Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Laporan Dan Tinjauan Pendapat Mahasiswa/i Kampus Gugusan Kesihatan Mengenai Penempatan Di Plaza Rah


LAPORAN
TINJAUAN DAN PENDAPAT

MAHASISWA/I KAMPUS GUGUSAN KESIHATAN
MENGENAI PENEMPATAN
PLAZA RAH




SESI 2007/2008







UNIT KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
                              UNIT KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TIMBALAN PENGERUSI KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN

LAPORAN BORANG SOAL SELIDIK
PENEMPATAN MAHASISWA DI PLAZA RAH

Pada 24 hingga 26 Mac 2008, Borang Soal Selidik Penempatan Mahasiswa Di Plaza Rah telah diedarkan kepada penghuni Kolej Tun Syed Nasir Cawangan Kampung Baru (Kolej Tun Syed Nasir 2-6). Seramai 230 responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik ini. Tetapi hanya 222 yang telah mengembalikannnya. Antara objektif soal selidik ini adalah:

  • Mendapatkan maklum balas daripada penghuni KTSN 1 berkenaan pretasi kafeteria yang menjadi tempat utama mereka menikmati makanan dan minuman pada setiap hari.
  • Mengetahui masalah-masalah dan pendapat mereka terhadap penempatan di Plaza Rah berkenaan:
Ø  Kerelaan untuk berpindah
Ø  Adakah masalah pengangkutan akan selesai.
Ø  Keselesaan untuk tinggal di Plaza Rah.
Ø  Harga yang sanggup dibayar.

  • Mengutarakan masalah dan pendapat mereka ini kepada pihak pentadbiran serta pengurusan kolej dan pengurusan UKM untuk diambil tindakan lanjut.
Bagi menjayakan soal selidik ini, kami telah melaksanakan beberapa kaedah. Antara kaedah tersebut adalah :
  • Memberikan borang soal selidik di bilik penghuni KTSN 2-6. Mereka akan memberikan terus borang yang telah lengkap kepada Setiausaha Kerja PMUKM yang bertugas.
Dalam laporan ini, kami laporkan maklum balas tersebut dalam bentuk peratusan, ulasan  serta cadangan responden bagi memberi gambaran yang jelas terhadap permasalahan dan pendapat mereka terhadap penempatan di Plaza Rah. Berikut adalah butirannya secara ringkas:

1. KERELAAN UNTUK BERPINDAH
Bil
Soalan
 Ya
(%)
Tidak
(%)
a)




Adakah Anda Setuju Untuk Ke Plaza Rah?




120
(54.1%)



102
(45.9%)




Perkara
Ya
Tidak
Jumlah kerelaan responden untuk berpindah ke Plaza
 Rah.
120/222

102/222

Peratus  kerelaan responden untuk berpindah ke Plaza Rah.
54.1%
45.9%
        
2. KERELAAN UNTUK BERPINDAH jika ukm sedia menanggung separuh kos penginapan
Bil
Soalan
Ya
(%)
Tidak
(%)
a)
Adakah anda bersetuju berpindah jika pihak UKM membayar separuh kos penginapan apabila berpindah ke Plaza Rah?

210
(94.6%)


12
(5.4%)




Perkara
Ya
Tidak
Jumlah kerelaan responden untuk berpindah ke Plaza
 Rah jika pihak UKM sedia menanggung separuh kos penginapan.
210/222
12/222
Peratus kerelaan responden untuk berpindah ke Plaza
 Rah jika pihak UKM sedia menanggung separuh kos penginapan.
94.6%
5.4%


3. penyelesaian kepada masalah pengangkutan

Bil
Soalan
Ya
(%)
Tidak
(%)
a)


Adakah penempatan di Plaza Rah akan mengatasi masalah pengangkutan ke Kolej KTSN Cawangan di Kampung Baru ?
156
(70.3%)

56
(29.7%)



Perkara
Ya
Tidak
Jumlah  persetujuan responden terhadap penyelesaian masalah pengangkutan jika berpindah ke Plaza Rah.
156/222
56/222
Peratus persetujuan responden terhadap penyelesaian masalah pengangkutan jika berpindah ke Plaza Rah.
70.3%
29.7%

4. KESELESAAN UNTUK TINGGAL DI PLAZA RAH

Bil
Soalan
6 orang
(%)
8 orang
 (%)
a)


Berapakah bilangan penghuni ideal untuk satu rumah di Plaza Rah?

198
(89.2%)

24
(10.8%)



Perkara
Ya
Tidak
Jumlah  persetujuan responden terhadap bilangan ideal untuk penghuni untuk satu rumah.
198/222
24/222
Peratus persetujuan responden terhadap bilangan ideal untuk penghuni untuk satu rumah.
89.2%
10.8%

5. HARGA YANG SANGGUP DI BAYAR

Bil
Soalan
RM 9.00
RM 7.50
RM4.50-RM 5.00
a)


Berapakah harga yang sanggup di bayar di Plaza Rah?

0
(0%)

10
(4.5%)

212
(95.5%)




Perkara
RM 9.00
RM 7.50
RM 4.50-RM 5.00
Jumlah  persetujuan responden terhadap harga yang sanggup di bayar.
0/222

30/222

192/222
Peratus persetujuan responden terhadap harga yang sanggup di bayar.
0%

13.5%

86.5%

Ulasan:

  • Perbezaan yang tidak ketara dari segi kerelaan responden untuk berpindah dan tidak mahu berpindah. Pada dasarnya responden mahu harga yang lebih rasional untuk mereka. Memang mereka mahu berpindah kerana ada kolej cawangan yang ada sekarang kurang selamat dan sistem pengurusan bangunan yang lemah.
  • Kebanyakkan responden bersetuju bahawa perpindahan ke Plaza Rah adalah bakal menyelesaikan masalah pengangkutan di Kolej-Kolej Cawangan KTSN.Jadi Isu pengangkutan ke KTSN 4 dan KTSN 6 tidak lagi menjadi isu.
  • Penempatan di Plaza Rah juga dapat menyelesaikan masalah parking yang diakui begitu daif di KTSN 6. Keselamatan kenderaan juga terjamin.
  • Responden bersetuju bahawa 6 orang adalah bilangan yang ideal untuk satu rumah di Plaza Rah untuk keselesaan bersama.
  • Jika harga yang ditawarkan adalah RM 9.00 sehari, boleh dikatakan harga tersebut tidak munasabah dan tidak rasional jika memikirkan status responden sebagai seorang mahasiswa. Responden menolak 100 % harga tersebut. Harga yang ditawarkan oleh pihak UKM terlalu tinggi. Mahasiswa tidak mempunyai gaji. Cuma bergantung harap kepada biasiswa dan pinjaman semata-mata. Kebajikan mahasiswa haruslah diutamakan pihak pengurusan UKM.
  • Harga yang masih boleh dipertimbangkan oleh responden adalah antara RM 4.50-5.00. Responden memohon supaya pihak pengurusan kolej dan pentadbiran UKM agar mempertimbangkan harga termurah. Responden sangat bersetuju dengan harga ini jika pihak UKM dapat pertimbangkan.  Daripada data, 212/222 (95.5 %) bersetuju dengan harga ini.
  • Kebanyakkan responden lebih memikirkan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur dengan dibebankan dengan harga kolej yang meningkat bakal mengundang masalah pengurusan kewangan.
  • Walaupun kerajaan telah menaikkan jumlah biasiswa JPA, pihak pengurusan universiti perlulah mempertimbangkan keadaan mahasiswa yang hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN yang tidak ada sebarang kenaikkan kadar pinjaman. Jika harga penginapan naik dengan mendadak, mahasiswa yang bergantung penuh kepada pinjaman PTPTN bakal berdepan masalah besar dalam menempuh hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur.
  • Responden juga mengatakan perlu menjelaskan pelbagai lagi yuran yang dikenakan. Buku-buku serta persediaan pembelajaran juga perlu disediakan untuk menuntut ilmu dan memerlukan kos yang tinggi.
  • Bukan semua mahasiswa di kampus gugusan kesihatan ini berasal dari keluarga yang berada tetapi ada juga yang berasal daripada keluarga miskin dan sederhana yang memang bergantung penuh kepada biasiswa dan pinjaman. Diharapkan pihak pengurusan UKM dapat mempertimbangkan perkara ini.
Cadangan:

  • Responden  mencadangkan agar Plaza Rah dilengkapi kemudahan “wirelees” internet yang mempunyai kata laluan khas untuk siswa/I UKM. 
  • Memperjelaskan mengenai status penginapan lelaki dan perempuan di Plaza Rah.
  • Mengadakan aktiviti atau program JAKSA di Plaza Rah.
  • Menggunakan yuran pengangkutan yang tidak digunakan sepenuhnya di Kampus Kuala Lumpur terutama penghuni-penghuni KTSN cawangan untuk menampung kos penginapan di Plaza Rah jika perpidahan menjadi kenyataan.
  • Meletakkan beberapa EXCO JAKSA KTSN di Plaza Rah.
Kesimpulan

Melalui data-data dan ulasan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan responden mahukan harga yang berpatutan dan rasional untuk mereka agar kehidupan mereka lebih mudah dan tidak dibebankan dengan yuran-yuran yang pelbagai.

Pihak pengurusan dan pentadbiran UKM perlulah meneliti kembali harga yang telah ditawarkan kepada mahasiswa/i UKM di Kampus Gugusan Kesihatan ini. Harga tersebut perlulah dikaji semula. Mahasiswa memerlukan penempatan yang selesa tetapi tidak membebankan. Hal ini adalah perlu bagi menjaga kebajikan, keselesaan dan kepuashatian pelanggan yang terdiri daripada mahasiswa/i UKM. Kami di barisan kepimpinan mahasiswa akan sentiasa membawa suara mahasiswa/i untuk diberi perhatian yang serius oleh pihak pentadbiran UKM. Diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian yang serius. Semoga perkara ini dapat diselesaikan tanpa membebankan mahasiswa yang semakin terhimpit.



Disediakan oleh,                                            

………………………………….                  
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008i,


Disahkan oleh,

……………………………………………………….
PROF. MADYA DR. RUZITA ABD TALIB
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment