Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Cadangan Pembesaran Surau D KTSN 1

                                                            

Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/gim(01)
                                                                                                     
Tarikh            :  6 Disember 2007


Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.


Melalui,


Prof. Madya Dr. Kaswandi bin Md. Ambia
Pengetua
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof Dato',

Cadangan Pembesaran Surau D KTSN 1 dan Pemasangan Alat Penghawa Dingin(Air-cond) di Surau

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengusulkan cadangan kepada Unit Perumahan Pelajar dan  pengurusan Kolej Tun Syed Nasir agar melakukan pembesaran surau D di KTSN 1 dan pemasangan alat penghawa dingin di surau berkenaan.

3.Idea ini juga telah diketengahkan oleh pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) memandangkan keadaan surau D sekarang tidak dapat menampung dan tidak dapat memberi keselesaan kepada warga kolej terutamanya apabila diadakan program atau ceramah, contohnya jika diadakan solat tarawikh berjemaah pada bulan Ramadhan.

4.Diharap pihak universiti dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk keselesaan warga kolej beribadat di surau dan meningkatkan imej UKM terutamanya apabila ada tetamu luar hadir.           

5.Kerjasama dan sokongan daripada pihak prof dato' amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,

Sesi 2007/2008

No comments:

Post a Comment