CADANGAN
KERTAS KERJA
PROGRAM WACANA MINDA
PEMBANGUNAN MODAL INSAN :
HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA
TEMPAT
DEWAN
SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR
TARIKH
20 OGOS
2008
ANJURAN
PORTFOLIO KEBAJIKAN PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KKL) SESI 2007/2008
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR UKM SESI 2008/2009
DENGAN KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN PENERANGAN
1.0
PENDAHULUAN
“Rakyat adalah aset negara paling berharga.
Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah
satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi
berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada
tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia
global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu
kemewahan.”
(Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentang usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006)
Pelaburan dalam
modal insan diberi penekanan lebih besar sepanjang tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta
membentuk masyarakat yang memiliki sistem nilai yang boleh diteladani.Menurut
laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat hari ini, matlamat itu
akan dicapai melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.
Dalam RMK-9, tumpuan yang lebih besar akan diberi kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh.
Bagi tujuan itu, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan di samping penekanan terhadap pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan.
Selaras dasar untuk beralih kepada aktiviti berintensifkan teknologi dan nilai ditambah yang lebih tinggi, pengambilan pekerja asing akan dilaksanakan secara bijaksana dan bilangannya dikurangkan secara beransur-ansur.
Kajian semula terhadap undang-undang buruh akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada peningkatan produktiviti dan daya saing. Tenaga buruh yang berdaya saing akan memastikan rancangan pembangunan Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan.
Mahasiswa merupakan aset, sumber
berharga negara. Merekalah yang akan mewarisi pimpinan untuk meneruskan hala
tuju warga. Rancangan yang digubal ini, Misi Nasional dan Wawasan 2020 adalah
satu persiapan untuk diwariskan kepada mereka. Apresiasi para
mahasiswa dan penghayatan mereka terhadap Misi Nasional bagi mencapai Wawasan
2020 perlu dipupuk. Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah. Mereka
harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara di peringkat perancangan,
kepimpinan dan pelaksanaan. Kepimpinan mahasiswa haruslah memenuhi cita rasa
bangsa da negara. Persatuan-persatuan mahasiswa hendaklah menjadi forum bagi para
mahasiswa menyuarakan aspirasi generasi mereka. Untuk itu kepimpinan mahasiswa
sewajarlah diperkukuh dari peringkat akar umbi dengan wacana minda serta kursus
dan latihan pembangunan jati diri. Semoga
Malaysia
terus maju jaya.
2.0 RASIONAL
Selain daripada memikul tanggung jawab menyediakan diri untuk menerajui negara pada masa akan datang, mahasiswa perlu diterapkan dengan kefahaman yang jelas mengenai dasar pembangunan modal insan menjurus kepada pembentukkan masyarakat minda kelas pertama.
3.0 TUJUAN
3.1.Merupakan salah satu usaha untuk mengubah persepsi umum melalui penerangan dan kefahaman yang jelas bahawa apa yang ingin dilaksanakan oleh dasar pembangunan modal insan.
3.2.Memahami
prinsip sebenar pembangunan modal insan yang sememangnya relevan untuk semua
golongan masyarakat dan setiap individu bagi memacu kejayaan rakyat dan negara.
4.0 ANJURAN
Anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia Sesi 2007/2008 dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Tun Syed Nasir
Sesi 2008/2009 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.
5.0 PENASIHAT
Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib,
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
6.0 TEMPAT
Dewan Serbaguna
Kolej Tun Syed Nasir
7.0 TARIKH
20 Ogos 2008
8.0 PENYERTAAN
Seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir
9.0 TENTATIF PROGRAM
RUJUK LAMPIRAN 1
10.0 STRUKTUR ORGANISASI
RUJUK LAMPIRAN 2
11.0 ANGGARAN BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN
3
12.0 PENUTUP
Oleh kerana Pembangunan Modal Insan telah menjadi satu dasar negara, maka mahu
tidak mahu kesemua pihak perlu menerimanya. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya, bukan dengan cara
mengkritik dan menghentam membuta tuli seperti yang dikatakan oleh Akram Diya
al Umari, kasih sayang adalah asas kepada masyarakat bertamadun. Semua pihak
tidak kira fahaman politik seharusnya menerimanya dengan baik kerana ia bakal
memacu negara menuju sebuah negara maju. Justeru, sekiranya dasar Pembangunan
Modal Insan ini dapat direalisasikan, mewujudkan sebuah masyarakat minda kelas
pertama tidak lagi mustahil.
Diharapkan melalui program wacana ini semua siswa/i
memahami seterusnya menghayati dan menyelami apa sebenarnya yang dimaksudkan
dengan Modal Insan itu sendiri. Sebagai mahasiswa yang bertauliah dan terpelajar
yang bakal memimpin negara suatu hari kelak, seharusnya sentiasa mengambil tahu
segala yang berlaku di persekitaran pada hari ini, semalam dan akan datang.
No comments:
Post a Comment