Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label MPP KL. Show all posts
Showing posts with label MPP KL. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Pelan Tindakan Merealisasi Visi Dan Misi Kebajikan Dan Perkhidmatan Kampus Kuala Lumpur




MARILAH REALISASIKAN MISI DAN VISI
Kebajikan Dan Perkhidmatan Kampus Kuala Lumpur
“Masalah Anda Masalah Kami”
“Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti”

Pelan Tindakan Merealisasi Visi dan Misi
Kebajikan dan Perkhidmatan
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2007/2008


Dasar-dasar kami ialah :-



Memastikan suara mahasiswa/i diberi perhatian demi memperjuangkan kebajikan dan mencari penyelesaian permasalahan mahasiswa/I.

Misi
Merangka Pelan Tindakan Merealisasi Visi Dan Misi Kebajikan Dan Perkhidmatan Kampus Kuala Lumpur

Memperkukuhkan keharmonian dan kesejahteraan mahasiswa/i melalui perpaduan dan integrasi nasional.

Misi
Interaksi bersama persatuan-persatuan mahasiswa berkaitan melalui penubuhan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur


Memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mahasiswa/i demi menepis sebarang bentuk cabaran di era globalisasi.

Misi
Interaksi bersama persatuan-persatuan mahasiswa berkaitan melalui penubuhan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur

Meningkatkan penghayatan budaya ilmu demi membentuk profesionalisme dan melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan serta berani melangkah selari dengan arus globalisasi.

Misi
Mempelbagaikan aktiviti berunsur akademik


Membawa citra Universiti Kebangsaan Malaysia ke persada antarabangsa.

Misi
Program Anjakan Paradigma Di Negara China-Universiti Beijing, China

Program Persilangan Ilmu Ke Universiti Luar Negara, Universiti Andalas Padang Indonesia


Misi Perjuangan Kebajikan Dan Perkhidmatan

Meningkatkan taraf infrastuktur di Kampus Kuala Lumpur untuk kepentingan bersama.
§  Naik taraf dan pembesaran Surau D Kolej Tun Syed Nasir 1
§  Penyelenggaraan bilik-bilik kuliah di Kampus Kuala Lumpur
§  Penyelenggaraan surau-surau di Kampus Kuala Lumpur
§  Peralatan dan perkhidmatan keselamatan (spotlight dan CCTV)
§  Cadangan tempat menunggu bas di Kampus Kuala Lumpur
§  Naik taraf kemudahan WIFI Kolej Tun Syed Nasir.

Mempelbagaikan aktiviti berunsur akademik.
§  Kempen Derma Buku Kampus Kuala Lumpur
§  Kempen Ke Perpustakaan Dr. Abd Latiff
§  Kempen Ke Perpustakaan Negara Malaysia
§  Penyertaan REAL Undergraduate Conference 2008
§  Selangkah Ke Menara Gading
§  Jati Diri Kolej Matrikulasi Anjuran KPT

Menubuhkan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur untuk membincangkan isu-isu berkaitan di Kampus Kula Lumpur.
§  Isu Kebajikan Dan Perkhidmatan Kolej (YDP JAKSA KTSN)
§  Isu Kampus KL (YDP PMFSKB/PMFGG/PERSIAP)
§  Merealisasi kewujudan Persatuan Mahasiswa Gugusan Kesihatan
§  Struktur organisasi Setiausaha Kerja (SUK) PMUKM KKL
§  Mengembalikan fungsi Pejabat PMUKM KL
§  Naik taraf kemudahan Pejabat PMUKM KL (Komputer, Telefon, Mesin Faks, Internet, Buku Panduan Telefon UKM)
§  Mencadangkan kewujudan unit Hal Ehwal Pelajar bagi memudahkan urusan berpersatuan
§  Menghidupkan kembali papan-papan kenyataan PMUKM KL untuk sumber informasi mahasiswa

Berkerjasama dengan PMFSKB dan JAKSA dalam menangani isu-isu kebajikan yang berbangkit di kalangan mahasiswa/I Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
§  Kewujudan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur
§  Penggunaan bersama Pejabat PMUKM KL
§  Makluman dan senarai Felo Kehormat FSKB
§  Kaji selidik kualiti dan harga makanan di Kafeteria Kampus Kuala Lumpur
§  Laporan lengkap kebajikan dan perkhidmatan KTSN
§  Laporan Blok 6 & Blok 7 KTSN 1
§  Laporan kemudahan dan infrastruktur Kampus KL (Dewan Kuliah, Surau, & Tempat Menunggu Bas)

Memohon agar pendaftaran Tahun 1 diadakan di Kolej Tun Syed Nasir untuk menjaga kebajikan pelajar seterusnya meningkatkan imej Kampus Kuala Lumpur.

Memastikan penggunaan sistem merit yang lebih telus dengan memikirkan penglibatan mahasiswa/I yang berada di kolej-kolej luar.
§  Mohon perhatian Pengetua KTSN
§  Mohon perhatian JAKSA KTSN
§  Status penempatan Pemudah Cara Minggu Mesra Mahasiswa

Memastikan suara mahasiswa/I di kolej-kolej luar di beri perhatian oleh pihak pentadbiran.
§  Isu-isu kebajikan, keselamatan, penyelenggaraan, dan kebersihan kolej-kolej luar
§  Kemudahan internet di KTSN Luar
§  Laporan Kebajikan KTSN 6
§  Laporan lengkap kolej-kolej cawangan
§  Hari Bersama Mahasiswa

Memastikan perjalanan perrkhidmatan bas yang lebih efisyen dan Memohon naik taraf kemudahan sukan dipercepatkan.
§  Memohon lebih pemandu
§  Shuttle Kampung Baru
§  Shuttle Kolej Tun Syed Nasir 1
§  Kertas kerja cadangan naik taraf gimnasium
§  Kertas kerja cadangan naik taraf peralatan gimnasium
§  Kertas kerja cadangan naik taraf gelanggang squash

Memastikan tabung kewangan dan kebajikan pelajar dapat dimanfaatkan seoptima mungkin oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

§  Publisiti mengenai perkhidmatan yang disediakan


Mohd Farid Bin Mohd Taufik
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Timbalan Naib Presiden Kebajikan & Perkhidmatan
Persatuan Mahasiswa Kampus Kuala Lumpur 
Sesi 2007/2008

Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur

ORGANISASI MAJLIS PEMIMPIN MAHASISWA
KAMPUS KUALA LUMPUR


PENAUNG :
·        Naib Canselor UKM

PENASIHAT UTAMA :
·        Timbalan Naib Canselor HEPA  

PENASIHAT  :
·        Dekan Fakulti Perubatan
– Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim
·        Dekan Fakulti Pergigian
– Prof. Dr. Ghazali Mat Nor
·        Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
– Prof. Dr. Norhani Mohidin
·        Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
– Prof Madya Dr. Ruzita Abd Talib
·        Penolong Pendaftar Kampus Kuala Lumpur
– Cik Farhana Md. Isa

ORGANISASI :
*    Majlis Tertinggi.
v Pengerusi.
v MPP FSKB, MPP FGG,  dan MPP FPER.
v YDP PMFSKB, YDP PMFGG, Exco PERSIAP KCKL.
v YDP JAKSA KTSN
v Setiausaha
v Bendahari

*    Setiausaha Kerja
v Akademik
v Kebajikan dan Pembangunan Insan
v Informasi dan Penerbitan
v Sukan Siswa/i
v Integrasi dan Perpaduan
v Keselamatan
v Kolej-Kolej Luar Siswa/i

v Ketua Bilik PMUKM KL

Perutusan Timbalan Pengerusi Kebajikan & Perkhidmatan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007/2008


PERUTUSAN EXCO KEBAJIKAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

                Terlebih dahulu syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berpeluang mengucapkan sepatah dua kata dalam perutusan ini.

Adalah difahamkan bahawa isu biasiswa JPA sedang hangat diperkatakan berikutan masalah yang dialami oleh mahasiswa seperti isu kelewatan penerimaan . Ekoran itu, diharapkan mahasiswa sentiasa peka dengan maklumat terkini baik daripada pihak UKM mahupun pihak penaja. Pada masa yang sama, saya menyeru mahasiswa sekalian agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan menguruskan wang tersebut sebaik mungkin. Pergunakanlah wang yang diperoleh dengan sebaiknya.

Pihak  PMUKM  telah mengenal pasti beberapa isu yang bakal dibawa kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur dan pihak pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya, isu naik taraf gimnasium KTSN 1, kemudahan internet di KTSN Luar, naik taraf dan pembesaran Surau D KTSN 1, isu-isu kebajikan, keselamatan, penyelenggaraan, dan kebersihan kolej-kolej luar, penyelenggaraan bilik-bilik kuliah di kampus, penyelenggaraan surau-surau di kampus, isu pengangkutan untuk kolej-kolej luar, dan ingin mencadangkan kewujudan unit Hal Ehwal Pelajar bagi memudahkan urusan berpersatuan.

Saya menyeru kepada mahasiswa/I agar menyuarakan masalah mereka dengan menggunakan saluran yang betul demi kesejahteraan bersama. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa sedia mendengar masalah anda dan akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan masalah anda. Aduan boleh dibuat terus pada buku aduan di pejabat PMUKM KL.

Kita sedia maklum bahawa musim perayaan menjelang tiba. Justeru, adalah diharapkan agar kita bersama-sama menghayati erti keindahan perpaduan kaum yang telah dibina sekian lama. Di harapkan kita sebagai mahasiswa/i UKM dapat menjadi peneraju utama dalam memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Ingatlah bahawa mahasiswa seharusnya menjadi agen pengubah masyarakat. Budaya perkauman seharusnya dihindarkan daripada pemikiran kerana ini bakal mengundang ketidak stabilan dalam masyarakat kita. Peliharalah kesejahteraan dan kemakmuran negara demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi yang akan bercuti tidak lama lagi, penuhinya dengan melakukan kegiatan berfaedah dan jangan abaikan persiapan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang. Akhir kata, di kesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua mahasiswa UKM KKL. Wassalam.

“Aspirasi Universiti Tunjang Perjuangan Mahasiswa”

MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Pengerusi PMUKM KL merangkap Timbalan Pengerusi Kebajikan & Perkhidmatan
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)

Sesi 2007/2008

Perutusan Kedua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008


PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008


PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR.

Assalammualaikum w.b.t dan salam perpaduan.....

Selamat kembali ke kampus diucapkan kepada mahasiswal/I sekalian. Semoga kepulangan sahabat semua diiringi restu dan doa kedua ibu bapa. Diharapkan kepulangan kali ini membawa semangat kental dan azam yang tinggi bagi meneruskan perjuangan memburu kejayaan yang diimpikan.

Tidak kira anda berada di fakulti yang mana atau program yang mana, sahabat-sahabat perlu sedar bahawa kalian adalah waris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan yang bakal menentukan kemerdekaan negara pada hari ini terus kekal. Teruskan perjuangan untuk menggilap potensi diri agar dapat bersaing bukan sahaja di peringkat nasional malah di arena antarabangsa.

Selari dengan era globalisasi, perluasan penggunaan ICT perlu dipertingkat. Kemudahan wireless telah disediakan di kolej-kolej kediaman. Bukan sahaja di kolej malahan di fakulti-fakulti. Diharapkan kemudahan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sahabat-sahabat untuk memperluas ilmu pengetahuan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 bagi sahabat FSKB sekalian. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.

“Usaha Tangga Kejayaan”

Yang Benar,



Mohd Farid Bin Mohd Taufik,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perutusan Pertama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008


PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008


PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR.

Assalammualaikum w.b.t dan salam perpaduan.....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarak. Semoga segala amal ibadat kita diberkati Allah S.W.T. Insyaallah.

Sekalung tahniah  diucapkan kepada mahasiswa yang telah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka pada pilihanraya kampus yang bertujuan memilih wakil mahasiswa untuk meperjuangkan isu-isu kebajikan dan permasalahan mahasiswa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada mahasiswa yang beragama islam. Sesungguhnya hari raya adalah anugerah di atas kemenangan kita setelah berjuang menghadapi dugaan nafsu semasa menempuhi ibadah puasa. Semoga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memberi seribu makna kepada kita. Dikesempatan ini, saya bagi pihak PMUKM KL memohon ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara.

Saya menyeru kepada mahasiswa/I agar menyuarakan masalah mereka dengan menggunakan saluran yang betul demi kesejahteraan bersama. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa sedia mendengar masalah anda dan akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan masalah anda.


Yang Benar,



Mohd Farid Bin Mohd Taufik,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program Bakti Siswa Daya Wawasan Jerantut Pahang 2008


Program Anjakan Paradigma Di Negara China



Kertas Kerja Cadangan Program Anjakan Paradigma Di Negara China (Dilaksanakan)





KERTAS KERJA
ANJAKAN PARADIGMA DI NEGARA CHINA

TEMA
“ASPIRASI TERBILANG DI ERA GLOBALISASI”

TARIKH
17 – 22 MEI 2008

TEMPAT
UNIVERSITI BEIJING

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KELAB SAINS BIOPERUBATAN

ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KELAB SAINS BIOPERUBATAN

DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KESENIAN DAN WARISAN
KEMENTERIAN PENERANGAN
KEMENTERIAN PELANCONGAN


1.         PENDAHULUAN

Globalisasi meluaskan minda masyarakat untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak secara rasional untuk lebih maju. Seiring dengan pemodenan dunia, organisasi Kelab Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia merasakan perlunya kami mara kehadapan seiring dengan era ‘dunia tanpa sempadan’ yang kian berkembang pesat.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional kea rah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Selari dengan teras kelima “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020” iaitu mempergiat pengantarabangsaan. Teras kelima PSPTN ini perlu untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan negara sebagai pemimpin global dalam pembangunan sejagat. Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlangan tertinggi di dunia melalui kegiatan pengantarabangsaan. Teras ini mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melalui program pengantarabangsaan. Malaysia mampu menarik jauh lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini yang akan memanfaatkan pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif dan global. Di samping itu, pelajar-pelajar antarabangsa ini akan menjadi duta global bagi mempertingkat imej Malaysia di persada dunia.

Mahasiswa/i perlu diberi peluang menimba pengalaman berharga untuk dijadikan pengajaran kelak tentang pelbagai  perbezaan ekonomi dan  budaya sosial dunia luar agar lebih berani menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Mahasiswa/i juga harus diberi galakan dan pendedahan tentang pelbagai senario ‘dunia tanpa sempadan’ kini bagi memastikan kami mampu menjangka keadaan ‘dunia sebenar’.

Perkongsian buah fikiran tidak akan menyempitkan sempadan pemikiran organisasi, khususnya dan keseluruhan ahli kelab, amnya agar setiap tindakan yang diambil dapat difikirkan terlebih dahulu natijahnya sama ada mendatangkan faedah ataupun mudarat baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain.  Hal inilah yang cuba dilakukan oleh PMUKM terhadap setiap ahli yang menganggotainya. Pertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i lain di Universiti Beijing, China yang mendapat pengiktirafan  THES - QS World University Rankings 2006 sebagai universiti terbaik di rantau Asia harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan yang amat berharga dan patut dihargai sepenuhnya untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar pengantarabangsaan yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ) . Oleh itu, diharapkan program ini dapat membentuk satu  generasi pemimpin yang terdiri daripada golongan intelek yang berani, berkemahiran, berdedikasi, berketerampilan, berfikiran terbuka dan profesional yang mampu memimpin mahasiswa/i lain dengan penuh rasa tanggungjawab seiring dengan falsafah, visi dan misi UKM.

Tambahan lagi, pendedahan mahasiswa/i kepada dunia perubatan dan sains kesihatan di universiti luar negara seperti Universiti Beijing  boleh merangsang dan menggalakkan lagi mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam bidang ini agar mampu memimpin/menguasai bidang pembangunan/perkembangan perubatan dan sains kesihatan. Oleh itu, melalui interaksi bersama para pelajar di universiti di Beijing, China yang merupakan unversiti terbaik di Asia serta mempunyai mahasiswa/i terpelajar yang datang dari pelbagai tempat di seluruh dunia diharapkan dapat memupuk semangat dan kesungguhan diri mahasiswa/i UKM agar dapat menjadi pemimpin dan tenaga penggerak dalam mempertingkatkan dan memajukan lagi bidang perubatan di negara kita.

Pihak penganjur merancang untuk menganjurkan suatu program yang efektif, relevan serta berupaya mendekatkan mahasiswa/i kepada bidang perubatan dan sains kesihatan khususnya, serta bidang kepimpinan amnya, selari dengan aspirasi UKM untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam apa jua bidang yang diceburi. Pada dasarnya, program ini menjadi sebagai salah satu usaha untuk membina keterampilan mahasiswa/i yang bakal berkhidmat dalam bidang-bidang kesihatan khususnya dan sebagai generasi yang bakal memegang pucuk pimpinan negara pada masa akan datang amnya.

2.         TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum demi melahirkan golongan intelek yang cemerlang, berkemahiran, berpengalaman, berdedikasi serta berketerampilan, selari dengan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu,program ini juga diharap mampu memupuk hubungan antarabangsa yang sihat antara mahasiswa dengan pihak luar agar dapat menanamkan sikap positif dan pro-aktif dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan yang memenuhi hasrat aspirasi universiti.

3.         OBJEKTIF

Merealisasikan teras kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan UKM di persada dunia.

Melahirkan mahasiswa/i yang berpandangan luas, peka dengan keadaan sekeliling, optimis, berani mengemukakan idea dan pendapat serta berupaya mengikut rentak arus pemodenan terkini.

Menggalakkan mahasiswa/i berinteraksi dengan yakin dan membantu pihak universiti melahirkan generasi pemimpin yang serba boleh.

Mengasah bakat kepimpinan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan berfikiran terbuka terhadap era baru di samping memantapkan skil mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu program dengan efektif agar natijahnya mendatangkan manfaat kepada mahasiswa khususnya dan universiti serta negara amnya.

Memupuk minat mahasiswa/i terhadap perubatan dan sains kesihatan di samping menimba pengetahuan tentang perkembangan perubatan dan sains kesihatan di negara lain agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan modal insan melalui penimbaan ilmu pengetahuan dan peningkatan kesedaran mengenai sains kesihatan amnya dan sains perubatan khususnya.

Mempromosikan budaya dan keturunan masyarakat Malaysia kepada masyarakat luar, dengan harapan ia akan membantu sektor pelancongan di Malaysia.



4.         MATLAMAT

Matlamat projek ini adalah untuk membuka satu lembaran baru dalam aspek pemikiran mahasiswa agar lebih ke hadapan dalam menempuh era globalisasi. Di samping itu, sebagai suatu wacana untuk menyahut hasrat universiti bagi melahirkan mahasiswa cemerlang dan seterusnya menjadi pemangkin kepada terbentuknya  universiti terbilang dengan memperbanyakkan lagi program pengantarabangsaan pelajar.

5.         ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelab Sains Bioperubatan

6.         TEMA
           
            ‘Aspirasi Terbilang di Era Globalisasi’


7.         TARIKH DAN TEMPAT

7.1   Tarikh      :           17-22 Mei 2008   
7.2   Tempat   :           Beijing, China

8.         PENYERTAAN

5.1          50 orang mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus  Kuala Lumpur.
5.2          Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu  Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

9.         PENGISIAN PROGRAM

            9.1 LAWATAN KE UNIVERSITI BEIJING
Pendedahan mahasiswa/i kepada dunia perubatan dan sains kesihatan di universiti luar negara seperti Universiti Beijing  boleh merangsang dan menggalakkan lagi mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam bidang ini agar mampu memimpin/menguasai bidang pembangunan/perkembangan perubatan dan sains kesihatanPertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i lain di Universiti Beijing, China yang mendapat pengiktirafan  THES - QS World University Rankings 2006 sebagai universiti terbaik di rantau Asia harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan yang amat berharga dan patut dihargai sepenuhnya untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar pengantarabangsaan yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ)

9.1 SESI DIALOG ANTARA MAHASISWA UKM DAN UNIVERSITI BEIJING.
Pertukaran idea dan maklumat dapat membuka dan meluaskan sempadan pemikiran peserta program agar tidak melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memikirkan ‘apakah ini langkah yang terbaik’ ataupun ‘bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada jawatankuasa pelaksana’.  Hal inilah yang cuba diterapkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) khususnya dan pihak pentadbiran UKM amnya terhadap setiap siswa/i UKM. Pertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i Universiti Beijing harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ) .Oleh itu, diharapkan program ini dapat membentuk satu  generasi pemimpin yang berani, berfikiran terbuka, berkaliber dan profesional yang mampu memimpin mahasiswa/i lain dengan penuh rasa tanggungjawab seiring dengan falsafah, visi dan misi UKM.

9.3 INTERAKSI SUKAN BERSAMA MAHASISWA/I UNIVERSITI BEIJING
Program berbentuk kesukanan akan turut dianjurkan di Universiti Beijing. Satu bentuk perlawanan persahabatan akan diadakan dalam permainan bola sepak (futsal), bola tampar bagi mahasiswa dan permainan bola jaring dan bola tampar bagi mahasiswi. Satu bentuk pertandingan olahraga akan turut dilaksanakan Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/i UKM dan Universiti Beijing. Diharapkan program ini dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswa UKM dan mahasiswa Universiti Beijing.

9.4 SENAMROBIK DI TEMBOK BESAR CHINA
Dalam program ini, mahasiswa/i akan menganjurkan satu program senamrobik yang akan diadakan di Tembok Besar China. Program ini akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i UKM dan mensasarkan penduduk di Beijing akan turut serta. Program ni seterusnya akan mempromosikan Malaysia di Beijing dengan mengedarkan  kad-kad jemputan, risalah mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia dan mempamerkan poster-poster megenai keunikan dan keindahan Malaysia.

9.5 KLINIKAL DAN PAMERAN KESIHATAN
Program ini merupakan yang bermatlamat untuk mendedahkan para peserta (masyarakat setempat) mengenai tanggungjawab dan kepentingan ahli profesional dalam bidang kesihatan. Ia juga bertujuan memberi gambaran kepada peserta mengenai prospek pekerjaan mereka pada masa akan datang. Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i UKM KL untuk lebih berdikari, serta menambah keyakinan apabila menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan kelak. Antara pemeriksaan yang akan dijalankan ialah:
·         Ujian darah
·         Ujian glukosa
·         Ujian kolestrol
·         Ujian Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI)

9.6 MALAM KEBUDAYAAN ‘CITRA BUDAYA MALAYSIA’
Program ini akan mempersembahkan beberapa persembahan kebudayaan dari Malaysia dan akan dipersembahkan untuk mahasiswa/i Universiti Beijing dan pihak pentadbiran Universiti Beijing. Persembahan yang akan dicadangkan ialah dikir barat, tarian zapin, nasyid dan nyanyian tradisional.

10.       CARTA ORGANISASI
                       
            RUJUK LAMPIRAN 1

11.       TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN 2


12.       ANGGARAN BELANJAWAN

            RUJUK LAMPIRAN 3


13.       ALAMAT URUSETIA
            Urusetia Program Lawatan Sambil Belajar ke China
            Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Jalan Temerloh,
            53200 Kuala Lumpur.
                        U/P      : MOHD FARID MOHD TAUFIK
                        Tel       : 017-2065694
14.       PENUTUP

Dalam rangka memupuk integrasi di kalangan masyarakat intelektual dari seluruh pelosok dunia, paduan ilmu dan amal amat perlu diterapkan dalam setiap gerak kerja. Sehubungan itu, potret kejayaan program ini perlu dilakarkan untuk membuktikan kemampuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam menjayakan sebarang projek yang dianjurkan, terutama program pengantarabangsaan.

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama daripada segi kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar serta perkembangan dan pemodenan bidang perubatan dan sains kesihatan negara agar setaraf dengan negara maju yang lain. Justeru, pihak PMUKM dan organisasi Kelab Sains Bioperubatan UKM akan berusaha untuk memastikan program pengantarabangsaan ini mencapai matlamat dan objektif yang digariskan dan kami juga bertekad untuk berusaha  dengan gigih dan tekun dalam merancang program ini dengan teliti agar dapat direalisasikan dengan jayanya.


            Kami juga mengharapkan penglibatan, bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutama badan-badan kerajaan serta pihak-pihak swasta atau sesiapa sahaja agar terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala jasa baik, sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Sekian, terima kasih.