Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Perkhidmatan Internet Di Kolej-Kolej Cawangan Kolej Tun Syed Nasir UKM


KERTAS KERJA CADANGAN

PERKHIDMATAN INTERNET
DI  KOLEJ-KOLEJ CAWANGAN
KOLEJ TUN SYED NASIR


SESI 2007/2008



UNIT KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR

1.0       PENGENALAN
Internet ialah satu entiti antarabangsa yang berasal daripada  perkataan 'inter-networking' yang bermakna 'komunikasi di antara rangkaian'. Ia merupakan sambungan di antara satu rangkaian (network) kepada rangkaian-rangkaian yang lain. Dewasa ini, internet memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan setiap individu terutamanya mahasiswa/i. Ia adalah kerana internet merupakan sumber maklumat global dan sebarang maklumat boleh didapati dalam masa beberapa saat sahaja.
Dalam mengejar arus ilmu pengetahuan yang semakin pesat berkembang, mahasiswa/i akan dapat mencari pelbagai maklumat yang berfaedah dan terkini dengan mudah dan pantas melalui internet.Tambahan pula, pelbagai hasil kajian, penyelidikan dan penemuan baru mengenai kesihatan sentiasa dimuatkan di dalam internet dari semasa ke semasa. Ini dapat memudahkan mahasiswa/i yang keseluruhannya mengikuti jurusan-jurusan yang amat berkait rapat dengan kesihatan untuk mengetahui perkembangan dan ilmu terbaru mengenai kesihatan. Selain itu, internet juga merangkumi komunikasi dua hala di mana mahasiswa/i dapat bertukar dan berkongsi sebarang maklumat terkini bersama rakan-rakan yang berada di dalam negara dan juga luar negara dengan mudah.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional kearah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.
Selari dengan teras pertama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 iaitu “Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti”.  Untuk mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan  dan inovasi, negara memerlukan jumlah tenaga kerja mahir dan berpengetahuan yang signifikan. Penyertaan dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui kepelbagaian bakat dan keupayaan, memperluas akses melalui kepelbagaian  program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan prasarana, dan perluasan kemudahan ICT.
Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan internet di kolej-kolej luar, di harap agar dapat memberi dan membuka peluang kepada mahasiswa/i untuk mencari pelbagai maklumat dan informasi yang bermanfaat dan terkini untuk tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan mutu pelajaran mereka.

2.0              OBJEKTIF
Berikut merupakan antara objektif – objektif yang hendak dicapai :
2.1              Merealisasikan Teras Pertama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 iaitu “Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti”.
2.2              Menyediakan internet bagi kemudahan mahasiswa/i yang menginap di kolej-kolej luar.
2.3              Memudahkan mahasiswa/i untuk mencari maklumat dan informasi bagi tujuan pembelajaran.
2.4              Memberikan keselesaan kepada mahasiswa/i untuk mencari maklumat dan informasi yang bermanfaat dan terkini menerusi internet tanpa perlu ke kafe-kafe siber.

3.0              BUTIRAN KEMUDAHAN
3.1       Bilik Khas Dan Mempunyai Kabel-Kabel Sambungan
Bagi menyediakan perkhidmatan internet di kolej-kolej luar, satu bilik khas perlulah disediakan di kolej-kolej tersebut supaya perkhidmatan internet dapat di bekalkan. Kabel-kabel internet dapat disediakan sebagai sambungan internet. Kabel internet boleh disediakan bagi memudahkan mahasiswa/i yang menghuni di kolej-kolej tersebut untuk menikmati kemudahan internet.
3.2              Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar Dengan Kata Laluan
Bagi menyediakan perkhidmatan internet di kolej-kolej luar, cadangan kedua adalah dengan menyediakan kemudahan internet tanpa wayar (wireless) dengan kata laluan yang membolehkan mahasiswa UKM sahaja yang menikmati kemudahan ini.
           
4.0       SENARAI KOLEJ
Berikut adalah senarai serta alamat kolej-kolej luar:
4.1              KOLEJ TUN SYED NASIR 2 (K2)
ALAMAT       : No 37, Jalan Raja Mahmud,
              Kampung Baru,
              50300 Kuala Lumpur. 

4.2              KOLEJ TUN SYED NASIR 3 (K3)
ALAMAT       : No 77, Wisma Yayasan Terengganu,
        Jalan Raja Alang,
        Kampung Baru,
        50300 Kuala Lumpur.                      

4.3              KOLEJ TUN SYED NASIR 4 (K4)
ALAMAT       : No 157, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
        50300 Kuala Lumpur.

4.4              KOLEJ TUN SYED NASIR 5 (K5)
ALAMAT       : No 115, Jalan Raja Abdullah,
     50300 Kuala Lumpur.

4.5              KOLEJ TUN SYED NASIR 6 (K6)
ALAMAT       : No 53, Jalan Raja Alang,
     Kampung Baru,
     50300 Kuala Lumpur.

5.0              STATISTIK
KOLEJ
K2
K3
K4
K5
K6
PEMILIK
Omar Ali Holdings Sdn Bhd
Yayasan Terengganu
Darul Fikri Sdn Bhd
Sherrie Lodge
Zikay Group
PENGURUS BANGUNAN
Pn. Sukma
En. Nasarudin
En. Saud
En. Saud
En. Mohd Amini
NO. TELEFON
016-2206474
013-3031492
03-26981636
03-26981636
03-26988789
JUMLAH PENEMPATAN
175 orang
136 orang
91 orang
60 orang
130 orang

6.0              ANJURAN
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur

7.0              ALAMAT SURAT – MENYURAT
Segala surat-menyurat boleh dikirimkan ke alamat seperti berikut :
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
No. Faks          :03 – 26911077
Nama               : Nur Hamizah binti Othman (017-2810848)
Nama               : Mohd Farid Bin Mohd Taufik (017-2065694)

8.0       STRUKTUR ORGANISASI
Lampiran A

9.0       PENUTUP
Perkhidmatan kabel internet di kolej-kolej luar ini di harap agar dapat memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada mahasiswa/i. Diharapkan juga agar perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada mahasiswa/i yang menghuni di kolej-kolej luar untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi menerusi internet. Diharapkan supaya usaha ini mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak.

Disediakan oleh,



MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008



Disokong oleh,



PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment