Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Terma Rujukan (Cadangan) Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur Sesi 2007/2008





PENGERUSI

MISI

Pengerusi berperanan sebagai pemimpin Majlis Pemimpin Mahasiswa yang mendokong misi, visi dan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam merealisasikan hasrat universiti ke arah merintis pembentukan mahasiswa berilmu, berakhlak, berteknologi, dan berkeperibadian nasional serta sentiasa bekerjasama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam kepelbagaian komuniti.

OBJEKTIF

  1. Menetapkan  dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh Majlis Pemimpin Mahasiswa.
  2. Bertindak sebagai penghubung antara mahasiswa UKM, Majlis Pemimpin Mahasiswa dan pihak pengurusan kolej , fakulti dan universiti.
  3. Memastikan kebajikan mahasiswa UKM dan mengukuhkan nilai-nilai modal insan dalam diri setiap mahasiswa UKM.
  4. Menetapkan garis panduan dan skop tugas bagi barisan setiausaha kerja.
  5. Memastikan dan memantau perjalanan aktiviti
  6. Memastikan perjalanan program kelab dijalankan secara sistematik.
  7. Bijak dalam membuat pernilaian dan keputusan.
STRATEGI OBJEKTIF 1

Menjalankan aktiviti yang bertepatan dengan dasar yang dirangka. 

STRATEGI OBJEKTIF 2

Hadir dalam semua mesyuarat umum mahupun mesyuarat bersama Majlis Tertinggi dan Setiausaha Kerja.

Melakukan penambahbaikan dan mempelbagaikan program untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa UKM. 

STRATEGI OBJEKTIF 3

Memastikan setiap masalah  ahli kelab mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak kolej, fakulti dan universiti.

Proaktif terhadap keperluan dan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa UKM.

STRATEGI OBJEKTIF 4

Sentiasa meningkatkan kualiti kepimpinan dan sahsiah diri sebagai contoh terbaik kepada semua mahasiswa UKM.

Membuat penilaian berdasarkan laporan pencapaian prestasi setiap program.

Sentiasa menjalankan penambahbaikan terhadap terma rujukan Majlis Pemimpin Mahasiswa untuk memastikan ia benar-benar menepati objektif.

STRATEGI OBJEKTIF 5

Memastikan Setiusaha Kerja menepati bidang tugas yang telah ditetapkan.

Sentiasa memastikan garis panduan dan objektif program dicapai.

STRATEGI OBJEKTIF

Pengerusi harus menandatangani setiap minit mesyuarat dan juga setiap surat rasmi Majlis Pemimpin Mahasiswa setelah disemak oleh penasihat Majlis Pemimpin Mahasiswa.

Peka terhadap setiap program yang dilaksanakan oleh Setiausaha Kerja.

STRATEGI OBJEKTIF 7

Memperolehi dan menguasai selok-belok ilmu pengurusan.

Boleh menggunakan nama dan kuasa yang diberikan setelah mendapat kebenaran daripada penasihat Majlis Pemimpin Mahasiswa dalam mengadakan aktiviti yang dapat memajukan UKM KL.


SETIAUSAHA

MISI

Berazam untuk membudayakan sistem pengurusan yang efisien dan sistematik ke arah merealisasikan aspirasi Majlis Pemimpin Mahasiswa  dan UKM.

OBJEKTIF

  1. Menjadi tulang belakang kepada organisasi Majlis Pemimpin Mahasiswa.
  2. Memastikan kelicinan gerak kerja Majlis Pemimpin Mahasiswa dengan pengurusan yang cekap dan memastikan keselamatan maklumat terjamin.
  3. Menyelaraskan sistem pentadbiran bagi setiap anggota.

STRATEGI OBJEKTIF 1

Menguruskan dokumen yang berkaitan.

Menyempurnakan tugas  yg diamanahkan bersama-sama Pengerusi.

Menyokong misi, matlamat dan objektif  Pengerusi.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Mencatat dan merekod setiap minit mesyuarat.

Menyediakan urusan surat rnenyurat dengan sistematik.

Mengikut perkembangan status permohonan bagi setiap aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Pemimpin Mahasiswa.

Mengumpul dan menyemak setiap laporan Majlis Pemimpin Mahasiswa untuk menyediakan laporan tahunan.

Mengatur selia maklumat sulit dan disimpan di tempat yang selamat.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Meningkatan kemahiran dalam bidang kesetiausahaan dengan menghadiri benkel-bengkel pengurusan.


BENDAHARI

MISI

Mengamalkan integriti dan akauntabiliti dalam menguruskan kewangan Majlis Pemimpin Mahasiswa  serta membudayakan sistem kewangan yang sistematik, efisien dan mudah diakses.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan sistem kewangan yang efisien, sistematik dan mudah diakses.
  2. Menguruselia dana kepada aktiviti-aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa .
  3. Memantau kewangan Majlis Pemimpin Mahasiswa  dengan cekap, amanah, dan berintegriti.

STRATEGI OBJEKTIF 1

Mengadakan sistem perekodan/jurnal aliran keluar masuk kewangan.

Menyediakan laporan kewangan yang tepat untuk setiap program.

Mengumpul dan merekodkan segala perbelanjaan Majlis Pemimpin Mahasiswa  dan perkembangan aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa  sepanjang tahun bagi menyediakan laporan kewangan tahunan.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Memastikan dana digunakan untuk kebajikan dan aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa.

Menyediakan dan menyemak belanjawan yang spesifik bagi setiap program supaya perbelanjaan dapat dikawal.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Memastikan rekod perbelanjaan diselia dan dipantau dari masa ke semasa dan difailkan secara sistematik.

Menggalakkan mahasiswa/i untuk mendapatkan sumber pendapatan daripada gerak kerja pemasaran.

 Rekod perbelanjaan perlu diaudit secara berkala.



AKADEMIK

MISI

Membudayakan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah untuk melahirkan mahasiswa UKM yang berintelek, berketrampilan, dan berwawasan selari dengan Aspirasi UKM.

OBJEKTIF

  1. Memperkembang konsep budaya ilmu di kalangan mahasiswa UKM bagi melahirkan mahasiswa/i yang intelektual.
  2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dari segi akademik.
  3. Meningkatkan  suasana pembelajaran yang kondusif dalam memartabatkan ilmu.

STRATEGI OBJEKTIF 1

Mewujudkan dan memantau sistem pembelajaran secara berkumpulan.

Membudayakan kecemerlangan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua UKM.

Menghidupkan kembali system felo kehormat.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Akademik dan Badan Kaunseling Rakan Sebaya JAKSA KTSN dan Exco Akademik setiap Persatuan Mahasiswa Fakulti (Fakulti) berkenaan hal-hal akademik.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Mengadakan program-program  akademik yang boleh mencabar minda mahasiswa/i.

Berhubung dengan kaunselor UKM  untuk mengadakan ceramah motivasi serta seminar pendidikan yang menjurus kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Melaksanakan kempen-kempen yang boleh meningkatkan daya intelek mahasiswa UKM.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Menghidupkan kembali  program mentor-mentee antara senior dan junior di setiap fakulti.

Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara kaum.

Membuat pemerhatian mengenai kemudahan-kemudahan pembelajaran untuk meningkatkan mutu pembelajaran.

KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

MISI

Kebajikan berperanan melaporkan kebajikan mahasiswa UKM kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa selaras dengan misi Universiti Kebangsaan Malaysia agar mahasiswa UKM agar dapat menjalani kehidupan yang selesa ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah diri serta Meningkatkan ketaqwaan dan megukuhkan keyakinan mahasiswa/i terhadap tuhan.

OBJEKTIF

Memastikan komunikasi yang berkesan di antara Majlis Pemimpin Mahasiswa dan mahasiswa UKM. 

Memastikan kebajikan mahasiswa UKM diutamakan.

Memperkembangkan konsep budaya ilmu dan sifat keikhlasan berlandaskan ketaqwaan kepada Tuhan.

Meningkatkan elemen akhlak dan nilai murni dalam setiap program atau aktiviti yang dijalankan.

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran mahasiswa/i dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek  (JERI).

STRATEGI OBJEKTIF 1

Mengoptimumkan saluran informasi antara mahasiswa UKM dan Majlis Pemimpin Mahasiswa.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Kebajikan JAKSA KTSN (Kolej) dan Exco Kebajikan setiap Persatuan Mahasiswa Fakulti (Fakulti) berkenaan kebajikan.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Menjayakan program-program berbentuk kebajikan.

Memperkemas badan bertindak dalam melaporkan kebajikan mahasiswa UKM.

Memastikan tabung kewangan dan kebajikan pelajar dapat dimanfaatkan seoptima mungkin oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Menggalakkan mahasiswa UKM terlibat secara ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab dalam setiap aktiviti Majlis Pemimpin Mahasiswa.

STRATEGI OBJEKTIF 4.

Menganjurkan program-program sambutan sempena peristiwa-peristiwa penting Islam.

Memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

Sentiasa menekankan aspek etika berpakaian yang dibenarkan di fakulti.

STRATEGI OBJEKTIF 5

Menggunakan media penyebaran maklumat yang berkaitan dengan mahasiswa/i dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Sentiasa menjalin kerjasama dengan intitusi-institusi pembangunan hal ehwal agama.

Menganjurkan program-program yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang berunsur ilmiah.


SUKAN

MISI

Meningkatkan keseimbangan hidup di kalangan ahli kelab dalam mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni serta membentuk fizikal yang cergas, sukan juga bertindak sebagai medium perpaduan dan mencetus semangat setiakawan berdasarkan aspek-aspek  yang diadun untuk membentuk sahsiah mahasiswa yang berketrampilan dan cergas.

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan bilangan mahasiswa UKM yang aktif dan berdaya saing.
  2. Sukan sebagai wadah perpaduan.
STRATEGI OBJEKTIF 1

Mengadakan serta menggalakkan penyertaan dalam program kesukanan.

Memberi pengetahuan kepada warga UKM tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Sukan Siswa/i JAKSA KTSN.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Menggalakkan penyertaan semua kaum dalam setiap sukan.

Memberikan kesedaran kepada mahasiswa UKM tentang kepentingan kerjasama dalam pasukan.


INFORMASI DAN PENERBITAN

MISI

Menjana penerbitan dan multimedia sebagai medium informasi mahasiswa UKM yang tepat dan bermanfaat.
  
OBJEKTIF
  1. Memastikan penyebaran maklumat semasa secara cepat, tepat dan menyeluruh kepada semua mahasiswa UKM.
  2. Meningkatkan daya kreativiti penggunaan teknologi pengkomputeran di kalangan mahasiswa UKM.
  3. Memartabatkan nama kelab di peringkat fakulti, universiti dan di luar universiti.
  4. Meningkatkan kesedaran untuk tidak menyalahgunakan teknologi.
STRATEGI OBJEKTIF

Menyedia dan meletakkan maklumat tentang sejarah penubuhan UKM secara berintegriti dan telus.

Menerbitkan buletin PMUKM KL yang mengandungi informasi mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dan telah diadakan.

Menghidupkan kembali papan-papan kenyataan PMUKM di kolej dan fakulti.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Mengadakan pelbagai pertandingan antara mahasiswa UKM mengenai penggunaan aplikasi komputer bagi mencungkil kreativiti mereka.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Informasi Dan Penerbitan JAKSA KTSN dan Exco Informasi Dan Penerbitan setiap Persatuan Mahasiswa Fakulti (Fakulti) berkenaan maklumat.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Memperbaharui dan mengemaskini laman web PMUKM KL.

STRATEGI OBJEKTIF 4

Menyebarkan informasi mengenai penyalahgunaan komputer dan internet.

Menggalakkan warga UKM untuk menjadi cemerlang dengan meneroka ilmu melalui teknologi maklumat dalam rangkaian internet dan menyaring laman web yang tidak memberi faedah kepada proses pembelajaran mahasiswa UKM.

KESELAMATAN


MISI

Memerhati dan melaporkan segala perkara berkaitan masalah keselamatan kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan tahap keselamatan mahasiswa UKM..
STRATEGI OBJEKTIF

Bekerjasama dengan pihak keselamatan kolej.

Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu keselamatan.

Menguruskan pembukaan pagar belakang ke Perpustakaan Negara Malaysia.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Keselamatan Dan Tugas-Tugas Khas JAKSA KTSN.



KOLEJ-KOLEJ LUAR
MISI

Memerhati dan melaporkan segala perkara berkaitan masalah keselamatan kepada Majlis Pemimpin Mahasiswa.


OBJEKTIF

  1. Meningkatkan tahap kebajikan dan perkhidmatan di kolej-kolej luar KTSN dan Non Hostel Organization (NHO)

STRATEGI OBJEKTIF

Menyelaras laporan dari kolej-kolej luar untuk diambil tindakan sewajarnya.

Memastikan kolej-kolej luar berada dalam keadaan yang harmoni dan kondusif.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Keselamatan Dan Tugas-Tugas Khas JAKSA KTSN.

INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM

MISI

Merperkasakan perpaduan kaum, pembangunan sahsiah, meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain bagi  melahirkan suasana yang aman, harmoni dan kondusif  dan semangat muhibah selari dengan Dasar Perpaduan Nasional.


OBJEKTIF

  1. Mengekalkan suasana harmoni dan sejahtera agar kolej selesa di diami oleh pelbagai kaum.
  2. Meningkatkan kerjasama dan semangat bersatu padu antara kaum.
  3. Memperkukuh nilai-nilai murni dan integrasi antara kaum.

STRATEGI OBJEKTIF 1

Menjadi teladan dalam menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum.

Meningkatkan keprihatinan terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman.

Menganjurkan program-program yang boleh disertai oleh semua kaum.

Sentiasa menjalin hubungan rapat dengan Pengerusi Biro Integrasi Dan Perpaduan Kaum JAKSA KTSN.

STRATEGI OBJEKTIF 2

Mengadakan aktiviti yang menggabungkan setiap kebudayaan dan kesenian etnik.

Memastikan organisasi program melibatkan semua kaum.

Menganjurkan program yang meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu.

STRATEGI OBJEKTIF 3

Menggalakkan warga kolej yang berbilang bangsa menyertai kelab dan persatuan di peringkat kolej dan universiti.

Menggalakkan pemakaian pakaian kebangsaan dalam majlis rasmi.

Menggalakkan sikap terbuka dalam menerima pandangan daripada kaum lain.

No comments:

Post a Comment