Rujukan Kami : UKM3.3.1/pmukm0708/007/mpkl(10)
Tarikh :
22 Januari 2008
Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib,
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prof. ,
MAJLIS
PEMIMPIN KAMPUS KUALA LUMPUR
Merujuk perkara di atas.
2. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala
Lumpur ingin memohon jasa baik Prof. untuk menjadi penasihat bersama Majlis
Pemimpin Kampus Kuala Lumpur.
3. Tujuan Majlis Pemimpin ini diadakan adalah untuk membantu,
memantau dan memberi perhatian kepada isu-su kebajikan dan permasalahan
mahasiswa/i di kolej dan fakulti agar ianya diberi perhatian yang serius.
4. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Prof. kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
’ASPIRASI UNIVERSITI TUNJANG PERJUANGAN MAHASISWA’
Yang Menjalankan Tugas,
............................................
(MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK)
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan
Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
s/k Fail
Presiden
PMUKM
No comments:
Post a Comment