Majlis Perwakilan Pelajar F 3.20-Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Dasar perjuangan kami diasaskan atas semangat untuk membela agama,
bangsa dan Negara. Dasar-dasar kami ialah :-
Memastikan suara mahasiswa/I
diberi perhatian demi memperjuangkan kebajikan dan mencari penyelesaian
permasalahan mahasiswa/I.
Memperkukuhkan keharmonian dan
kesejahteraan mahasiswa/I melalui perpaduan dan integrasi nasional.
Memperkukuhkan nilai-nilai
kerohanian dan meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mahasiswa/I demi
menepis sebarang bentuk cabaran di era globalisasi.
Meningkatkan penghayatan budaya
ilmu demi membentuk profesionalisme dan melahirkan mahasiswa/I yang
berketrampilan serta berani melangkah selari dengan arus globalisasi.
Membawa citra Universiti
Kebangsaan Malaysia
ke persada antarabangsa.
Misi Perjuangan
Meningkatkan taraf infrastuktur
di Kampus Kuala Lumpur untuk kepentingan bersama.
Mempelbagaikan aktiviti berunsur
akademik.
Menubuhkan Majlis Pemimpin Kampus
Kuala Lumpur untuk membincangkan isu-isu berkaitan di Kampus Kula Lumpur.
Berkerjasama dengan PMFSKB dan
JAKSA dalam menangani isu-isu kebajikan yang berbangkit di kalangan mahasiswa/I
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Memohon agar pendaftaran Tahun 1
diadakan di Kolej Tun Syed Nasir untuk menjaga kebajikan pelajar seterusnya
meningkatkan imej Kampus Kuala Lumpur.
Memastikan penggunaan system
merit yang lebih telus dengan memikirkan penglibatan mahasiswa/I yang berada di
kolej-kolej luar.
Memastikan suara mahasiswa/I di
kolej-kolej luar di beri perhatian oleh pihak pentadbiran.
Memastikan perjalanan perrkhidmatan
bas yang lebih efisyen dan Memohon naik taraf kemudahan sukan dipercepatkan.
Memastikan tabung kewangan dan
kebajikan pelajar dapat dimanfaatkan seoptima mungkin oleh pelajar yang
menghadapi masalah kewangan.
No comments:
Post a Comment