Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Dan Laporan Kebajikan Dan Perkhidmatan Kolej Tun Syed Nasir 6


LAPORAN
DAN
KERTAS KERJA CADANGAN

KOLEJ TUN SYED NASIR 6



SESI 2007/2008




DISEDIAKAN OLEH :

KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



1.0  PENGENALAN

Kolej Tun Syed Nasir adalah sebuah kolej luar kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Kolej ini menempatkan mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Tahun Satu dan Tahun Dua serta Mahasiswa/i Fakulti Pergigian. Kolej Tun Syed Nasir 1 iaitu Kolej Tun Syed Nasir induk mampu menampung 1400 orang penghuni. Oleh kerana pertambahan pengambilan mahasiswa/i baru, pengurusan Kolej Tun Syed Nasir terpaksa menambah kolej-kolej cawangan untuk memenuhi permintaan. Sehingga tahun 2007, Kolej Tun Syed Nasir telah menambah 5 lagi cawangan iaitu Kolej Tun Syed Nasir 2, 3, 4, 5 dan 6.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN 2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007.  Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi Nasional kearah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Selari dengan teras pertama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 iaitu “Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti”.Untuk mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan  dan inovasi, negara memerlukan jumlah tenaga kerja mahir dan berpengetahuan yang signifikan. Penyertaan dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui kepelbagaian bakat dan keupayaan, memperluas akses melalui kepelbagaian  program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan prasarana, dan perluasan kemudahan ICT.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2007/2008 amat mengambil berat kebajikan mahasiswa/i yang menginap di kolej cawangan terutama Kolej Tun Syed Nasir 6 yang terletak di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Bangunan untuk kolej cawangan ini ditadbir oleh Zikay Group. Kolej Tun Syed Nasir 6 ini boleh menempatkan mahasiswa seramai 130 orang.

Terdapat beberapa aduan dan permasalahan telah diadukan serta diajukan oleh penghuni-penghuni Kolej Tun Syed Nasir 6. Isu-isu seperti keselamatan, kemudahan, penyelengaraan, dan kebersihan menjadi perhatian dan dirasakan perlu di bawa untuk perhatian pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi ini akan memberi perhatian yang serius terhadap masalah yang berlaku di kolej-kolej luar.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil inisiatif untuk menetapkan seorang wakil PMUKM KL memantau setiap kolej luar dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi demi memastikan kebajikan mahasiswa/i kolej-kolej luar terjamin.

2.0   OBJEKTIF

2.1.Mengenalpasti masalah yang kerap dihadapi oleh penghuni Kolej Tun Syed Nasir 6.
2.2.Menyuarakan permasalahan pelajar kepada pihak pentadbiran universiti untuk tindakan selanjutnya.
2.3.Mengutarakan cadangan-cadangan kepada pihak pentadbiran universiti tentang kemudahan yang diperlukan di Kolej Tun Syed Nasir.
2.4.Memastikan masalah seperti keselamatan, kemudahan, penyelenggaraan, dan kebersihan menjadi perhatian utama.
2.5.Memastikan permasalahan mahasiswa KTSN 6 mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Zikay Group.



3.0   MASALAH-MASALAH KOLEJ TUN SYED NASIR 6.

      3.1. Penyelenggaraan

      Tindakan penyelenggaraan daripada pihak Zikay Group sangat tidak efisien dan tidak sistematik. Ini menyebabkan ada sebahagian antara pelajar yang terpaksa membuat penyelenggaraan dengan menggunakan wang sendiri. Walaupun laporan sudah dibuat, namun tiada tindakan  yang diambil. Antara masalah yang dihadapi penghuni:

Suis yang megalami renjatan elektrik menyebabkan lampu tidak boleh dinyalakan

Ketiadaan tombol pintu (K6E101-104) (K6E202) (K6C301) (K6A304)

Ketiadaan air (K6E301-304) (K6C301) (K6A304)

Kebocoran siling apabila hujan (K6E302) (K6A101)

Saliran kumbahan bocor (K6E302)

Pantri tidak boleh digunakan dan tidak sempurna (K6E303) (K6E302)

Bilik air dan Tandas rosak (A203,A202,B205) (K6E302) (K6C301) (K6D302) (K6D303) 

Dinding cat sudah tertanggal (K6E302)

Dinding retak(K6E302)

Kipas rosak(K6C301)
                          
3.2. Kebersihan

Kebersihan di KTSN 6 kurang memuaskan berikutan kekurangan pekerja untuk membersihkan bangunan KTSN 6 tersebut. Daripada maklumat penghuni, KTSN 6 hanya mempunyai seorang pekerja pembersihan yang bertugas di bangunan tersebut. Ini menyebabkan pembersihan tidak dapat dilakukan dengan menyeluruh. Maklum balas daripada pihak pengurusan bangunan mengatakan bahawa petugas pembersihan akan membersihkan setiap aras pada hari tertentu sahaja. Penghuni juga mengadu mengenai bilik-bilik air yang tersumbat menyebabkan ia kotor kerana tidak dapat dibersihkan.

3.3. Keselamatan

Laluan keselamatan amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran atau perkara-perkara buruk yang lain. KTSN 6 ini tidak mempunyai laluan keselamatan yang betul-betul selamat. Ini kerana hanya ada satu laluan untuk keluar daripada bangunan. Laluan kedua kelihatan berkunci. Keadaan ini sangat membimbangkan penghuni-penghuni yang prihatin tentang keselamatan mereka. Tidak dapat membayangkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ke manakah penghuni ingin tuju untuk menyelamatkan diri? Ada juga terdapat aduan mengenai pengawal keselamatan yang mengganggu pelajar. Pengawal keselamatan juga menggunakan premis yang telah disewa sesuka hati untuk tidur dan berehat. Kerana tiada tempat letak motosikal khas untuk penghuni ini menyebabkan motosikal pelajar terdedah kepada bahaya kecurian. Kehadiran orang luar juga tidak terkawal kerana kurang pengawasan keselamatan.

3.4. Kemudahan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar di KTSN 6 tidak setimpal dengan yuran kolej yang tinggi. Apabila tinjauan dibuat, ada bilik yang tidak cukup kemudahan perabot sehingga ada yang terpaksa menggunakan tempat simpanan pakaian sebagai meja untuk belajar. Ada penghuni mengadu lampu yang disediakan tidak mencukupi menyebabkan pencahayaan yang tidak memuaskan dan tidak baik untuk kesihatan mata. Bilik-bilik air untuk mandi dan tandas rosak dan ada yang tidak boleh digunakan. Ini lebih menyukarkan kehidupan penghuni-penghuni. Penempatan pelajar-pelajar juga tidak menepati keadaan bilik. Ini kerana, ada bilik yang kecil di letakkan dua orang penghuni, sedangkan bilik itu sepatutnya hanya untuk seorang penghuni.

4.0 CADANGAN

4.1.Wujudkan satu barisan parking di ruang kosong di belakang bangunan Zikay untuk kemudahan penghuni KTSN 6 sahaja.
4.2.Memasang lampu ‘spotlight’ untuk elakkan kecurian motosikal jika tempat letak motosikal tersebut dapat direalisasikan.
4.3.Wujudkan satu bilik khas berkabel untuk penghuni melayari internet atau kemudahan internet tanpa wayar yang mempunyai kata kunci agar boleh digunakan oleh penghuni.
4.4.Penyelenggaraan kerosakkan peralatan atau kemudahan diselenggara terus oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan, Kampus Kuala Lumpur.
4.5.Wujudkan laluan keselamatan yang betul-betul selamat untuk kesejahteraan penghuni-penghuni KTSN 6.

5.0  ANJURAN
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur

6.0 ALAMAT SURAT – MENYURAT
Segala surat-menyurat boleh dikirimkan ke alamat seperti berikut :
Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
No. Faks    :03 – 26911077
Nama         : Nur Hamizah binti Othman (017-2810848)
Nama         : Mohd Farid Bin Mohd Taufik (017-2065694)

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.0 PENUTUP

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) amat mengharapkan segala permasalahan penghuni KTSN 6 dapat diambil tindakan dengan segera. PMUKM juga berharap agar segala cadangan yang diutarakan mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi keselesaan para penghuni KTSN 6. Kerjasama dari pihak pentadbiran universiti didahului dengan ucapan terima kasih.

9.0 LAMPIRAN KHAS

9.1 KOLEJ TUN SYED NASIR VI

-BORANG PENGADUAN AWAM


Disediakan oleh,




MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008




Disokong oleh,



PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment