Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Penyerahan Kunci Bilik Persatuan Mahasiswa UKM Dariapada Mantan PMUKM Sesi 0607


Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fskb(04)

Tarikh    :  24 Oktober 2007

Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan,

PENYERAHAN KUNCI BILIK PERSATUAN MAHASISWA

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2006/2007 memohon untuk penyerahan kunci bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur untuk sesi 2007/2008.

2.Bilik PMUKM ini akan digunakan untuk mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kebajikan mahasiswa di fakulti dan di kolej. Bilik PMUKM ini akan beroperasi sepenuhnya pada semester 2 sesi 2007/2008.

3.Kebenaran menggunakan bilik PMUKM ini perlu bagi meneruskan agenda-agenda memperjuangkan kebajikan mahasiswa di Kampus Kuala Lumpur.

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.


      Yang menjalankan tugas,                                     
                                                                                                                                 


      .......................................................................      
      MOHD DELL TAUFIK BIN ABD MURAD 
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.  
Sesi 2006/2007


Yang menerima  amanat,



.............................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi 2007/2008



s/k :           Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment