Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Saturday, September 24, 2016

Kertas Kerja Program Selangkah Ke Menara Gading (Dilaksanakan)

KERTAS KERJA
 SELANGKAH KE MENARA GADING

TEMA
“SELANGKAH MEMBINA GENERASI CEMERLANG GEMILANG TERBILANG”

TARIKH
5-6 APRIL 2008

TEMPAT
KOLEJ TUN SYED NASIR 1
DAN
UKM KAMPUS KL

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA UKM
JAKSA KTSN
UNIT KAUNSELING SEK.  MEN. DATO’ KLANA PUTRA

1.0.  PENDAHULUAN

Universiti adalah gedung ilmu yang menjadi idaman bagi setiap individu yang mementingkan ilmu dalam aspek kehidupan mereka. Budaya mementingkan ilmu amat penting disebabkan ilmu adalah teras kepada kehidupan. Namun kini, kesedaran tersebut telah semakin luput terutama di kalangan remaja. Justeru itu, generasi kini perlu disedarkan kembali betapa peri pentingnya ilmu pengetahuan.

Atas dasar kesedaran inilah, Persatuan Mahasiswa UKM dengan kerjasama badan JAKSA Kolej Tun Syed Nasir dan Unit Kaunseling Sekolah Menengah Dato’ Kelana Putra telah mengambil inisiatif untuk bersama–sama menjayakan program Selangkah Ke Menara Gading dalam usaha mendedahkan para pelajar kepada suasana sebenar alam universiti khususnya Kampus UKM cawangan Kuala Lumpur. Program ini merupakan refleksi daripada kejayaan persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu yang telah mengadakan aktiviti bersama-sama pelajar Sek .Men. Dato’ Klana Putra pada program OPKIM XII yang lalu. Atas kejayaan tersebut pihak sekolah terbabit berminat untuk mendedahkan kepada para pelajar suasana kehidupan di universiti seterusnya memberi semangat kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menghadapi PMR dan SPM beberapa bulan akan datang. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan menjadi satu bentuk pendekatan baru dalam proses pemantapan jati diri para pelajar.

2.0.  RASIONAL

Program Selangkah ke Menara Gading ini adalah program yang julung-julung kalinya akan diadakan di kampus UKM cawangan Kuala Lumpur.

Program ini pada dasarnya dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran sebenar universiti melalui lawatan ke fakulti-fakulti yang terdapat di kampus UKM cawangan Kuala Lumpur.

3.0.  TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dihantar adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak atasan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengadakan program Selangkah ke Menara Gading ini serta mendapatkan sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan kementerian-kementerian yang berkaitan bagi menjayakan program ini. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk memudahkan urusan bagi mendapatkan sumbangan bagi menjayakan program ini.

4.0.OBJEKTIF

Memperkenalkan UKM kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terutamanya yang berada di kawasan luar bandar.

Memberikan satu bentuk pendekatan baru dalam proses pemantapan jati diri pelajar.

Memperkukuh semangat untuk berjaya dan seterusnya melangkah ke dunia pengajian tinggii.

Memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan di universiti.

Memperkenalkan bidang-bidang yang ditawarkan di UKM KL kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

5.0.NAMA PROGRAM

Selangkah ke Menara Gading

6.0.TEMA

“Selangkah Membina Generasi Cemerlang Gemilang Terbilang”

7.0.TARIKH

Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 April 2008

8.0.TEMPAT

Program ini akan diadakan di Kolej Tun Syed Nasir 1 dan kampus UKM cawangan Kuala Lumpur.

9.0.ANJURAN

9.1.            Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
9.2.             JAKSA KSTN.
9.3.            Unit Kaunseling Sek. Men. Dato’ Klana Putra.

10.0.SASARAN

Program ini melibatkan 40 orang pelajar Sekolah Menengah Dato, Klana Putra yang bakal menduduki PMR dan SPM sebagai peserta dan 40 orang mahasiswa/i UKM KKL sebagai fasilitator.


11.0. PENGISIAN

Merujuk kepada lampiran B, pada permulaan, para peserta bakal diberi seorang abang atau kakak angkat bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman sebagai seorang pelajar dan mahasiswa/i. Para peserta seterusnya diperkenalkan dengan program- program yang ditawarkan di universiti ini oleh para mahasiswa/i yang terlibat. Para peserta turut akan didedahkan dengan sebuah forum bertajuk “Ke mana saya selepas ini”. Kemudian, mereka akan dibawa melawat ke kampus UKM cawangan Kuala Lumpur sekaligus dapat merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i.

12.0. ORGANISASI PELAKSANA

Rujuk Lampiran A.


13.0.TENTATIF

Rujuk Lampiran B.


14.0.ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

15.0.ALAMAT SURAT MENYURAT

Sebarang maklumat lanjut, dan urusan surat-menyurat sila hubungi :

       Mohd Helmi Bin Yazid
       Pengarah,
       Program Selangkah Ke Menara Gading,
       Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
           
Tel       : 013-6531614
  
16.0.PENUTUP

Selaku perancang dan pelaksana bagi program ini, kami amat memerlukan kerjasama dan mengharapkan bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak. Diharapkan  perancangan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.


Disediakan oleh :



mohd helmi bin yazid
Pengarah
Program Selangkah Ke Menara Gading
Kolej Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia



Disemak oleh :



MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Pengerusi
Majlis Pemimpin UKM KL
Universiti Kebangsaan Malaysia.


                                                             
Disahkan oleh :


PROF. MADYA DR. RUZITA ABD TALIB
Pengetua
Kolej Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia



Diluluskan oleh :


Prof. Dr. Norhani Mohidin
Dekan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Universiti Kebangsaan Malaysia.

1 comment: