dan kehadirannya bagai mencacatkan keadaan. Gimnasium yang baik ialah gimnasium yang dilengkapi dengan sistem penyejukkan yang baik. Di sini, terdapat cadangan untuk menambah penghawa dingin dalam kerja-kerja menaiktaraf gimnasium. Ini adalah supaya pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan gimnasium dapat menggunakannya dengan lebih selesa dan khusyuk.

2.9.Cermin gimnasium

Salah satu cermin gimnasium yang terdapat di sini telah mengalami keretakan. Diharapkan agar ia dapat diganti dengan yang baru.

2.10.Punching bag

Punching bag juga diharapkan agar dapat digantii atau diperbaiki kerana telah pun koyak.

2.11.Gym ball

Gym ball merupakan antara alat senaman yang sesuai untuk diletakkan di dalam gimnasium. Diharapkan agar gym ball ini dapat disediakan bersama-sama manual penggunaannya bagi memberikan variasi kepada pengguna gimnasium dalam melakukan aktiviti senaman.

2.12.Radio

Terdapat sebuah radio disediakan dalam gymnasium ini. Pengguna selalunya memasang radio sebagai peneman ketika melakukan aktiviti kecergasan disamping berfungsi untuk menenangkan fikiran. Selain itu, radio tersebut juga dijugakan bagi tujuan senaman aerobik serta latihan tarian. Tetapi malangnya ia telahpun uzur. Pelajar tidak dapat menggunakan radio tersebut dengan baik. Adalah diharapkan agar radio yang telahpun uzur  ini dapat digantikan dengan yang baru yang dapat memainkan kaset mahupun cd yang bersesuaian dengan citarasa dan halwa telinga pengguna gimnasium.

2.13.Jam

Terdapat sebuah jam di dalam gymnasium ini tetapi ia telahpun rosak dan tidak berfungsi. Jam bertujuan untuk memberitahu sesuatu masa kepada pengguna. Ia juga membantu pengguna gymnasium dalam menentukan masa senaman mereka. Oleh sebab itu, adalah diharapkan agar sebuah jam dinding baru dapat disediakan bagi menggantikan jam yang telah rosak ini.


Secara keseluruhannya, diharap agar penambahan dan pembaik pulihan gimnasium dapat dilakukan agar kemudahan ini lengkap, selesa dan selamat untuk digunakan. 

No comments:

Post a Comment