Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Hala Tuju Dan Naik Taraf Gimnasium KTSN


KERTAS KERJA CADANGAN

HALA TUJU DAN NAIK TARAF
GIMNASIUM
KOLEJ TUN SYED NASIR 1
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


SESI 2007/2008

PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR



1.0       PENGENALAN

Gimnasium merupakan pusat kecergasan jasmani bagi individu beriadah dan bersenam dalam menjaga kesihatan badan. Ia selalunya dilengkapi dengan peralatan senaman seperti treadmill, basikal senaman, free-weight, dan alat-alat gimnasium yang lain. Selain menjaga kesihatan, ia juga memberi peluang kepada pengguna untuk bersosial antara satu sama lain di samping dapat menenangkan fikiran.

1.1       Kemudahan Sedia Ada.

Gimnasium di Kolej Tun Syed Nasir diwujudkan  atas kesedaran bagi mewujudkan warga UKM yang sihat dan cergas. Pada awalnya, ia dilengkapi dengan kemudahan seperti set multi-session, basikal senaman, free-weight, dan lain-lain peralatan senaman. Kesemua peralatan tersebut dibawa daripada UKM Kampus Sabah pada masa itu dan diletakkan di gimnasium yang berada di Tingkat Bawah Blok A Kolej Tun Syed Nasir. Selain menjaga kesihatan fizikal, gimnasium tersebut juga penting bagi menjaga kesihatan mental dan emosi khususnya kepada pelajar-pelajar di Kolej Tun Syed Nasir di mana ia dapat merehatkan minda dan menenangkan fikiran setelah sibuk dengan kuliah dan tugasan seharian.

1.2       Masalah Dan Kekurangan.

Walaupun kewujudan gimnasium tersebut telah pun menjangkau puluhan tahun, namun tiada langsung kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan bagi meningkatkan fungsi gimnasium tersebut sebelum ini. Sehinggalah pada bulan Julai 2007, permaidani yang uzur diganti dengan yang baru dan kemas. Tiada sebarang penambahan peralatan dilakukan di gimnasium ini sejak awal penubuhannya.

Keadaaan dan suasana di gimnasium boleh mempengaruhi keselesaan individu yang menggunakan kemudahan ini. Suasana di gimnasium yang kurang lengkap dan tidak memuaskan dapat mengganggu keselesaan kepada sesiapa yang menggunakan kemudahan ini. Pengguna bukan saja tidak dapat menggunakan kemudahan dengan selesa, malah mungkin menambahkan lagi kerungsingan di fikiran.

Justeru itu, mempunyai gimnasium yang selesa amat diperlukan bagi membolehkan masa yang berkualiti digunakan dalam menggunakan kemudahan tersebut.

2.0              OBJEKTIF
Berikut merupakan antara objektif – objektif yang hendak dicapai :
2.1.Menyediakan kemudahan ruang beriadah dan bersenam bagi penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir.
2.2.Mewujudkan warga Kolej Tun Syed Nasir yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental.
2.3.Mewujudkan keselesaan kepada penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir ketika menggunakan kemudahan gymnasium.
2.4.Menyediakan ruang yang sesuai dan selesa untuk mengadakan program-program seperti senam robik, latihan dan program-program bersesuaian yang lain.
2.5.Membaikpulih sebarang kerosakan yang wujud di gymnasium bagi mengelakkan ketidakselesaan penghuni dan warga Kolej Tun Syed Nasir.
2.6.Memantapkan fungsi gimnasium di Kolej Tun Syed Nasir.
2.7.Menjadi “one-stop centre” bagi memantapkan lagi fungsi Unit Sukan Kampus Kuala Lumpur.

3.0       BUTIRAN NAIK TARAF
Lampiran 1

4.0       ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.

5.0       TEMPAT
Gimnasium,
Tingkat bawah Blok A,
Kolej Tun Syed Nasir 1,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.

6.0       PENASIHAT
Dr. Roslee Rajikan
Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

7.0       ALAMAT SURAT – MENYURAT
Segala surat-menyurat boleh dikirimkan ke alamat seperti berikut :

Mohd Farid bin Mohd Taufik,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
No. Faks          : 03 – 26911077
No. Tel            : 017-2065694

8.0       PENUTUP

Kemudahan gimnasium Kolej Tun Syed Nasir diharapkan dapat memberi banyak kebaikan dan keselesaan kepada seluruh penghuni dan warga kolej yang menggunakan kemudahan ini. Terdapat beberapa cadangan dan usaha bagi menaiktarafkan gimnasium ini demi kepentingan semua pihak. Namun, status penaiktarafan gimnasium masih menjadi tanda-tanya. Pada dasarnya, siapakah yang yang bertangungjawab dalam menentukan hala tuju kemudahan ini? Apakah status sebenar penaiktarafan gimnasium? Adakah gimnasium ini masih mempunyai tempat dalam peruntukan penaiktarafan? Diharap agar persoalan ini dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan bertambahnya perkara yang lebih mengusutkan keadaan. Kerjasama dari semua pihak penting bagi memastikan bahawa kemudahan gimnasium yag disediakan ini, tidak disia-siakan.

Disediakan oleh,

NURUL HIDAYAH BINTI AMINUDIN
Setiausaha II,
Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disemak oleh,

MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008


Disokong oleh,


PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment