En. Muhamad
Mustafa Mokhtar,
Timbalan
Pendaftar,
Jabatan
Hal Ehwal Pelajar,
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Melalui,
Mohd
Zaid Bin Mohd Idrus,
Presiden,
Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi
2007/2008.
Tuan,
PERMOHONAN KELENGKAPAN
KOMPUTER DAN ICT
Merujuk
perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon
perhatian pihak tuan mengenai peralatan multimedia dan internet di bilik
PMUKM KL yang diakui oleh pimpinan PMUKM
sesi lepas sangat uzur. Pihak PMUKM merasakan perlu pentingnya peralatan ICT
seperti komputer dan internet untuk melancarkan perjalanan dan pengurusan bilik
PMUKM di UKM Kampus Kuala Lumpur ini. Ini jelas bertepatan dengan Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara.
2. Bilik
PMUKM terletak berhadapan dengan kafetaria Kampus KL yang dirasakan strategik
untuk kemudahan mahasiswa/I untuk membuat sebarang aduan tentang segala
permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan adanya peralatan ICT seperti
komputer dan internet bakal melicinkan lagi perjalanan pengurusan bilik PMUKM
KL dalam menyelesaikan permasalahan mahasiswa/I. Secara tidak langsung
mewujudkan satu bentuk perkhidmatan yang menyerupai ‘One Stop Centre’ seperti
di UKM Kampus Induk di Bangi.
3. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar
pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan untuk meluluskan
satu unit komputer serta alat percetakan untuk kegunaan PMUKM KL,
dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,
Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
................................................................
MOHD
FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
s/k Fail PMUKM KL
No comments:
Post a Comment