Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Makluman Hari PMUKM Bersama Mahasiswa Jabatan Pengurusan Pembangunan


Rujukan Tuan   :  
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(17)
Tarikh               :  14 Mac 2008
               

Jabatan Pengurusan Pembangunan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
             
Tuan,

MAKLUMAN HARI PMUKM BERSAMA MAHASISWA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk;

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Sesi 2007/2008 akan menganjurkan Hari PMUKM Bersama Mahasiswa . Ketetapan program tersebut adalah seperti berikut;

               Tarikh            : 24 Mac 2008.
               Masa               : 8.30 a.m – 1.00 p.m
               Tempat           : Foyer Dewan Kuliah 1

2. Program ini adalah sebagai salah satu cara PMUKM mencari jalan merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan pelajar di Kampus Kuala Lumpur dan Mahasiswa/i.Di sini segala informasi berkenaan kepimpinan Kampus Kuala Lumpur termasuk JAKSA dan Persatuan Mahasiswa Fakulti akan diperjelaskan. Segala permasalahan dan hal-hal berbangkit yang diajukan oleh mahasiswa/i akan diberi perhatian serius.

3. Sehubungan itu, pihak kami  memohon untuk meminjam 7 papan kenyataan dan 14 tiang bagi melicinkan program yang dirancang.

4. Segala kerjasama, keikhlasan dan keihsanan serta jasa baik dari pihak tuan amat kami hargai dan semoga bantuan yang diberikan oleh pihak tuan akan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian, Wassalam.


Masalah Anda Masalah Kami’


Yang Menjalankan Amanah


 ..........................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

s/k        Fail PMUKM KL

            Penolong Pendaftar Kampus Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment