Rujukan : UKM3.3.1/pmukm0708/007/(25)
Tarikh : 31 Mac 2008
Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin
Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Melalui,
Prof. Madya Dr. Ruzita
Abd Talib
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Yg. Bhg. Dato’,
PENEMPATAN MAHASISWA/I kOLEJ TUN sYED NASIR DI PLAZA RAH
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin memohon pertimbangan Yg. Bhg. Dato’ mengenai
harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Barisan kepimpinan PMUKM yang mewakili
UKM Kampus Kuala Lumpur merasakan mahasiswa tidak mampu untuk menduduki
bangunan yang ditawarkan dengan harga tersebut.
3.Seperti
Yg. Bhg.
Dato’ sedia maklum, harga yang ditawarkan ialah RM 9.00/ hari yang luar
daripada kemampuan mahasiswa/i. Di sini pihak PMUKM mewakili mahsiswa/i UKM
Kampus Kuala Lumpur ingin memohon agar pihak universiti dapat mengurangkan
separuh daripada harga yang ditawarkan agar mahasiswa tidak dibebani dengan
yuran yang tinggi.
4.Diharap
pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan permohonan ini supaya kebajikan dan keselesaan mahasiswa diutamakan. Di sini saya sertakan
’Laporan Ringkas Tinjauan dan Pendapat Mahasiswa/i Kampus Gugusan Kesihatan
Mengenai Penempatan di Plaza Rah’.
5.Kerjasama
dan pertimbangan daripada Yg. Bhg. Dato’ amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694)
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi 2007/2008
s.k -Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
-Pengurus Kolej Tun Syed Nasir
No comments:
Post a Comment