Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Kertas Kerja Cadangan Program Anjakan Paradigma Di Negara China (Dilaksanakan)





KERTAS KERJA
ANJAKAN PARADIGMA DI NEGARA CHINA

TEMA
ASPIRASI TERBILANG DI ERA GLOBALISASI

TARIKH
17 – 22 MEI 2008

TEMPAT
UNIVERSITI BEIJING

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KELAB SAINS BIOPERUBATAN

ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KELAB SAINS BIOPERUBATAN

DENGAN KERJASAMA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KESENIAN DAN WARISAN
KEMENTERIAN PENERANGAN
KEMENTERIAN PELANCONGAN


1.         PENDAHULUAN

Globalisasi meluaskan minda masyarakat untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta bertindak secara rasional untuk lebih maju. Seiring dengan pemodenan dunia, organisasi Kelab Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia merasakan perlunya kami mara kehadapan seiring dengan era ‘dunia tanpa sempadan’ yang kian berkembang pesat.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional kea rah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Selari dengan teras kelima “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020” iaitu mempergiat pengantarabangsaan. Teras kelima PSPTN ini perlu untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan negara sebagai pemimpin global dalam pembangunan sejagat. Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlangan tertinggi di dunia melalui kegiatan pengantarabangsaan. Teras ini mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melalui program pengantarabangsaan. Malaysia mampu menarik jauh lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini yang akan memanfaatkan pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif dan global. Di samping itu, pelajar-pelajar antarabangsa ini akan menjadi duta global bagi mempertingkat imej Malaysia di persada dunia.

Mahasiswa/i perlu diberi peluang menimba pengalaman berharga untuk dijadikan pengajaran kelak tentang pelbagai  perbezaan ekonomi dan  budaya sosial dunia luar agar lebih berani menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Mahasiswa/i juga harus diberi galakan dan pendedahan tentang pelbagai senario ‘dunia tanpa sempadan’ kini bagi memastikan kami mampu menjangka keadaan ‘dunia sebenar’.

Perkongsian buah fikiran tidak akan menyempitkan sempadan pemikiran organisasi, khususnya dan keseluruhan ahli kelab, amnya agar setiap tindakan yang diambil dapat difikirkan terlebih dahulu natijahnya sama ada mendatangkan faedah ataupun mudarat baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain.  Hal inilah yang cuba dilakukan oleh PMUKM terhadap setiap ahli yang menganggotainya. Pertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i lain di Universiti Beijing, China yang mendapat pengiktirafan  THES - QS World University Rankings 2006 sebagai universiti terbaik di rantau Asia harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan yang amat berharga dan patut dihargai sepenuhnya untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar pengantarabangsaan yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ) . Oleh itu, diharapkan program ini dapat membentuk satu  generasi pemimpin yang terdiri daripada golongan intelek yang berani, berkemahiran, berdedikasi, berketerampilan, berfikiran terbuka dan profesional yang mampu memimpin mahasiswa/i lain dengan penuh rasa tanggungjawab seiring dengan falsafah, visi dan misi UKM.

Tambahan lagi, pendedahan mahasiswa/i kepada dunia perubatan dan sains kesihatan di universiti luar negara seperti Universiti Beijing  boleh merangsang dan menggalakkan lagi mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam bidang ini agar mampu memimpin/menguasai bidang pembangunan/perkembangan perubatan dan sains kesihatan. Oleh itu, melalui interaksi bersama para pelajar di universiti di Beijing, China yang merupakan unversiti terbaik di Asia serta mempunyai mahasiswa/i terpelajar yang datang dari pelbagai tempat di seluruh dunia diharapkan dapat memupuk semangat dan kesungguhan diri mahasiswa/i UKM agar dapat menjadi pemimpin dan tenaga penggerak dalam mempertingkatkan dan memajukan lagi bidang perubatan di negara kita.

Pihak penganjur merancang untuk menganjurkan suatu program yang efektif, relevan serta berupaya mendekatkan mahasiswa/i kepada bidang perubatan dan sains kesihatan khususnya, serta bidang kepimpinan amnya, selari dengan aspirasi UKM untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam apa jua bidang yang diceburi. Pada dasarnya, program ini menjadi sebagai salah satu usaha untuk membina keterampilan mahasiswa/i yang bakal berkhidmat dalam bidang-bidang kesihatan khususnya dan sebagai generasi yang bakal memegang pucuk pimpinan negara pada masa akan datang amnya.

2.         TUJUAN

Program ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum demi melahirkan golongan intelek yang cemerlang, berkemahiran, berpengalaman, berdedikasi serta berketerampilan, selari dengan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu,program ini juga diharap mampu memupuk hubungan antarabangsa yang sihat antara mahasiswa dengan pihak luar agar dapat menanamkan sikap positif dan pro-aktif dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan yang memenuhi hasrat aspirasi universiti.

3.         OBJEKTIF

Merealisasikan teras kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan UKM di persada dunia.

Melahirkan mahasiswa/i yang berpandangan luas, peka dengan keadaan sekeliling, optimis, berani mengemukakan idea dan pendapat serta berupaya mengikut rentak arus pemodenan terkini.

Menggalakkan mahasiswa/i berinteraksi dengan yakin dan membantu pihak universiti melahirkan generasi pemimpin yang serba boleh.

Mengasah bakat kepimpinan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan berfikiran terbuka terhadap era baru di samping memantapkan skil mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu program dengan efektif agar natijahnya mendatangkan manfaat kepada mahasiswa khususnya dan universiti serta negara amnya.

Memupuk minat mahasiswa/i terhadap perubatan dan sains kesihatan di samping menimba pengetahuan tentang perkembangan perubatan dan sains kesihatan di negara lain agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan modal insan melalui penimbaan ilmu pengetahuan dan peningkatan kesedaran mengenai sains kesihatan amnya dan sains perubatan khususnya.

Mempromosikan budaya dan keturunan masyarakat Malaysia kepada masyarakat luar, dengan harapan ia akan membantu sektor pelancongan di Malaysia.



4.         MATLAMAT

Matlamat projek ini adalah untuk membuka satu lembaran baru dalam aspek pemikiran mahasiswa agar lebih ke hadapan dalam menempuh era globalisasi. Di samping itu, sebagai suatu wacana untuk menyahut hasrat universiti bagi melahirkan mahasiswa cemerlang dan seterusnya menjadi pemangkin kepada terbentuknya  universiti terbilang dengan memperbanyakkan lagi program pengantarabangsaan pelajar.

5.         ANJURAN

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelab Sains Bioperubatan

6.         TEMA
           
            ‘Aspirasi Terbilang di Era Globalisasi’


7.         TARIKH DAN TEMPAT

7.1   Tarikh      :           17-22 Mei 2008   
7.2   Tempat   :           Beijing, China

8.         PENYERTAAN

5.1          50 orang mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus  Kuala Lumpur.
5.2          Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu  Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

9.         PENGISIAN PROGRAM

            9.1 LAWATAN KE UNIVERSITI BEIJING
Pendedahan mahasiswa/i kepada dunia perubatan dan sains kesihatan di universiti luar negara seperti Universiti Beijing  boleh merangsang dan menggalakkan lagi mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam bidang ini agar mampu memimpin/menguasai bidang pembangunan/perkembangan perubatan dan sains kesihatanPertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i lain di Universiti Beijing, China yang mendapat pengiktirafan  THES - QS World University Rankings 2006 sebagai universiti terbaik di rantau Asia harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan yang amat berharga dan patut dihargai sepenuhnya untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar pengantarabangsaan yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ)

9.1 SESI DIALOG ANTARA MAHASISWA UKM DAN UNIVERSITI BEIJING.
Pertukaran idea dan maklumat dapat membuka dan meluaskan sempadan pemikiran peserta program agar tidak melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memikirkan ‘apakah ini langkah yang terbaik’ ataupun ‘bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada jawatankuasa pelaksana’.  Hal inilah yang cuba diterapkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) khususnya dan pihak pentadbiran UKM amnya terhadap setiap siswa/i UKM. Pertukaran pendapat dan maklumat antara mahasiswa/i UKM dengan mahasiswi/i Universiti Beijing harus dianggap sebagai suatu peluang keemasan untuk terus maju kehadapan bertepatan dengan dasar yang diterap dan diamalkan di UKM dalam jenama penyelidikan, pengantarabangsaan dan jaminan kualiti (‘Research, Internationalisation, Quality Assurance’ atau RIQ) .Oleh itu, diharapkan program ini dapat membentuk satu  generasi pemimpin yang berani, berfikiran terbuka, berkaliber dan profesional yang mampu memimpin mahasiswa/i lain dengan penuh rasa tanggungjawab seiring dengan falsafah, visi dan misi UKM.

9.3 INTERAKSI SUKAN BERSAMA MAHASISWA/I UNIVERSITI BEIJING
Program berbentuk kesukanan akan turut dianjurkan di Universiti Beijing. Satu bentuk perlawanan persahabatan akan diadakan dalam permainan bola sepak (futsal), bola tampar bagi mahasiswa dan permainan bola jaring dan bola tampar bagi mahasiswi. Satu bentuk pertandingan olahraga akan turut dilaksanakan Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/i UKM dan Universiti Beijing. Diharapkan program ini dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswa UKM dan mahasiswa Universiti Beijing.

9.4 SENAMROBIK DI TEMBOK BESAR CHINA
Dalam program ini, mahasiswa/i akan menganjurkan satu program senamrobik yang akan diadakan di Tembok Besar China. Program ini akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i UKM dan mensasarkan penduduk di Beijing akan turut serta. Program ni seterusnya akan mempromosikan Malaysia di Beijing dengan mengedarkan  kad-kad jemputan, risalah mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia dan mempamerkan poster-poster megenai keunikan dan keindahan Malaysia.

9.5 KLINIKAL DAN PAMERAN KESIHATAN
Program ini merupakan yang bermatlamat untuk mendedahkan para peserta (masyarakat setempat) mengenai tanggungjawab dan kepentingan ahli profesional dalam bidang kesihatan. Ia juga bertujuan memberi gambaran kepada peserta mengenai prospek pekerjaan mereka pada masa akan datang. Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i UKM KL untuk lebih berdikari, serta menambah keyakinan apabila menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan kelak. Antara pemeriksaan yang akan dijalankan ialah:
·         Ujian darah
·         Ujian glukosa
·         Ujian kolestrol
·         Ujian Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI)

9.6 MALAM KEBUDAYAAN ‘CITRA BUDAYA MALAYSIA’
Program ini akan mempersembahkan beberapa persembahan kebudayaan dari Malaysia dan akan dipersembahkan untuk mahasiswa/i Universiti Beijing dan pihak pentadbiran Universiti Beijing. Persembahan yang akan dicadangkan ialah dikir barat, tarian zapin, nasyid dan nyanyian tradisional.

10.       CARTA ORGANISASI
                       
            RUJUK LAMPIRAN 1

11.       TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN 2


12.       ANGGARAN BELANJAWAN

            RUJUK LAMPIRAN 3


13.       ALAMAT URUSETIA
            Urusetia Program Lawatan Sambil Belajar ke China
            Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Jalan Temerloh,
            53200 Kuala Lumpur.
                        U/P      : MOHD FARID MOHD TAUFIK
                        Tel       : 017-2065694
14.       PENUTUP

Dalam rangka memupuk integrasi di kalangan masyarakat intelektual dari seluruh pelosok dunia, paduan ilmu dan amal amat perlu diterapkan dalam setiap gerak kerja. Sehubungan itu, potret kejayaan program ini perlu dilakarkan untuk membuktikan kemampuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya dalam menjayakan sebarang projek yang dianjurkan, terutama program pengantarabangsaan.

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama daripada segi kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar serta perkembangan dan pemodenan bidang perubatan dan sains kesihatan negara agar setaraf dengan negara maju yang lain. Justeru, pihak PMUKM dan organisasi Kelab Sains Bioperubatan UKM akan berusaha untuk memastikan program pengantarabangsaan ini mencapai matlamat dan objektif yang digariskan dan kami juga bertekad untuk berusaha  dengan gigih dan tekun dalam merancang program ini dengan teliti agar dapat direalisasikan dengan jayanya.


            Kami juga mengharapkan penglibatan, bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutama badan-badan kerajaan serta pihak-pihak swasta atau sesiapa sahaja agar terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala jasa baik, sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang dihulurkan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment