Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Cadangan Perkhidmatan Internet Di Kolej Tun Syed Nasir Cawangan


Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/int(01)
                                                                                                     
Tarikh            :  6 Disember 2007

Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,

Prof. Madya Dr. Kaswandi bin Md. Ambia
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tuan,

Cadangan perkhidmatan internet di kolej tun syed nasir

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin mengusulkan cadangan kepada Unit Perumahan Pelajar agar mempertimbangkan kewujudan perkhidmatan internet di kolej-kolej cawangan KTSN

3.Idea ini juga telah diketengahkan oleh pihak PMUKM berikutan keperluan kepada perkhidmatan internet untuk meningkatkan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan di kalangan mahasiswa. Penggunaan ICT juga merupakan antara agenda utama Kementerian Pengajian Tinggi dalam mempertingkat nilai tambah dalam diri mahasiswa demi merealisasi Rancangan Malaysia Ke-9.

4.Diharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk kemudahan dan pembangunan insan warga Kolej Tun Syed Nasir.

5.Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
53200 Jalan Temerloh,

Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment