Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label MPP FSKB. Show all posts
Showing posts with label MPP FSKB. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Manifesto Majlis Perwakilan Pelajar F 3.20 Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu



Majlis Perwakilan Pelajar F 3.20-Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Dasar perjuangan kami diasaskan atas semangat untuk membela agama, bangsa dan Negara. Dasar-dasar kami ialah :-

Memastikan suara mahasiswa/I diberi perhatian demi memperjuangkan kebajikan dan mencari penyelesaian permasalahan mahasiswa/I.

Memperkukuhkan keharmonian dan kesejahteraan mahasiswa/I melalui perpaduan dan integrasi nasional.

Memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mahasiswa/I demi menepis sebarang bentuk cabaran di era globalisasi.

Meningkatkan penghayatan budaya ilmu demi membentuk profesionalisme dan melahirkan mahasiswa/I yang berketrampilan serta berani melangkah selari dengan arus globalisasi.

Membawa citra Universiti Kebangsaan Malaysia ke persada antarabangsa.

Misi  Perjuangan

Meningkatkan taraf infrastuktur di Kampus Kuala Lumpur untuk kepentingan bersama.

Mempelbagaikan aktiviti berunsur akademik.

Menubuhkan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur untuk membincangkan isu-isu berkaitan di Kampus Kula Lumpur.

Berkerjasama dengan PMFSKB dan JAKSA dalam menangani isu-isu kebajikan yang berbangkit di kalangan mahasiswa/I Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

Memohon agar pendaftaran Tahun 1 diadakan di Kolej Tun Syed Nasir untuk menjaga kebajikan pelajar seterusnya meningkatkan imej Kampus Kuala Lumpur.

Memastikan penggunaan system merit yang lebih telus dengan memikirkan penglibatan mahasiswa/I yang berada di kolej-kolej luar.

Memastikan suara mahasiswa/I di kolej-kolej luar di beri perhatian oleh pihak pentadbiran.

Memastikan perjalanan perrkhidmatan bas yang lebih efisyen dan Memohon naik taraf kemudahan sukan dipercepatkan.

Memastikan tabung kewangan dan kebajikan pelajar dapat dimanfaatkan seoptima mungkin oleh pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

Perutusan Kedua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008


PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008


PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR.

Assalammualaikum w.b.t dan salam perpaduan.....

Selamat kembali ke kampus diucapkan kepada mahasiswal/I sekalian. Semoga kepulangan sahabat semua diiringi restu dan doa kedua ibu bapa. Diharapkan kepulangan kali ini membawa semangat kental dan azam yang tinggi bagi meneruskan perjuangan memburu kejayaan yang diimpikan.

Tidak kira anda berada di fakulti yang mana atau program yang mana, sahabat-sahabat perlu sedar bahawa kalian adalah waris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan yang bakal menentukan kemerdekaan negara pada hari ini terus kekal. Teruskan perjuangan untuk menggilap potensi diri agar dapat bersaing bukan sahaja di peringkat nasional malah di arena antarabangsa.

Selari dengan era globalisasi, perluasan penggunaan ICT perlu dipertingkat. Kemudahan wireless telah disediakan di kolej-kolej kediaman. Bukan sahaja di kolej malahan di fakulti-fakulti. Diharapkan kemudahan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sahabat-sahabat untuk memperluas ilmu pengetahuan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 bagi sahabat FSKB sekalian. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.

“Usaha Tangga Kejayaan”

Yang Benar,



Mohd Farid Bin Mohd Taufik,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perutusan Pertama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008


PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008


PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR.

Assalammualaikum w.b.t dan salam perpaduan.....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarak. Semoga segala amal ibadat kita diberkati Allah S.W.T. Insyaallah.

Sekalung tahniah  diucapkan kepada mahasiswa yang telah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka pada pilihanraya kampus yang bertujuan memilih wakil mahasiswa untuk meperjuangkan isu-isu kebajikan dan permasalahan mahasiswa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada mahasiswa yang beragama islam. Sesungguhnya hari raya adalah anugerah di atas kemenangan kita setelah berjuang menghadapi dugaan nafsu semasa menempuhi ibadah puasa. Semoga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memberi seribu makna kepada kita. Dikesempatan ini, saya bagi pihak PMUKM KL memohon ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara.

Saya menyeru kepada mahasiswa/I agar menyuarakan masalah mereka dengan menggunakan saluran yang betul demi kesejahteraan bersama. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa sedia mendengar masalah anda dan akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan masalah anda.


Yang Benar,



Mohd Farid Bin Mohd Taufik,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.