Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Mohon Peti Surat Pusat Mel UKM Kampus Kuala Lumpur Untuk PMUKM KL


Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(11)
Tarikh               :  13 Februari 2008
               
      Cik Farhana Md. Isa                    
Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

MEMOHON PETI SURAT PUSAT MEL UKM KAMPUS KUALA LUMPUR.

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk menggunakan peti surat di Pusat Mel UKM Kampus Kuala Lumpur.

2.Inisiatif ini diambil untuk memudahkan agihan surat terutama untuk PMUKM. Ini bakal melancarkan urusan makluman dan informasi terkini berkaitan polisi terkini pengurusan dan pentadbiran UKM kepada mahasiswa terutama yang berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan di kolej dan fakulti.


3.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan/puan/cik dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment