Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Makluman Hari PMUKM Bersama Mahasiswa


   
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(16)
Tarikh               :  14 Mac 2008
               

Exco
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia

Yang Di Pertua
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)
Kolej Tun Syed Nasir

Yang Di Pertua
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Yang Di Pertua
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Pergigian

Exco Kckl
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perubatan

Setiausaha Kerja
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia
     
Saudara,

MAKLUMAN HARI PMUKM BERSAMA MAHASISWA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk;

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Sesi 2007/2008 akan menganjurkan Hari PMUKM Bersama Mahasiswa . Ketetapan program tersebut adalah seperti berikut;

               Tarikh            : 24 Mac 2008.
               Masa               : 8.30 a.m – 1.00 p.m
               Tempat           : Foyer Dewan Kuliah 1

2. Program ini adalah sebagai salah satu cara PMUKM mencari jalan merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan pelajar di Kampus Kuala Lumpur dan Mahasiswa/i.Di sini segala informasi berkenaan kepimpinan Kampus Kuala Lumpur termasuk JAKSA dan Persatuan Mahasiswa Fakulti akan diperjelaskan. Segala permasalahan dan hal-hal berbangkit yang diajukan oleh mahasiswa/i akan diberi perhatian serius.

3. Sehubungan itu, pihak kami  amat berbesar hati sekiranya pihak saudara dapat memberikan kerjasama  bagi melaksanakan  Program ‘Hari PMUKM Bersama Mahasiswa’ ini  agar dapat melicinkan perjalanan program yang telah diaturkan.

4. Segala kerjasama, keikhlasan dan keihsanan serta jasa baik dari pihak saudara amat kami hargai dan semoga bantuan yang diberikan oleh pihak saudara akan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian, Wassalam.


Masalah Anda Masalah Kami’


Yang Menjalankan Amanah


 ..........................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k        Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment