Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Serahan Kunci Bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur


Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/fskb(03)

Tarikh    :  24 Oktober 2007

Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
      
Tuan,

PENYERAHAN KUNCI BILIK PERSATUAN MAHASISWA

Merujuk perkara di atas, saya Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon untuk penyerahan kunci bilik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur untuk sesi 2007/2008.

2.     Bilik PMUKM ini akan digunakan untuk mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kebajikan mahasiswa di fakulti dan di kolej. Bilik PMUKM ini akan beroperasi sepenuhnya pada semester 2 sesi 2007/2008.

3.      Kebenaran menggunakan bilik PMUKM ini perlu bagi meneruskan agenda-agenda memperjuangkan kebajikan mahasiswa di Kampus Kuala Lumpur.

4.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,                                                


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           Jabatan Pengurusan Pembangunan

Fail PMUKM

No comments:

Post a Comment