Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Mohon Pengurangan Yuran Penginapan Bagi Cadangan Penempatan Mahasiswa Di Plaza Rah-Naib Canselor


Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/(26)
                                                                                                     
Tarikh            :  31 Mac 2008


YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin,
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,

Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yg. Bhg. Dato’,


PENEMPATAN MAHASISWA/I kOLEJ TUN sYED NASIR DI PLAZA RAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin memohon pertimbangan Yg. Bhg. Dato’ mengenai harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Barisan kepimpinan PMUKM yang mewakili UKM Kampus Kuala Lumpur merasakan mahasiswa tidak mampu untuk menduduki bangunan yang ditawarkan dengan harga tersebut.

3.Seperti Yg. Bhg. Dato’ sedia maklum, harga yang ditawarkan ialah RM 9.00/ hari yang luar daripada kemampuan mahasiswa/i. Di sini pihak PMUKM mewakili mahsiswa/i UKM Kampus Kuala Lumpur ingin memohon agar pihak universiti dapat mengurangkan separuh daripada harga yang ditawarkan agar mahasiswa tidak dibebani dengan yuran yang tinggi.

4.Diharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan permohonan  ini supaya kebajikan dan keselesaan  mahasiswa diutamakan. Di sini saya sertakan ’Laporan Ringkas Tinjauan dan Pendapat Mahasiswa/i Kampus Gugusan Kesihatan Mengenai Penempatan di Plaza Rah’.

5.Kerjasama dan pertimbangan daripada Yg. Bhg. Dato’ amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694)
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi 2007/2008

s.k     -Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

         -Pengurus Kolej Tun Syed Nasir

No comments:

Post a Comment