Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Cadangan Penubuhan Persatuan Mahasiswa Gugusan Kesihatan


  
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(18)
Tarikh               :  24 Mac 2008
               

Exco
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia

Yang Di Pertua
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)
Kolej Tun Syed Nasir

Yang Di Pertua
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Yang Di Pertua
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Pergigian

Exco Kckl
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perubatan
     
Saudara,

MAKLUM BALAS PERSATUAN MAHASISWA GUGUSAN KESIHATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk;

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Sesi 2007/2008 ingin mendapatkan maklum balas mengenai isu penubuhan Persatuan Mahasiswa Gugusan Kesihatan (PMGK).

2.Saudara diminta menyerahkan ringkasan maklum balas daripada persatuan saudara. Ringkasan itu akan diserahkan kepada pihak pentadbiran yang menguruskan bahagian kemahasiswaan di UKM Kampus Kuala Lumpur.

3.Inisiatif ini diambil bagi mengenalpasti di manakah kekeliruan yang boleh dibawa dalam mesyuarat aktiviti kemahasiswaan Kampus Gugusan Kesihatan.

4.Segala kerjasama, keikhlasan dan keihsanan serta jasa baik dari pihak saudara amat kami hargai dan semoga bantuan yang diberikan oleh pihak saudara akan diberkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, Wassalam.


Masalah Anda Masalah Kami’


Yang Menjalankan Amanah


 ..........................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k        Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment