Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label Bilik PMUKM. Show all posts
Showing posts with label Bilik PMUKM. Show all posts

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Pembaikan Talian Telefon Untuk Bilik PMUKM



Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(13)
Tarikh               :  13 Februari 2008
           
    
Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
             
Tuan,

MEMOHON PEMBAIKAN TALIAN TELEFON UNTUK BILIK PMUKM

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk memperbaiki sistem telefon yang ada di Bilik PMUKM.

2.Inisiatif ini diambil kerana di dapati sistem telefon tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang dimaklumkan ada dua jenis talian yang patut ada tetapi hanya satu talian berfungsi. Talian jenis ‘C’ berfungsi tetapi talian jenis ‘B’ tidak berfungsi.

3.Kami juga memohon agar ‘2 power point’ yang sedia ada di bahagian dalam diperbaiki untuk memudahkan penggunaan mesin fax.

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,

      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           →Cik Farhana Md. Isa
    Penolong Pendaftar KKL

                  →Fail PMUKM KL

Surat Mohon Mesin Fax Untuk Bilik PMUKM

   
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(14)
Tarikh               :  15 Februari 2008
               
      Cik Farhana Md. Isa                    
Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

MEMOHON MESIN FAX

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon mesin fax baru untuk bilik PMUKM. Mesin fax yang sedia ada telah rosak dan tidak dapat digunakan.

2.     Inisiatif ini diambil untuk memudahkan urusan PMUKM di kampus KL. Ini bakal melancarkan urusan makluman dan informasi terkini berkaitan polisi terkini pengurusan dan pentadbiran UKM kepada mahasiswa terutama yang berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan di kolej dan fakulti.


3.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan/puan/cik dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

Surat Mohon Kelengkapan Komputer Dan ICT Untuk Bilik PMUKM KL Daripada HEP UKM Bangi

En. Muhamad Mustafa Mokhtar,
Timbalan Pendaftar,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melalui,

Mohd Zaid Bin Mohd Idrus,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008.
     
Tuan,

PERMOHONAN KELENGKAPAN KOMPUTER DAN ICT

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon perhatian pihak tuan mengenai peralatan multimedia dan internet di bilik PMUKM  KL yang diakui oleh pimpinan PMUKM sesi lepas sangat uzur. Pihak PMUKM merasakan perlu pentingnya peralatan ICT seperti komputer dan internet untuk melancarkan perjalanan dan pengurusan bilik PMUKM di UKM Kampus Kuala Lumpur ini. Ini jelas bertepatan dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

2.     Bilik PMUKM terletak berhadapan dengan kafetaria Kampus KL yang dirasakan strategik untuk kemudahan mahasiswa/I untuk membuat sebarang aduan tentang segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan adanya peralatan ICT seperti komputer dan internet bakal melicinkan lagi perjalanan pengurusan bilik PMUKM KL dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa/I. Secara tidak langsung mewujudkan satu bentuk perkhidmatan yang menyerupai ‘One Stop Centre’ seperti di UKM Kampus Induk di Bangi.

3.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan untuk meluluskan satu unit komputer serta alat percetakan untuk kegunaan PMUKM KL, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

Surat Mohon Kelengkapan Komputer Dan ICT Untuk Bilik PMUKM KL


Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(09)
Tarikh               :  25 Januari 2008
                                                               
Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

PERMOHONAN KELENGKAPAN KOMPUTER DAN ICT

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon perhatian pihak tuan/puan/cik mengenai peralatan multimedia dan internet di bilik PMUKM  KL yang diakui oleh pimpinan PMUKM sesi lepas sangat uzur. Pihak PMUKM merasakan perlu pentingnya peralatan ICT seperti komputer dan internet untuk melancarkan perjalanan dan pengurusan bilik PMUKM di UKM Kampus Kuala Lumpur ini. Ini jelas bertepatan dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

2.     Bilik PMUKM terletak berhadapan dengan kafetaria Kampus KL yang dirasakan strategik untuk kemudahan mahasiswa/I untuk membuat sebarang aduan tentang segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan adanya peralatan ICT seperti komputer dan internet bakal melicinkan lagi perjalanan pengurusan bilik PMUKM KL dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa/I. Secara tidak langsung mewujudkan satu bentuk perkhidmatan yang menyerupai ‘One Stop Centre’ seperti di UKM Kampus Induk di Bangi.

3.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

Surat Memohon Meja Dan Penyambung Wayar Untuk Kegunaan PMUKM JPP

Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fper(013)/02

Tarikh    :  13 November 2007

Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
     
Tuan,

MEMOHON  MEJA DAN PENYAMBUNG WAYAR  UNTUK KEGUNAAN PMUKM

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon meja dan penyambung wayar  untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

2.     Inisiatif ini diambil untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bilik PMUKM untuk kegunaan Ahli MPP dan mahasiswa/I.

3.      Saya memohon sebuah meja untuk ditempatkan di luar bilik PMUKM dan sebuah penyambung wayar untuk diletakkan di dalam bilik PMUKM.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,



      ................................................................
MOHD FEKRI BIN AHMAT NAZRI (013-4129709),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia


s/k :           Fail PMUKM

Surat Memohon Menambah Punca Kuasa (Power Point) Untuk Bilik PMUKM


    

Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(12)

Tarikh               :  13 Februari 2008

               
Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
             
Tuan,

MEMOHON MENAMBAH PUNCA KUASA (POWER POINT) UNTUK BILIK PMUKM

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk menambah punca kuasa (power point) di bilik PMUKM untuk  untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.     Inisiatif ini diambil kerana punca kuasa tidak cukup untuk komputer dan mesin faks. Jadi kami memohon untuk menambah 3 ‘power point’ di bahagian luar berhampiran sambungan internet untuk peralatan tersebut.

3.      Kami juga memohon agar 3 lagi ‘power point’ di tambah di bahagian dalam bilik PMUKM berhampiran sambungan internet untuk kegunaan masa hadapan. ‘2 power point’ yang sedia ada di bahagian dalam juga tidak berfungsi untuk digunakan.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,

      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           →Cik Farhana Md. Isa
    Penolong Pendaftar KKL
                  →Fail PMUKM KL

Surat Memohon Serahan Kunci Bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur


Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fskb(03)

Tarikh    :  24 Oktober 2007

Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
      
Tuan,

PENYERAHAN KUNCI BILIK PERSATUAN MAHASISWA

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon untuk penyerahan kunci bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur untuk sesi 2007/2008.

2.     Bilik PMUKM ini akan digunakan untuk mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kebajikan mahasiswa di fakulti dan di kolej. Bilik PMUKM ini akan beroperasi sepenuhnya pada semester 2 sesi 2007/2008.

3.      Kebenaran menggunakan bilik PMUKM ini perlu bagi meneruskan agenda-agenda memperjuangkan kebajikan mahasiswa di Kampus Kuala Lumpur.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,                                                


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           Jabatan Pengurusan Pembangunan

Fail PMUKM