Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur Sesi 2007/2008




KERTAS KERJA CADANGAN




MAJLIS PEMIMPIN MAHASISWA
KAMPUS KUALA LUMPUR




SESI 2007/2008







DISEDIAKAN OLEH :

PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 


KERTAS KERJA
MAJLIS PEMIMPIN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR
 
1.0 PENDAHULUAN

Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur menawarkan tiga fakulti iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Mahasiswa/i daripada ketiga-tiga fakulti ini ditempatkan di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), dan peluang ini diambil oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur  (PMUKM KL) untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan yang dinamakan Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Anggota Majlis Pemimpin Mahasiswa ini terdiri daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM di kampus KL , Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti (Perubatan,Pergigian,Sains Kesihatan Bersekutu), Yang Di Pertua JAKSA KTSN dan beberapa orang Setiausaha Kerja.

Penubuhan Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur selari dengan seruan Naib Canselor yang mencadangkan penubuhan Persatuan Mahasiswa Gugusan Kesihatan yang merangkumi PMUKM KL, Persatuan Mahasiswa Fakulti (Perubatan,Pergigian,Sains Kesihatan Bersekutu), JAKSA Kolej Tun Syed Nasir, dan JAKSA Kolej Tun Dr. Ismail.

2.0 TUJUAN / MATLAMAT
 
Diharapkan dengan penubuhan Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, isu-isu kebajikan dan perkhidmatan dapat ditangani dengan lebih berkesan dan juga dapat menjana modal insan yang kompetetif dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bersifat global.

3.0 OBJEKTIF

  1. Memastikan suara mahasiswa/i diberi perhatian demi memperjuangkan kebajikan dan mencari penyelesaian permasalahan mahasiswa/i. 
  2. Memperkukuhkan keharmonian dan kesejahteraan mahasiswa/i melalui perpaduan dan integrasi nasional.
  3. Memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian dan meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mahasiswa/i demi menepis sebarang bentuk cabaran di era globalisasi.
  4. Meningkatkan penghayatan budaya ilmu demi membentuk profesionalisme dan melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan serta berani melangkah selari dengan arus globalisasi.
  5. Membawa citra Universiti Kebangsaan Malaysia Ke Persada Antarabangsa.
4.0 KEAHLIAN

Pemimpin-pemimpin mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur

5.0 LEMBAGA PENASIHAT
Rujuk Lampiran A

6.0 STRUKTUR ORGANISASI ASAS
Rujuk Lampiran B

7.0 ORGANISASI MAJLIS PEMIMPIN MAHASISWA
Rujuk Lampiran C

8.0 TERMA RUJUKAN
Rujuk Lampiran D

9.0 PENUTUP
           

Pihak kami amat berharap agar Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dapat ditubuhkan bagi mencapai matlamat dan tujuan penubuhan tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya penubuhan Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur ini mendapat kelulusan daripada pihak Dato’ dan kami berikrar akan sedaya-upaya kami untuk mencapai matlamat dan tujuam penubuhan Majlis Pemimpin Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment