Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Papan Kenyataan Untuk Kegunaan PMUKM



Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fper(013)/01

Tarikh    :  13 November 2007

Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
     
Tuan,

MEMOHON  PAPAN KENYATAAN  UNTUK KEGUNAAN PMUKM

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon papan kenyataan untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

2.Inisiatif ini diambil untuk memberi infomasi-infomasi kepada mahasiswa/I mengenai aktiviti-aktiviti PMUKM yang akan dijalankan.

3.Untuk pengetahuan pihak tuan, papan kenyataan bergerak yang diberi oleh Ketua Penolong Pendaftar tidak mencukupi. Oleh itu, saya memohon pihak tuan memberi sebuah papan kenyataan untuk diletakkan di hadapan bilik PMUKM.

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,



      ................................................................
MOHD FEKRI BIN AHMAT NAZRI (013-4129709),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia


s/k :           Fail PMUKM

No comments:

Post a Comment