Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Meja Dan Penyambung Wayar Untuk Kegunaan PMUKM JPP

Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fper(013)/02

Tarikh    :  13 November 2007

Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
     
Tuan,

MEMOHON  MEJA DAN PENYAMBUNG WAYAR  UNTUK KEGUNAAN PMUKM

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon meja dan penyambung wayar  untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

2.     Inisiatif ini diambil untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bilik PMUKM untuk kegunaan Ahli MPP dan mahasiswa/I.

3.      Saya memohon sebuah meja untuk ditempatkan di luar bilik PMUKM dan sebuah penyambung wayar untuk diletakkan di dalam bilik PMUKM.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,



      ................................................................
MOHD FEKRI BIN AHMAT NAZRI (013-4129709),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia


s/k :           Fail PMUKM

No comments:

Post a Comment