Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Karnival Sukan Dan Kesihatan Kinabalu (Tidak Dilaksanakan)


KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN DAN KESIHATAN

TEMA
‘Aspirasi Mahasiswa Tunjang Komuniti Sihat’


TARIKH
 10-17 NOVEMBER 2008


TEMPAT
KOTA KINABALU, SABAH


ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
KELAB ASPIRASI
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR


1.            PENDAHULUAN

Karnival Sukan dan Kesihatan ini  merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir dan Kelab Aspirasi. Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, kerjasama dari semua mahasiswa/i dari UKM Kampus Kuala Lumpur  adalah amat diharap dan diperlukan.

Program ini juga bertepatan dengan teras keempat “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020” bermatlamat untuk meningkatkan kualiti Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya setanding dengan universiti terbaik dunia. Di bawah teras ini, langkah-langkah untuk merpekasakan kepimpinan IPT dipergiat. Pembangunan sumber manusia perlu dipertingkat bagi memperkasakan IPT.

Kami merancang untuk menganjurkan suatu program yang efektif, relevan serta berupaya mendekatkan mahasiswa/i kepada masyarakat, selari dengan aspirasi UKM untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam apa jua bidang yang diceburi. Pada dasarnya, program ini bertujuan untuk melatih mahasiswa/i yang bakal mewakili Kampus Kuala Lumpur dalam sukan-sukan tertentu dan memperkembang aktiviti sukan seperti senamrobik untuk diamalkan agar melahirkan masyarakat yang lebih sihat dapat direalisasikan. Sesuai dengan konsep mendekati masyarakat, program ini turut membawa informasi kesihatan demi memupuk semangat  dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat serta tentang betapa pentingnya nikmat sihat yang telah dianugerahkan kepada kita itu untuk disyukuri dengan sebaiknya.

2.            TUJUAN

Program ini bertujuan menanam sifat kemasyarakatan dan mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat umum. Selain itu, program ini juga diharap dapat menyemai dan menyuburkan nilai-nilai kecemerlangan dalam pemikiran mahasiswa/i demi melahirkan golongan berintelektual tinggi, cemerlang serta berkemahiran dalam segenap bidang, berpengalaman, berdedikasi serta berketerampilan, selari dengan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.         OBJEKTIF

3.1.Merealisasikan “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
3.2.Memperkasakan kepimpinan  Institut Pengajian Tinggi.
3.3.Melatih dan memantapkan skil mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu program dengan efektif agar natijahnya dapat dikongsi bersama untuk kebaikan mahasiswa khususnya dan universiti serta negara amnya.
3.4.Membuat persediaan dan latihan untuk atlit-atlit Kampus Kuala Lumpur dalam kejohanan- kejohanan.
3.5.Merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan modal insan melalui penimbaan ilmu pengetahuan dan peningkatan kesedaran mengenai sains kesihatan amnya dan sains perubatan khususnya.
3.6 .Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya gaya hidup sihat serta isu-isu semasa berkaitan penjagaan kesihatan.
3.7.Menggarap dan mendukung aspirasi UKM ke arah integrasi nasional dengan cara mengukuhkan hubungan antara etnik di kalangan pelajar.

4.         ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir
Kelab Aspirasi

5.         TEMA

      Aspirasi Mahasiswa Tunjang Komuniti Sihat’

6.         TARIKH DAN TEMPAT

7.1   Tarikh      :           10-17 November  2008   
7.2   Tempat   :           Kota Kinabalu, Sabah

7.         PENYERTAAN

7.1       40 orang mahasiswa/i,
            Universiti  Kebangsaan Malaysia Kampus  Kuala Lumpur (UKM KL).
7.2       Pensyarah-pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
7.3       Mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah

8.         CARTA ORGANISASI         
            Rujuk LAMPIRAN 1

9.         PENGISIAN PROGRAM

            Secara keseluruhannya, program ini meletakkan isu kesihatan dan sukan sebagai tunjang utama dalam usaha menaikkan taraf kesihatan masyarakat di samping melatih profesionalisme di kalangan mahasiswa/i menerusi pengaplikasian teori-teori yang telah dipelajari dalam pengendalian klinikal dan aktiviti-aktiviti bercorak kesukanan. Program-program berunsurkan kemasyarakatan juga diselitkan untuk melatih komunikasi yang interaktif antara mahasiswa/i dengan masyarakat.

9.1       INTERAKSI SUKAN ANTARA MAHASISWA/I UKM DAN UMS

Program berbentuk kesukanan akan turut dianjurkan di Universiti Malaysia Sabah. Satu bentuk perlawanan persahabatan akan diadakan dalam permainan bola sepak (futsal), bola tampar bagi mahasiswa dan permainan bola jaring dan bola tampar bagi mahasiswi. Satu bentuk pertandingan olahraga akan turut dilaksanakan Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/i UKM dan UMS. Perlawanan persahabatan ini dianjurkan untuk melatih atlit-atlit dari Kampus Kuala Lumpur untuk persediaan dalam kejohanan peringkat Universiti mahupun dalam kejohanan terbuka.     


9.2       CERAMAH KESIHATAN

Ceramah berkenaan isu-isu semasa kesihatan diberikan oleh pensyarah-pensyarah jabatan Sains Bioperubatan, UKM KL, kepada masyarakat. Program ini bertujuan membuka minda masyarakat tentang cara hidup sihat di samping meningkatkan pengetahuan masyarakat berkenaan isu kesihatan. Antara ceramah yang akan diberikan ialah:

·         Epidemiologi dan Kawalan Vektor Malaria
·         Kanser dan Kesannya Terhadap Kesihatan 

9.3       KURSUS SENAMROBIK

Dalam program ini, mahasiswa/i akan menganjurkan satu program berbentuk kursus teori dan praktikal bagi aktiviti senamrobik. Sasaran peserta adalah mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah. Kursus ini juga akan di buka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu. Kursus akan dijalankan di Universiti Malaysia Sabah dan dijangka dapat menarik penyertaan yang menggalakkan daripada kumpulan sasaran.

9.4       SESI DIALOG ANTARA SISWA/I UKM DAN UMS

Pertukaran idea dan maklumat dapat membuka dan meluaskan sempadan pemikiran peserta program agar tidak melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memikirkan ‘apakah ini langkah yang terbaik’ ataupun ‘bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada jawatankuasa pelaksana’.  Hal inilah yang cuba diterapkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) khususnya dan pihak pentadbiran UKM amnya terhadap setiap siswa/i UKM. Pertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i UMS, Sabah harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ) .Oleh itu, diharapkan program ini dapat membentuk satu  generasi pemimpin yang berani, berfikiran terbuka, berkaliber dan profesional yang mampu memimpin mahasiswa/i lain dengan penuh rasa tanggungjawab seiring dengan falsafah, visi dan misi UKM.

9.5       KEMBARA MENUJU PUNCAK KINABALU

Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4093 meter bersamaan 13000 kaki dari paras laut. Gunung kinabalu akan menjadi cabaran terbesar bagi peserta untuk program ini. Dengan keazaman yang teguh, segala halangan dan cabaran akan berjaya di tempuhi. Program ini dilaksanakan untuk melahirkan insan yang cekal dan berani dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan. Diharapkan program ini dapat membentuk modal insan berjiwa kental seperti yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).

10.      TENTATIF PROGRAM
Rujuk LAMPIRAN II


11.       ANGGARAN BELANJAWAN
            Rujuk LAMPIRAN III  


12.       ALAMAT URUSETIA

            Urusetia Program Karnival Sukan Dan Kesihatan
            Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
            Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Jalan Temerloh,
            53200 Kuala Lumpur.
                        U/P      :  MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
                        Tel       : 0172065694

 13.       PENUTUP

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama daripada segi pembangunan sosial, penerapan nilai dan kepentingan kesihatan, serta pengukuhan kesedaran masyarakat setempat tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. Justeru, kami telah bertekad untuk berusaha  dengan gigih dan tekun dalam merancang program ini dengan teliti agar dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kami juga mengharapkan penglibatan, bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutama daripada pihak pentadbiran, agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak swasta atau sesiapa sahaja agar terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir dan Kelab Aspirasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program ini. Sokongan moral dan kerjasama yang diberikan membolehkan mahasiswa/i menimba pengalaman  yang diharapkan  dapat diaplikasikan dalam kehidupan untuk agama, masyarakat dan Negara tercinta. Segala sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.


Disediakan oleh,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disemak oleh:


MOHD ZAID BIN MOHD IDRUS
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disahkan oleh:


EN. MOHD HAFIZI BIN HAMZAH
Felo Sukan Siswa/i,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Diluluskan oleh :


PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD. AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment