Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Penyelenggeraan Segera Dewan Kuliah Dan Surau Kampus Kuala Lumpur

  
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(08)
Tarikh               :  25 Januari 2008
                                                               
Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

PENYELENGGARAAN DEWAN KULIAH DAN SURAU.

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon perhatian pihak tuan/puan/cik mengenai keadaan dewan-dewan kuliah 1-4 yang kelihatan uzur dan kurang penyelenggaraan. Kerusi ada yang telah patah dan tidak boleh digunakan beberapa siling ada yang telah terjatuh. Ada satu aduan dari pelajar Fakulti Pergigian mengatakan bahawa siling jatuh hampir mengenai pensyarah dan kejadian ini berlaku di DK4.

2.     Surau perempuan di blok TIBE dikatakan dalam keaadaan uzur. Keadaan ini dimaklumkan kepada pihak PMUKM untuk diajukan kepada pihak pengurusan. Siling dikatakan hampir jatuh dan ini boleh mengancam keselamatan mahasiswi. Keadaan karpet uzur dan sistem penghawa dingin tidak berfungsi. Ini menyebabkan ketidak selesaan kepada mahasiswi muslim

3.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment