Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Hala Tuju Gelanggang Skuasy Kolej Tun Syed Nasir UKM-Pendahuluan


KERTAS KERJA

HALA TUJU GELANGGANG SKUASY
KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SESI 2007/2008




PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA
KOLEJ TUN SYED NASIR



1.0              PENGENALAN

Gelanggang skuas merupakan salah satu pusat kecergasan jasmani bagi individu untuk melakukan aktiviti beriadah khususnya dalam bidang sukan skuasy. Selain menjaga kesihatan, ia juga memberi peluang kepada pengguna untuk bersosial antara satu sama lain di samping dapat menenangkan fikiran.

Gelanggang skuas di Kolej Tun Syed Nasir diwujudkan  atas kesedaran bagi mewujudkan warga UKM yang sihat dan cergas. Pada awal penubuhannya, ia seringkali di guna oleh warga Kolej Tun Syed Nasir di mana ia dapat mencerdaskan minda dan mencergaskan tubuh badan setelah sibuk dengan kuliah dan tugasan seharian.

Walaupun kewujudan gelanggang skuas tersebut telah pun menjangkau belasan tahun, namun kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan bagi meningkatkan taraf  kemudahan gelanggang skuash tersebut sejak awal penubuhannya masih tidak memuaskan.

Keadaaan dan suasana di gelanggang skuas amat menyedihkan serta boleh mempengaruhi keselesaan dan keselamatan individu yang menggunakan kemudahan ini. Justeru itu, mempunyai gelanggang skuas yang selesa amat diperlukan bagi membolehkan masa yang berkualiti digunakan dalam menggunakan kemudahan tersebut.
          

2.0       OBJEKTIF
2.1.Menyediakan kemudahan ruang beriadah dan bersenam bagi penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir.
2.2.Mewujudkan warga Kolej Tun Syed Nasir yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.
2.3.Mewujudkan keselesaan kepada penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir ketika menggunakan gelanggang skuasy.
2.4.Membaikpulih sebarang kerosakan yang wujud di gelanggang skuasy bagi mengelakkan ketidakselesaan penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir.
2.5.Menjadi “one-stop centre” bagi memantapkan lagi fungsi Unit Sukan Kampus Kuala Lumpur.

3.0       BUTIRAN NAIK TARAF
Lampiran A

4.0       ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Unversiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur

5.0       TEMPAT
Gelanggang Skuasy,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
6.0       FELO PENASIHAT
Encik Mohd Hafizi bin Hamzah

7.0       ALAMAT SURAT – MENYURAT
Segala surat-menyurat boleh dikirimkan ke alamat seperti berikut :

Mohd Farid bin Mohd Taufik,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaaan Malaysia,
Kolej Tun Syed Nasir,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
No. Faks          : 03 – 92897545
No. Tel            : 017-2065694

8.0       PENUTUP

Kemudahan gelanggang skuas Kolej Tun Syed Nasir diharapkan dapat memberi banyak kebaikan dan keselesaan kepada seluruh penghuni dan warga kolej yang menggunakan kemudahan ini. Terdapat beberapa cadangan dan usaha bagi menaiktarafkan gelanggang skuasy ini demi kepentingan semua pihak. Namun, status penaiktarafan gelanggang skuasy masih menjadi tanda-tanya. Pada dasarnya, siapakah yang yang bertangungjawab dalam menentukan hala tuju kemudahan ini? Apakah status sebenar penaiktarafan gelanggang skuasy? Adakah gelanggang skuasy ini masih mempunyai tempat dalam peruntukan penaiktarafan? Diharap agar persoalan ini dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan bertambahnya perkara yang lebih mengusutkan keadaan. Kerjasama dari semua pihak penting bagi memastikan bahawa kemudahan gelanggang skuasy yang disediakan ini, tidak disia-siakan.
  
Disediakan oleh,


NURRUS SAADAH BINTI MD GHAZALI
Setiausahakerja (Sukan Siswa/i),
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.


Disemak oleh,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008

Disokong oleh,


PROF. MADYA DR. RUZITA AND TALIB
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment