Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Pembaikan Talian Telefon Untuk Bilik PMUKM



Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(13)
Tarikh               :  13 Februari 2008
           
    
Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
             
Tuan,

MEMOHON PEMBAIKAN TALIAN TELEFON UNTUK BILIK PMUKM

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk memperbaiki sistem telefon yang ada di Bilik PMUKM.

2.Inisiatif ini diambil kerana di dapati sistem telefon tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang dimaklumkan ada dua jenis talian yang patut ada tetapi hanya satu talian berfungsi. Talian jenis ‘C’ berfungsi tetapi talian jenis ‘B’ tidak berfungsi.

3.Kami juga memohon agar ‘2 power point’ yang sedia ada di bahagian dalam diperbaiki untuk memudahkan penggunaan mesin fax.

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,

      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           →Cik Farhana Md. Isa
    Penolong Pendaftar KKL

                  →Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment