Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label JAKSA KTSN. Show all posts
Showing posts with label JAKSA KTSN. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Kertas Kerja Program Bakti Siswa Daya Wawasan 2008 (Dilaksanakan)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA
BAKTI SISWA DAYA WAWASAN 2008
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA
MAHASISWA PENGGERAK MASYARAKAT GEMILANG

TARIKH
13 – 19 MEI 2008

TEMPAT
KUALA LIPIS DAN KUANTAN, PAHANG

ANJURAN
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I (JAKSA)
KOLEJ TUN SYED NASIR

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)




KERTAS KERJA
PROGRAM BAKTI SISWA DAYA WAWASAN


1.0.  PENDAHULUAN

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) merupakan sebuah badan pelajar yang menguruskan kegiatan dan kebajikan pelajar-pelajar KTSN yang terdiri daripada mahasiswa/i Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Sehubungan dengan itu, JAKSA KTSN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan program Bakti Siswa Daya Wawasan sebagai program tahunan.

Bakti Siswa Daya Wawasan merupakan sebuah program kemasyarakatan yang melibatkan mahasiswa/i dan masyarakat. Program ini dianjurkan oleh JAKSA KTSN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Program ini disertai oleh mahasiswa/i gabungan dari ketiga-tiga Fakulti iaitu  Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional kea rah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Program ini juga bertepatan dengan teras keempat “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020” bermatlamat untuk meningkatkan kualiti Institut Pengajian Tinggi (IPT) supaya setanding dengan universiti terbaik dunia. Di bawah teras ini, langkah-langkah untuk merpekasakan kepimpinan IPT dipergiat. Pembangunan sumber manusia perlu dipertingkat bagi memperkasakan IPT.

Selaras dengan falsafah, wawasan dan matlamat UKM untuk mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat serta melahirkan mahasiswa/i yang berupaya menggabungkan teori dan amal, JAKSA KTSN merancang untuk menganjurkan program Bakti Siswa Daya Wawasan yang merupakan landasan bagi mahasiswa/i untuk berkhidmat kepada masyarakat di samping membina ketrampilan mahasiswa/i yang bakal berkhidmat dalam bidang-bidang kesihatan.

Sesuai dengan konsep mendekati masyarakat, program ini turut membawa informasi kesihatan demi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

2.0.  TUJUAN

Tujuan utama program ini dijalankan ialah untuk memupuk, menyemai dan menyuburkan nilai-nilai kecemerlangan dalam pemikiran mahasiswa/i demi melahirkan golongan intelek yang sihat, cemerlang, berkemahiran, berpengalaman, berdedikasi, berketrampilan serta berani menongkah arus perdana. Ini selari dengan Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia supaya dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap masyarakat luar dengan membantu mereka dan meningkatkan kesedaran tentang aspek penjagaan kesihatan sekaligus mewujudkan masyarakat yang cergas dan sihat seperti iyang dihasratkan oleh kerajaan.


3.0.  OBJEKTIF

Meningkatkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat yang merupakan tunjang utama dalam meningkatkan taraf hidup selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berwawasan dan berminda kelas pertama.

Meingkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta isu-isu berkaitan penjagaan kesihatan semasa.

Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman dan jati diri mahasiswa/i seterusnya melahirkan graduan yang dikehendaki oleh pasaran kerja masa kini.

Meningkatkan tahap profesionalisme mahasiswa/i dalam pengendalian perkhidmatan kesihatan selari dengan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari.

Memberi khidmat sosial kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sifat kemasyarakatan dan mewujudkan hubungan interaksi sosial yang erat antara mahasiswa/i dengan masyarakat.

Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang program-program yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya menjadikan UKM sebagai universiti pilihan utama di kalangan para pelajar.

Menjadi salah satu saluran untuk menyampaikan dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang agenda-agenda kerajaan agar sampai ke peringkat akar umbi sebagai sokongan kepada medium yang sedia ada.

4.0.  MATLAMAT

Menjadi satu wadah pembelajaran tidak formal mahasiswa/i dengan pengaplikasian kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di samping mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat luar Ini seterusnya meningkatkan imej universiti sebagai pusat pengembangan ilmu terulung Negara.

5.0.  PROGRAM

Bakti Siswa Daya Wawasan  2008

6.0.  ANJURAN

6.1.  Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.
6.2.  Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun Syed Nasir sesi 2007/2008, UKM.
6.3.  Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2007/2008.
7.0.  TEMA

“Mahasiswa Penggerak Masyarakat Gemilang”

8.0.  TARIKH

13 – 19 Mei 2008

9.0.  TEMPAT

Program kemasyarakatan ini akan diadakan di dua buah kampong iaitu di :

9.1.  Kuala Lipis, Pahang.
9.2.  Kuantan, Pahang.

10.0.        SASARAN

10.1.        80 orang mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
10.2.        Pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.3.        Penduduk setempat.

11.0.        ORGANISASI PELAKSANA

Rujuk lampiran A

12.0.        TENTATIF

Rujuk lampiran B

13.0.        PENGISIAN PROGRAM

Secara amnya, program ini menjadikan isu kesihatan sebagai terasnya yang utama dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan masyarakat di samping melatih sifat profesionalisme di kalangan mahasiswa/i menerusi aplikasi pengendalian klinikal. Program-program berunsurkan kemasyarakatan dan kebudayaan turut diadakan bagi membentuk interaksi antara mahasiswa/i dengan masyarakat setempat.

13.1.        PROGRAM ANAK ANGKAT DAN PENGHAYATAN BUDAYA
Program ini dijalankan adalah untuk membentuk satu jalinan mesra selain mengeratkan silaturrahim dan mengenali dengan lebih dekat lagi budaya hidup masyarakat setempat. Mahasiswa/i akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing sepanjang program Bakti Siswa Daya Wawasan ini berlangsung. Di samping itu, mahasiswa/i akan berpeluang untuk menyelami kehidupan seharian dan budaya masyarakat setempat melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti penduduk kampong seperti menorah getah, berkebun dan lain-lain.

13.2.        PROGRAM KLINIKAL, CERAMAH DAN PAMERAN
Program ini bermatlamat memberi maklumat kepada penduduk kampung mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan cara-cara untuk menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian di samping memberi khidmat kepada masyarakat. Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i  untuk lebih berdikari serta menambah keyakinan apabila menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan kelak. Selain itu, terdapat juga pameran daripada agensi kerajaan dan swasta untuk memberi informasi terkini tentang agensi berkenaan. Penduduk kampong juga akan diberi penerangan tentang beberapa penyakit yang sering dialami oleh masyarakat kampung dan cara-cara merawat dan mengatasinya.

13.3.        SANTAPAN ROHANI
Program ini bertujuan memberi sedikit input mengenai dunia Islam pada zaman ini di samping mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab masing-masing dalam memakmurkan Negara dan membantu umat-umat Islam di seluruh dunia.

13.4.        MOTIVASI DAN PEMBUDAYAAN ILMU
Program ini bertujuan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar sekolah terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Aktiviti berkumpulan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi dengan mahasiswa/i serta bertukar-tukar pendapat. Dalam program ini juga setiap mahasiswa/i akan diberikan adik angkat untuk memberikan kesan yang lebih efektif untuk jangka masa panjang. Selain itu, mereka akan didedahkan tentang prospek pekerjaan mereka pada masa akan datang. Masyarakat kampong juga akan dididik tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dengan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

13.5.        MASYARAKAT CERGAS DAN SIHAT
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i dengan masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan mewujudkan semangat kerjasama serta meningkatkan kecergasan fizikal. Ia juga menggalakkan agar kita sentiasa bersenam atau bersukan untuk jaminan hidup yang sihat. Program ini juga melibatkan perlawanan persahabatan antara mahasiswa/i UKM KL dengan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :
·         Senamrobik
·         Futsal/bola tampar
·         Tarik tali
·         Sepak takraw
·         Sukan rakyat

13.6.        PERANCANGAN EKONOMI DESA
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat kampung dalam memajukan ekonomi mereka. Mahasiswa/i akan meninjau kawasan kampung dan memberi cadangan tentang projek-projek ekonomi yang boleh dimajukan di kampung mereka dan penambah baikkan kepada projek-projek yang sedia ada seterusnya menjana ekonomi mereka.

13.7.        PROFIL KAMPUNG
Program ini bertujuan menyediakan dan mengemaskini profil kampung. Program ini juga akan mereka bentuk logo, misi dan visi kampung. Mahasiswa/i juga akan mengutarakan cadangan untuk memperindahkan kampung. Mahasiswa/i juga akan mengumpul data-data yang diperlukan daripada penduduk kampung dalam penyediaan profil kampung.

13.8.        KUNJUNGAN KE RUMAH PENDUDUK MISKIN
Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pihak UKM KL dan masyarakat kampung. Ia juga diharapkan dapat meringankan beban mereka melalui sumbangan yang diberikan. Pemeriksaan klinikal juga akan diberikan kepada penduduk miskin. Dalam perjalanan ke rumah penduduk miskin, mahasiswa/i UKM KL juga berpeluang untuk melihat pemandangan sekitar kampung di samping mempelajari serba sedikit tentang kehidupan masyarakat kampung.

13.9.        KEMPEN ALAM CERIA
Melakukan kerja sosial seperti membersihkan kawasan sekolah, surau, dan kawasan sekitar kampung. Ia bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa/i melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan membantu masyarakat kampung memperindahkan kawasan kampung selari tuntutan agama yang mementingkan kebersihan dan keceriaan. Program ini akan dijalankan secara gotong-royong dengan penglibatan mahasiswa/i dan penduduk kampung dalam suasana muhibbah.

13.10.    MASYARAKAT CEMERLANG
Program ini bertujuan mengasah bakat masyarakat setempat dalam pelbagai  bidang. Program ini diharap dapat menjadi aktiviti tahunan dan sebagai landasan untuk masyarakat setempat melahirkan lebih ramai generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

13.11.    KENDURI KAMPUNG
Program ini menggalakkan mahasiswa/i serta masyarakat kampung bekerjasama dalam menyediakan makanan kepada penduduk kampung serta mahasiswa/i. Ia juga dapat mendedahkan kepada mahasiswa/i mengenai cara-cara penduduk kampung bergotong-royong melakukan pelbagai kerja jika terdapat kenduri.

13.12.    SIRIH PULANG KE GAGANG
Membina satu memorial sebagai tanda kenangan bahawa mahasiswa/i pernah hadir dan menaburkan bakti di kampung tersebut.

13.13.    MALAM GEMA BUDAYA
Program ini diadakan sebagai malam penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Bakti Siswa Daya Wawasan. Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta dan masyarakat setempat. Program ini juga sebagai penghargaan kepada masyarakat setempat di atas kesudian mereka menjalankan program Bakti Siswa Daya Wawasan.

14.0.        ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

15.0.        ALAMAT URUSETIA

Sebarang maklumat lanjut, dan urusan surat menyurat sila hubungi :

            Urusetia Program Bakti Siswa Daya Wawasan,
            Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA)
 Kolej Tun Syed Nasir,
 Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Jalan Temerloh,
            53200 Kuala Lumpur.

                        U/P      : MUHD HANIS BINTI MD IDRIS
                        Tel       : 013-9498971
                        Faks     : 03-26911077
                        Emel    : a_nees87@yahoo.com
                        U/P      : MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
                        Tel       : 017-9058786

16.0.        PENUTUP

Diharap program Bakti Siswa Daya Wawasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama dari segi pembangunan sosial dan kesihatan. Program ini juga diharap dapat membantu mahasiswa/i UKM KL mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Justeru, penglibatan, bantuan serta keprihatinan semua pihak terutama dari pihak KEMAS, Kerajaan Negeri, warga UKM KL dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung amat-amat diharapkan dalam usaha untuk menjayakan program ini. Segala sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga segala yang dirancang mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Yang Esa.

Disediakan oleh :




MUHD HANIS BIN MD IDRIS
Pengarah II,
Bakti Siswa Daya Wawasan 2008,
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.



Disemak oleh :




MOHAMAD FIRDAUS BIN ROSLI
Yang Dipertua JAKSA,
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.




MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.




Disokong oleh :




MOHD ZAID BIN MOHD IDRUS
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.



Disahkan oleh :




CIK NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD
Felo Pemantau,
Biro Pembangunan Sumber Manusia JAKSA,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


                                                                       
Diluluskan oleh :




PROF MADYA DR KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Program Wacana Minda Pembangunan Modal Insan (Tidak Dilaksanakan)




CADANGAN KERTAS KERJA


PROGRAM WACANA MINDA
PEMBANGUNAN MODAL INSAN :
HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA

TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR

TARIKH
20 OGOS 2008

ANJURAN
PORTFOLIO KEBAJIKAN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KKL) SESI 2007/2008

JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ TUN SYED NASIR UKM SESI 2008/2009



DENGAN KERJASAMA
JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN PENERANGAN



1.0   PENDAHULUAN


 “Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.”

” Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama yang berfikiran global dan sentiasa berdaya saing.”

(Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentang usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 di Dewan Rakyat  pada 31 Mac 2006)

Pelaburan dalam modal insan diberi penekanan lebih besar sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta membentuk masyarakat yang memiliki sistem nilai yang boleh diteladani.Menurut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat hari ini, matlamat itu akan dicapai melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Dalam RMK-9, tumpuan yang lebih besar akan diberi kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh.

Bagi tujuan itu, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan di samping penekanan terhadap pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan.

Selaras dasar untuk beralih kepada aktiviti berintensifkan teknologi dan nilai ditambah yang lebih tinggi, pengambilan pekerja asing akan dilaksanakan secara bijaksana dan bilangannya dikurangkan secara beransur-ansur.

Kajian semula terhadap undang-undang buruh akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada peningkatan produktiviti dan daya saing. Tenaga buruh yang berdaya saing akan memastikan rancangan pembangunan Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan.

Mahasiswa merupakan aset, sumber berharga negara. Merekalah yang akan mewarisi pimpinan untuk meneruskan hala tuju warga. Rancangan yang digubal ini, Misi Nasional dan Wawasan 2020 adalah satu persiapan untuk diwariskan kepada mereka. Apresiasi para mahasiswa dan penghayatan mereka terhadap Misi Nasional bagi mencapai Wawasan 2020 perlu dipupuk. Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah. Mereka harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara di peringkat perancangan, kepimpinan dan pelaksanaan. Kepimpinan mahasiswa haruslah memenuhi cita rasa bangsa da negara. Persatuan-persatuan mahasiswa hendaklah menjadi forum bagi para mahasiswa menyuarakan aspirasi generasi mereka. Untuk itu kepimpinan mahasiswa sewajarlah diperkukuh dari peringkat akar umbi dengan wacana minda serta kursus dan latihan pembangunan jati diri. Semoga Malaysia terus maju jaya.

2.0   RASIONAL

Selain daripada memikul tanggung jawab menyediakan diri untuk menerajui negara pada masa akan datang, mahasiswa perlu diterapkan dengan kefahaman yang jelas mengenai dasar pembangunan modal insan menjurus kepada pembentukkan masyarakat minda kelas pertama.

3.0  TUJUAN

3.1.Merupakan salah satu usaha untuk mengubah persepsi umum melalui penerangan dan kefahaman yang jelas bahawa apa yang ingin dilaksanakan oleh dasar pembangunan modal insan.
3.2.Memahami prinsip sebenar pembangunan modal insan yang sememangnya relevan untuk semua golongan masyarakat dan setiap individu bagi memacu kejayaan rakyat dan negara.

4.0   ANJURAN

Anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2007/2008 dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Tun Syed Nasir Sesi 2008/2009 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan.

5.0   PENASIHAT

Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib,
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

6.0    TEMPAT

Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir

7.0    TARIKH

20 Ogos 2008

8.0    PENYERTAAN

Seluruh warga Kolej Tun Syed Nasir

9.0 TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN 1
                       
10.0      STRUKTUR ORGANISASI

RUJUK LAMPIRAN 2

11.0      ANGGARAN BELANJAWAN

     RUJUK LAMPIRAN 3

12.0      PENUTUP

Oleh kerana Pembangunan Modal Insan  telah menjadi satu dasar negara, maka mahu tidak mahu kesemua pihak perlu menerimanya. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya, bukan dengan cara mengkritik dan menghentam membuta tuli seperti yang dikatakan oleh Akram Diya al Umari, kasih sayang adalah asas kepada masyarakat bertamadun. Semua pihak tidak kira fahaman politik seharusnya menerimanya dengan baik kerana ia bakal memacu negara menuju sebuah negara maju. Justeru, sekiranya dasar Pembangunan Modal Insan ini dapat direalisasikan, mewujudkan sebuah masyarakat minda kelas pertama tidak lagi mustahil.

Diharapkan melalui program wacana ini semua siswa/i memahami seterusnya menghayati dan menyelami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Modal Insan itu sendiri. Sebagai mahasiswa yang bertauliah dan terpelajar yang bakal memimpin negara suatu hari kelak, seharusnya sentiasa mengambil tahu segala yang berlaku di persekitaran pada hari ini, semalam dan akan datang.