Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Mohon Papan Kenyataan Di Kampus Kuala Lumpur


                                                        
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(07)
Tarikh               :  25 Januari 2008

                                                               
Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

MEMOHON PAPAN KENYATAAN DI KAMPUS KUALA LUMPUR.

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon untuk menggunakan papan kenyataan (di laluan berhampiran UNIKEB) untuk kegunaan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia di  Kampus Kuala Lumpur.

2.Inisiatif ini diambil untuk memberi maklumat Persatuan Mahasiswa UKM. Tuan juga telah maklum, bahawa kini Kolej Tun Syed Nasir telah mempunyai enam cawangan yang semuanya terletak di Kampung Baru. Jadi agak sukar untuk bagi pihak kami untuk memaklumkan sebarang aktiviti yang akan dijalankan.

3.Memandangkan mahasiswa/i berada di luar kolej induk, jadi kami pihak PMUKM tidak mahu mahasiswa/i ketinggalan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh JAKSA KTSN dan PMUKM . Dengan itu dapat menghapuskan persepsi mereka yang mengatakan mereka diabaikan apabila ditempatkan di kolej cawangan Kampung Baru.

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan/puan/cik dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment