Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Meletakkan Papan Kenyataan Bergerak Di Kampus Kuala Lumpur

Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fskb(01)

Tarikh    :  12 Oktober 2007

Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
      
Tuan,

MEMOHON MELETAKKAN PAPAN KENYATAAN BERGERAK DI KAMPUS KUALA LUMPUR.

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon untuk meletakkan papan kenyataan bergerak untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia di bilik PMUKM  Kampus Kuala Lumpur.

2.     Inisiatif ini diambil untuk memberi maklumat Persatuan Mahasiswa UKM. Tuan juga telah maklum, bahawa kini Kolej Tun Syed Nasir telah mempunyai enam cawangan yang semuanya terletak di Kampung Baru. Jadi agak sukar untuk bagi pihak kami untuk memaklumkan sebarang aktiviti yang akan dijalankan.

3.      Memandangkan mahasiswa/i berada di luar kolej induk, jadi kami pihak PMUKM tidak mahu mahasiswa/i ketinggalan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Dengan itu dapat menghapuskan persepsi mereka yang mengatakan mereka diabaikan apabila ditempatkan di kolej cawangan Kampung Baru.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,



      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

s/k :           Pengetua Kolej Tun Syed Nasir 
                  Pengurus Kolej Tun Syed Nasir

                  Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment