Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Laporan Kempen Derma Buku Pusat Sumber KTSN


Laporan Kempen Derma Buku Pusat Sumber KTSN


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, sahabat-sahabat Baginda, ahli keluarga Baginda dan yang mengikuti mereka itu sehingga ke hari kiamat. Kesyukuran dipanjatkan setinggi-tinggi buat-NYA kerana memberi kita nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

Seperti yang kita sedia maklum, membaca adalah amalan yang sangat diperlukan bagi setiap insan terutama sekali pelajar termasuklah pelajar di universiti. Membaca dapat membantu kita menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan untuk memupuk sikap membaca, masalah membaca tetap tidak dapat diselesaikan atas sebab tiada kesedaran kendiri dalam diri masing-masing. Salah satu sebab pelajar universiti terutamanya tidak berminat untuk pergi ke perpustakaan Kolej Tun Syed Nasir 1 adalah kerana kurang sumber rujukan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, Setiausahakerja Akademik Persatuan Mahasiswa Univesiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (PMUKM KKL) telah menganjurkan satu program Program Derma Buku Perpustakaan Kolej Tun Syed Nasir. Program ini bertujuan bagi menambah koleksi buku di perpustakaan kolej. Program ini telah dijalankan di Fakulti Kampus Kuala Lumpur melibatkan pensyarah-pensyarah dan staf-staf UKM di 3 fakulti. Program ini telah mula dijalankan dari 25 Febuari hingga 23 Mac 2008. Organisasi kempen ini telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan kempen ini dan akhirnya kami berjaya mendapat sumbangan sebanyak 60 buah buku daripada pensyarah-pensyarah dan warga UKM yang lain. Oleh itu, dikesempatan ini, kami organisasi kempen ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah yang telah memberi sumbangan.

            Diharapkan dengan usaha yang telah dijalankan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan kepelbagaian koleksi buku di Pusat Sumber Kolej Tun Syed Nasir bagi memudahkan pelajar membuat rujukan yang berkesan.


            Sekali lagi, kami dari barisan organisasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjalankan kempen ini.

No comments:

Post a Comment