PERKARA BERBANGKIT BERKAITAN GELANGGANG SKUASY DI KAMPUS KUALA LUMPUR
1.1. Hak Menggunakan Kemudahan Yang Disediakan Oleh Pihak UKM
Kampus Kuala Lumpur sememangnya sebuah kampus yang jauh dari Kampus Induk, di Bangi. Di Kampus Induk Bangi, segala kelengkapan disediakan seperti Kelab Golf Danau yang dilengkapi dengan padang golf 18 lubang bertaraf antarabangsa, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, padang bola, sepak takraw, olahraga, badminton termasuk kemudahan gymnasium yang lengkap. Sesungguhnya kemudahan-kemudahan tersebut disediakan bagi kegunaan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia , staf-staf dan orang awan menggunakannya bagi tujuan menjalankan aktiviti sukan yang sihat. Sememangnya, kemudahan ini diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pengguna di atas. Namun bagi pelajar di kampus kuala lumpur, kemudahan yang disediakan di kampus induk bangi sukar untuk dimanfaatkan berikutan kekangan jarak yang jauh dan kemudahan pengangkutan selain masa yang ada bagi tujuan tersebut. Pelajar-pelajar Kampus Kuala Lumpur sesungguhnya ingin menikmati kemudahan yang Universiti Kebangsaan Malaysia sediakan bagi warganya yang dikasihi, namun ia bagai tidak kesampaian. Mewujudkan gelanggang skuasy di Kolej Tun Syed Nasir adalah satu langkah baik dimana sekurang-kurangnya pelajar di sini dapat merasai dan memanfaatkan kemudahan sukan seperti warga UKM di Bangi.
Namun, sekiranya kemudahan ini tidak lengkap dan sempurna, ia adalah sesuatu kemudahan yang sia-sia. Bagai mempunyai sebuah telefon bimbit yang tiada kemudahan sistem pesanan ringkas juga kemudahan membuat panggilan telefon. Atau kata lainnya, mempunyai sesuatu tetapi tidak berupaya untuk digunakan dengan baik. Ia seperti satu pelaburan yang tidak mencapai matlamat kerana hasilnya tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Oleh itu, diharapkan agar kemudahan gelanggang skuasy dapat dinaiktarafkan agar pelajar-pelajar di kampus kuala lumpur dapat merasai kemudahan gelanggang skuas sepertimana warga ukm lain merasakan kemudahan gelanggang skuas di bangi. Tiada lagi alasan yang dapat diberi untuk tidak mengamalkan budaya yang sihat sekiranya gelanggang skuas ini sudah pun sedia lengkap.
Perkara ini juga selaras dengan konsep ‘Sukan untuk Semua” yang diutarakan oleh Pusat Kecergasan Negara di mana semua masyarakat mempunyai hak untuk bersukan atau melakukan aktiviti kecergasan sebagaimana warga yang lain.
1.2. Rungutan Pengguna Gelanggang Skuas Atas Ketidakselesaan
Pelajar menggunakannya atas tujuan beriadah ,melakukan aktiviti kecergasan dan menikmati seni permainan skuasy itu sendiri. Beberapa rungutan didapati dari pelajar-pelajar tersebut. Kerosakan serta ketidakselesaan gelanggang skuasy pada masa sekarang menyebabkan peminat sukan skuasy ini tidak dapat melakukan aktiviti ini di gelanggang skuasy. Mereka berharap agar pembaikpulih gelanggang skuasy ini dilakukan.
No comments:
Post a Comment