Rujukan Kami : UKM3.3.1/pmukm0708/007/(15)
Tarikh :
14 Mac 2008
Cik Farhana Md. Isa
Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
Cik,
MAKLUMAN HARI PMUKM BERSAMA
MAHASISWA
Dengan
segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk;
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM) Sesi 2007/2008 akan menganjurkan Hari PMUKM Bersama Mahasiswa .
Ketetapan program tersebut adalah seperti berikut;
Tarikh :
24 Mac 2008.
Masa : 8.30 a.m – 1.00 p.m
Tempat :
Foyer Dewan Kuliah 1
2. Program ini adalah
sebagai salah satu cara PMUKM mencari jalan merapatkan hubungan antara barisan
kepimpinan pelajar di Kampus Kuala Lumpur dan Mahasiswa/i.Di sini segala
informasi berkenaan kepimpinan Kampus Kuala Lumpur termasuk JAKSA dan Persatuan
Mahasiswa Fakulti akan diperjelaskan. Segala permasalahan dan hal-hal
berbangkit yang diajukan oleh mahasiswa/i akan diberi perhatian serius.
3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Cik dapat
memberikan kerjasama dan kelulusan bagi
melaksanakan Program ‘Hari PMUKM Bersama
Mahasiswa’ ini agar dapat melicinkan perjalanan
program yang telah diaturkan.
4. Segala kerjasama, keikhlasan dan keihsanan
serta jasa baik dari pihak Cik amat kami hargai dan semoga bantuan yang
diberikan oleh pihak Cik akan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah dan kami
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
Wassalam.
‘Masalah Anda Masalah Kami’
Yang Menjalankan Amanah
..........................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan
Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan
Malaysia.
s/k Fail PMUKM KL
Ketua Pengawal Keselamatan Kampus
Kuala Lumpur
Ketua Jabatan Pengurusan Pembangunan
Kaunselor
No comments:
Post a Comment