Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Perutusan Timbalan Pengerusi Kebajikan & Perkhidmatan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007/2008


PERUTUSAN EXCO KEBAJIKAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

                Terlebih dahulu syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berpeluang mengucapkan sepatah dua kata dalam perutusan ini.

Adalah difahamkan bahawa isu biasiswa JPA sedang hangat diperkatakan berikutan masalah yang dialami oleh mahasiswa seperti isu kelewatan penerimaan . Ekoran itu, diharapkan mahasiswa sentiasa peka dengan maklumat terkini baik daripada pihak UKM mahupun pihak penaja. Pada masa yang sama, saya menyeru mahasiswa sekalian agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan menguruskan wang tersebut sebaik mungkin. Pergunakanlah wang yang diperoleh dengan sebaiknya.

Pihak  PMUKM  telah mengenal pasti beberapa isu yang bakal dibawa kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur dan pihak pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya, isu naik taraf gimnasium KTSN 1, kemudahan internet di KTSN Luar, naik taraf dan pembesaran Surau D KTSN 1, isu-isu kebajikan, keselamatan, penyelenggaraan, dan kebersihan kolej-kolej luar, penyelenggaraan bilik-bilik kuliah di kampus, penyelenggaraan surau-surau di kampus, isu pengangkutan untuk kolej-kolej luar, dan ingin mencadangkan kewujudan unit Hal Ehwal Pelajar bagi memudahkan urusan berpersatuan.

Saya menyeru kepada mahasiswa/I agar menyuarakan masalah mereka dengan menggunakan saluran yang betul demi kesejahteraan bersama. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa sedia mendengar masalah anda dan akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan masalah anda. Aduan boleh dibuat terus pada buku aduan di pejabat PMUKM KL.

Kita sedia maklum bahawa musim perayaan menjelang tiba. Justeru, adalah diharapkan agar kita bersama-sama menghayati erti keindahan perpaduan kaum yang telah dibina sekian lama. Di harapkan kita sebagai mahasiswa/i UKM dapat menjadi peneraju utama dalam memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Ingatlah bahawa mahasiswa seharusnya menjadi agen pengubah masyarakat. Budaya perkauman seharusnya dihindarkan daripada pemikiran kerana ini bakal mengundang ketidak stabilan dalam masyarakat kita. Peliharalah kesejahteraan dan kemakmuran negara demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi yang akan bercuti tidak lama lagi, penuhinya dengan melakukan kegiatan berfaedah dan jangan abaikan persiapan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang. Akhir kata, di kesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua mahasiswa UKM KKL. Wassalam.

“Aspirasi Universiti Tunjang Perjuangan Mahasiswa”

MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Pengerusi PMUKM KL merangkap Timbalan Pengerusi Kebajikan & Perkhidmatan
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)

Sesi 2007/2008

No comments:

Post a Comment