Rujukan Kami : UKM3.3.1/pmukm0708/007/(09)
Tarikh :
25 Januari 2008
Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus
Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan
Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan/Cik,
PERMOHONAN KELENGKAPAN
KOMPUTER DAN ICT
Merujuk
perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon
perhatian pihak tuan/puan/cik mengenai peralatan multimedia dan internet di
bilik PMUKM KL yang diakui oleh pimpinan
PMUKM sesi lepas sangat uzur. Pihak PMUKM merasakan perlu pentingnya peralatan
ICT seperti komputer dan internet untuk melancarkan perjalanan dan pengurusan
bilik PMUKM di UKM Kampus Kuala Lumpur ini. Ini jelas bertepatan dengan Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara.
2. Bilik PMUKM terletak
berhadapan dengan kafetaria Kampus KL yang dirasakan strategik untuk kemudahan
mahasiswa/I untuk membuat sebarang aduan tentang segala permasalahan yang
dihadapi oleh mereka. Dengan adanya peralatan ICT seperti komputer dan internet
bakal melicinkan lagi perjalanan pengurusan bilik PMUKM KL dalam menyelesaikan permasalahan
mahasiswa/I. Secara tidak langsung mewujudkan satu bentuk perkhidmatan yang
menyerupai ‘One Stop Centre’ seperti di UKM Kampus Induk di Bangi.
3. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat
memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama
pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
................................................................
MOHD
FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
s/k Fail PMUKM KL
No comments:
Post a Comment