Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Menambah Punca Kuasa (Power Point) Untuk Bilik PMUKM


    

Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(12)

Tarikh               :  13 Februari 2008

               
Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
             
Tuan,

MEMOHON MENAMBAH PUNCA KUASA (POWER POINT) UNTUK BILIK PMUKM

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk menambah punca kuasa (power point) di bilik PMUKM untuk  untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.     Inisiatif ini diambil kerana punca kuasa tidak cukup untuk komputer dan mesin faks. Jadi kami memohon untuk menambah 3 ‘power point’ di bahagian luar berhampiran sambungan internet untuk peralatan tersebut.

3.      Kami juga memohon agar 3 lagi ‘power point’ di tambah di bahagian dalam bilik PMUKM berhampiran sambungan internet untuk kegunaan masa hadapan. ‘2 power point’ yang sedia ada di bahagian dalam juga tidak berfungsi untuk digunakan.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,

      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           →Cik Farhana Md. Isa
    Penolong Pendaftar KKL
                  →Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment